Jumaat, September 21, 2012

DAP perlu prihatin terhadap sensitiviti umat Islam

Satu ketika dahulu YAB Lim Guan Eng berarak bersama umat Islam dalam perarakan Maulidur Rasul, bukankah cantik jika hari ini ada pimpinan DAP bersama-sama berarak di kedutaan Amerika?
DAP sendiri harus ikhlas untuk berusaha kuat keluar dari tohmahan dan tuduhan bahawa DAP Anti Islam.
Kenyataan Datuk Ngeh Koo Ham amat tidak bijak walaupun pada awalnya kenyataan beliau lebih kepada mempertikaikan keikhlasan Pemuda Umno dalam isu membantah filem Innocence of Muslims.
Walaupun kita yakin DAP tidak memusuhi Islam, tetapi jika DAP bersikap prihatin terhadap sensitiviti umat Islam, hari ini sekurang-kurangnya boleh menjernihkan sedikit persepsi sebahagian rakyat Malaysia yang masih termakan momokan ‘DAP Anti Islam’.

Khamis, September 06, 2012

Perlukah pertahan kesucian gambar Najib?

Mereka yang dituduh memijak gambar Najib dan Rosmah ditangkap, digari tangan dan disoal siasat.
Suci sangatkah gambar Najib sehingga siapa yang pijak boleh diambil tindakan sehingga ditangkap, digari tangan dan disoal siasat?
Secara peribadinya saya tidak bersetuju tertuduh meniru budaya biadap Umno yang kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, membakar gambar Ambiga dan memijak gambar Lim Guan Eng.
Polis juga tidak boleh bersikap dwi standart membiarkan saja penyokong Umno hina gambar pemimpin PR, tetapi bertungkus lumus mencari mereka yang hina gambar Najib.
Rakyat menilai setiap tindakan rejim.

Perkasa ada tauliah?

Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong.
Perkasa Kota Setar menyatakan bahawa Anwar tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan tazkirah maghrib.
Tapi adakah Perkasa mempunyai tauliah atau kuasa melebihi pihak berkuasa untuk membuat kacau ala samseng  dan mafia sehingga boleh menimbulkan ketegangan?
Bukan bidang kuasa Perkasa untuk menilai tauliah mana-mana individu. Tetapi Perkasa mempunyai kuasa untuk mengarahkan ahlinya mengimarahkan masjid daripada buat kerja gila!

Perkasa yang perkosa keharmonian masjid.

Khamis, Ogos 16, 2012

Pemuda PAS Putrajaya santuni rakyat sepanjang Ramadhan

Pemuda Pas Putrajaya berjaya memanfaatkan Ramadhan dengan sekurang-kurangnya tiga program dalam tempoh seminggu.
Dengan kewangan yang terhad, program turun padang tetap berjaya dijalankan antaranya edaran kurma di Stesen ERL Putrajaya dan Medan Selera Presint 9, serta edaran goodies dan juadah berbuka puasa di sekitar Putrajaya.
Pemuda Pas Putrajaya juga turut menjalankan program Qiamullail di beberapa surau dalam Putrajaya secara bergilir-gilir.
(Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal blog)

Selasa, Ogos 14, 2012

Pas Putrajaya bagi bola tanggung pada Umno

Program solat Tarawih Pas Putrajaya di kaki lima/tempat pejalan kaki di rumah kedai Presint 15 (berhadapan Pejabat Pas Putrajaya) Ahad lepas telah dijadikan modal oleh Umno untuk menyerang. Tindakan tersebut telah menerima tohmahan fitnah dan kejian daripada beberapa cybertrooper Umno.
Sebenarnya program bermula sejak petang lagi dengan agihan dan edaran juadah berbuka kepada masyarakat, sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa. Seterusnya disusuli dengan solat Tarawih berjemaah.
Secara peribadinya aku (ada di tempat kejadian) agak terkejut dan tidak bersetuju Pas Putrajaya mengadakan solat Tarawikh di kaki lima, yang mana seolah-olah sengaja memberi bola tanggung kepada Umno untuk menyerang. Lebih-lebih lagi ianya memberi persepsi negatif kepada masyarakat.
Untuk program edaran juadah kepada masyarakat, sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa memang tindakan bijak yang sepatutnya diadakan di kaki lima, namun bab solat tarawih lebih baik dibuat di dalam pejabat Pas Putrajaya.

Jumaat, Ogos 10, 2012

Ramai tolak tema ‘Janji Ditepati’

Survey yang dibuat secara suka-suka di pejabat saya yang melibatkan 10 responden di mana semua responden terdiri daripada mereka yang tidak mengambil tahu hal politik semasa dan mengambil sikap tidak menyebelahi mana-mana parti.
Tajuk survey “ Pilih Tema Hari Merdeka yang dirasakan releven” dengan diberi sebanyak 5 pilihan:-
1)      Menerajui Perubahan
2)      Terus Berbakti
3)      Budaya Bersih Merdekakan Rakyat
4)      Janji Ditepati
5)      Sebangsa, Senegara, Sejiwa
Dua responden memilih ‘Menerajui Perubahan’, dua responden memilih ‘Terus Berbakti’ dan dua lagi memilih ‘Budaya Bersih Merdekakan Rakyat’. Empat responden memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ manakala tiada responden yang memilih tema ‘Janji Ditepati’.
Salah seorang responden yang juga merupakan Puteri Umno (ahli tidak aktif) secara spontan berkata “Janji Ditepati ni menipu je, janji yang bukan-bukan, hidup susah juga” dan beliau memilih tema ‘Menerajui Perubahan’.

Rabu, Ogos 08, 2012

Bersedia menghadapi racun perkauman

Rakyat Malaysia samada melayu, cina, india tiada yang mahu peristiwa berdarah 13 mei 1969 berulang kembali. Kalau ada pun, pasti puak-puak sakit mental yang gila dalam beremosi tetapi tidur dalam realiti.
Generasi baru yang lahir tahun 1970 ke atas pasti tidak melihat situasi sebenar apa sebenarnya yang berlaku pada 13 mei 1969.
Bagi pihak pemerintah (bee and), mereka menuduh antara sebab peristiwa 13 mei adalah berpunca daripada DAP yang menganjurkan perarakan meraikan kemenangan pilihanraya umum yang kononnya terdapat provokasi daripada peserta perarakan yang didominasi kaum cina.
Namun begitu, jarang benar kita dengar bahawa parti Gerakan juga terlibat dalam perarakan tersebut. Kerana apa? Jawapannya mudah, kerana Gerakan kini adalah sekutu Umno yang duduk di dalam komponen bee and.
Sebagai fakta, Perikatan (Umno, MCA, MIC) pada Pilihanraya Umum 1969 masih bertahan dengan 66 kerusi, manakala Gerakan, DAP dan PPP hanya menguasai 25 kerusi sementara PAS pula menang 12 kerusi.
Dengan kata lain, Perikatan pada ketika itu hanya kurang 3 kerusi untuk menguasai 2/3 dewan rakyat yang mana kalau kita fikir-fikirkan bukanlah amat mendesak kedudukan perikatan sehingga boleh mengancam pentadbiran negara.
Rakyat pada hari ini semakin maju dan berfikiran terbuka, yang pasti majoriti rakyat hampir melupakan peristiwa 13 mei dan tidak terfikir untuk berulangnya 13 mei. Tiada sebab perlu berlakunya 13 mei.
Namun begitu, parti pemerintah masih lagi terus menerus cuba menimbulkan dan menanam ketakutan peristiwa 13 mei ke dalam minda rakyat dan dengan usaha terbaru wujudnya filem Tanda Putera. Yang pasti, pihak-pihak ini cuba menyemai rasa benci dan membentuk persepsi buruk terhadap DAP.
Kini sikap DAP sopan menyantuni masyarakat melayu, dapat dilihat beberapa pemimpin DAP mula berjinak-jinak mendalami Islam, di mana nada DAP hari ini lantang menyebut integriti dan basmi rasuah, langsung tidak sebut nak jadi Perdana Menteri! Namun Umno bee and masih lagi ditakuk lama terus memukul gendang perkauman untuk meletakkan kesalahan 13 mei di bahu DAP.
Pakatan Rakyat terutamanya DAP harus bersiap sedia. Bersiap sedia dengan fakta yang sahih dan benar bagi menjawab suntikan beracun Tanda Putera.

Isnin, Julai 30, 2012

Zul Nordin tak layak cakap soal maruah

Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai  timbalan menteri dan ahli Umno.
Zulkifli juga mengatakan tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih.
Tetapi jangan pula Zulkifli lupa tindakan beliau tidak mahu meletak jawatan ketika bersama PKR walaupun sudah tidak sehaluan dengan PKR sehinggalah beliau dibuang daripada PKR.

Isnin, Julai 02, 2012

PAS gila kuasa?

  • Pas nak menang untuk berkuasa.
  • Berkuasa di peringkat negeri & persekutuan.
  • Ada puak2 Umno tuduh Pas mabuk kuasa, gila kuasa.
  • Katanya nak berkuasa untuk buat harta.
  • Nak hidup mewah & kaya raya kononnya.
  • Kalau nak kaya, harta dan kuasa tak perlu bersusah payah.
  • Lompat parti, berkerjasama dengan Umno jalan paling mudah.

Khamis, Mei 31, 2012

Raja Nong Chik alih isu

  • Yang jadi isu adalah puak-puak Umno buat kacau.
  • Yang jadi kecoh puak PKR dan Pakatan Rakyat dilempar batu dan telur.
  • Yang jadi kes jenayah warga emas pecah kepala dilempar batu.
  • Yang Raja Nong Chik sibuk bercakap isu orang luar bukan isu samseng.
  • Orang luar ke, orang dalam ke, kalau tak ada provokasi samseng Umno program sepatutnya aman.

Jumaat, Mei 11, 2012

Kenyataan bodoh SPR

  • RUU Kesalahan Pilihan Raya ditarik balik sebab "putar belit dan penipuan" oleh BERSIH dan pembangkang, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
  • Yang lucunya, kenapa kerajaan dan SPR perlu tunduk dan akur dengan desakan yang kononnya ianya adalah putar belit dan penipuan?
  • Kenyataan tersebut menyerlahkan lagi kebodohan SPR dalam bermain silap mata tanpa mengaku kelemahan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Bersih dan pembangkang.

Selasa, Mei 08, 2012

Pukul salah, tak pukul pun salah

  • Seseorang polis itu SAYANG mana pun beliau terhadap Pakatan Rakyat jika diarah pukul dan belasah peserta Bersih, beliau akan belasah!
  • Seseorang polis itu BENCI mana pun beliau terhadap Pakatan Rakyat jika diarah pukul dan belasah peserta Bersih, beliau akan belasah!

Isnin, April 23, 2012

Mood dingin BERSIH 3.0, 5k pun belum tentu

  • Dua perhimpunan pra BERSIH 3.0 di Melaka dan Shah Alam agak mengecewakan.
  • Di Dataran Pahlawan, Melaka kehadiran hanya sekitar 30 orang sahaja.
  • Manakala di Shah Alam kehadiran sekitar 200 orang.
  • Nampaknya strategi kerajaan BN yang bersikap lebih memberi muka dan kurang memberi ulasan di media arus perdana mendatangkan kesan positif pada mereka.
  • Dijangkakan sasaran 500k kehadiran rakyat ke Dataran Merdeka 28 April ini mungkin tidak berjaya.
  • Umno/BN sudah tentu akan menggunakan isu ini bagi melihat penanda aras sokongan rakyat pada mereka.

Rabu, April 18, 2012

Artis otak Umno








  • Aku tak rasa Timbalan Presiden Seniman merangkap artis ahli Umno, Zed Zaidi cemburu terhadap Aaron Aziz yang berjaya memenangi Anugerah Berita Harian (ABH).


  • Kritikan dan pertikaian yang dilemparkan beliau ke atas kemenangan Aaron Aziz yang berasal daripada Singapura mungkin kerana bersandarkan sifat ‘kebangsaan’ beliau sebagai ahli Umno.


  • Kalau pemain import yang beraksi dalam Liga Super berhak mendapat Anugerah Kasut Emas, apa salahnya pelakon asing yang mewarnai industri seni Malaysia menggondol ABH?


  • Kalau begitulah pemikiran Zed Zaidi, baik halau je pelabur-pelabur asing yang ada kat Malaysia ni.


  • Sibuk sangat mahukan hanya rakyat Malaysia sahaja berhak untuk ABH, ada nilai ke ABH di peringkat antarabangsa?


  • Apa pula yang beliau akan kata jika ABH dimenangi oleh artis Malaysia bukan melayu? Korok betul otak cap Umno.

Rakam album berkumpulan



  • Saya mencadangkan ada usaha daripada Pas untuk rakam & menerbitkan sebuah album berkumpulan khas dibarisi artis-artis (penyanyi/komposer) yang kini sudah berhijrah.


  • Bakat seni Syam Kamikaze, Zuar XPDC, Bob Lokman, Aisyah, Ringgo Arrow, Yassin Brothers, Bob Kuman dan ramai lagi amat rugi jika dikuburkan begitu sahaja.

Khamis, April 05, 2012

Provokasi melampau Umno Putrajaya




  • Tengahari tadi Umno Putrajaya berkumpul dan mengoyakkan akhbar Harakah di Medan Selera Presint 8, Putrajaya.

  • Kenapa tindakan tersebut dibuat di Medan Selera Presint 8 dan bukan di pejabat Umno Presint 14?

  • Kalau ikutkan pejabat Umno Presint 14 lebih umum dan terdedah kepada khalayak ramai.

  • Umno Putrajaya memilih Medan Selera Presint 8 kerana salah seorang pimpinan tertinggi PAS Putrajaya berniaga kedai makan disitu!

Jumaat, Mac 09, 2012

Umno Putrajaya bagai telur di hujung tanduk




  • Tindakan Umno bahagian Putrajaya menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kempen dan program parti menunjukkan kedudukan Umno amat kritikal bagi mengekalkan kemengan di Parlimen Putrajaya pada PRU-13 nanti.


  • Tindakan tersebut terpaksa dibuat memandangkan sokongan terhadap Umno Putrajaya semakin merosot apabila pengundi di Putrajaya yang menetap di kuarters-kuarters kerajaan mula mengkritik kerajaan sejak akhir-akhir ini.


  • Lebih menggusarkan Umno Putrajaya apabila PAS Putrajaya yang sebelum ini kurang menonjol tiba-tiba melancarkan kempen dan penerangan dengan baik sekali kepada masyarakat setempat.


  • Kos hidup tinggi dan masalah parkir kereta merupakan salah satu sebab rasa tidak puas hati pengundi Putrajaya terhadap Umno walaupun Putrajaya dikenali sebagai penempatan kediaman yang cool.


  • Ada juga yang mengambil kesempatan menukar alamat mengundi di Putrajaya kerana hendak claim subsidi cermin mata rm300 kepada Umno Putrajaya walaupun hakikatnya mereka tidak akan mengundi BN.


  • Lebih memualkan apabila barisan kepimpinan Umno Putrajaya dan Pemuda Umno Putrajaya kebanyakannya terdiri daripada golongan-golongan yang tidak berpendidikan dan tidak berimej sebagai seorang yang boleh dipercayai (kalau tak percaya pi tengok diorang masa program rumah terbuka Umno Putrajaya).


  • PAS hanya perlu swingkan lebih kurang 1500 pengundi Umno (PRU-12) sahaja untuk memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-13 akan datang.


  • Dan mengikut momentum semasa, sekurang-kurangnya 1000 pengundi yang mengundi BN pada PRU-12 bila-bila sahaja boleh memberikan undi mereka pada PAS pada PRU-13 nanti.

Najib gagal beli hati penjawat awam






  • Pengumuman Najib memansuhkan SBPA dan melaraskan gaji 7% hingga 13% (SSM dikekalkan) di PICC semalam gagal membuatkan penjawat awam gembira dengan pengumuman tersebut.


  • Rata-rata penjawat awam bagi kumpulan sokongan berharap kenaikan adalah sekitar rm300 hingga rm1000 lebih-lebih lagi beberapa hari yang lepas telah tersebar khabar angin bahawa kemungkinan kumpulan sokongan akan menerima kenaikan melebihi rm300.


  • Apabila Najib mengumumkan pelarasan gaji bagi kumpulan sokongan hanya 13%, kelihatan ramai yang kecewa dan terus berkira-kira gusar kemungkinan kenaikan 13% ini lebih rendah daripada kenaikan SBPA.


  • Buktinya, ketika Najib mengumumkan pelarasan 13%, hadirin di dewan utama (tempat najib berucap) dan 3 dewan lagi hanya sekitar 15% sahaja yang bertepuk tangan.


  • Tiada sorakan kegembiraan, ada yang geram dan marah memandangkan terpaksa berpenat, bersesak hadir di PICC semata-mata untuk mendengar pengumuman 13%.


  • Dengan kata lain, tidak ada kemungkinan penjawat awam akan swing undi mereka kepada Barisan Nasional pada pru-13 nanti.

SBPA dah umum, PRU-13 masa terdekat



  • Menurut maklumat yang aku terima dari seorang rakan yang juga berkhidmat di sebuat jabatan kerajaan (unit risikan), parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat setelah PM mengumumkan keputusan kaji semula SBPA.


  • Kemungkinan PRU-13 akan diadakan pada bulan jun 2012 agak mustahil dan dijangkakan PRU-13 akan diadakan seawal-awalnya pada penghujung bulan april 2012.


  • Dari itu Pakatan Rakyat sepatutnya sudah bergerak menggunakan ‘gear 5’ bagi menghadapi PRU-13 yang boleh dijangkakan peluang 50-50 antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Rabu, Februari 22, 2012

Khamis, Februari 16, 2012

Keceluparan Ahmad Said buatkan Umno kurang selesa






  • Tindakan Ahmad Said yang menuduh PAS sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’ mengundang rasa kurang selesa sebahagian ahli Umno di Terengganu.

  • Tindakan tersebut jelas tuduhan tak masuk akal dan bebal yang boleh merugikan Umno itu sendiri.

  • Dalam keadaan peluang Umno/BN berkedudukan 50-50 untuk terus berkuasa di Terengganu, tuduhan bodoh tersebut boleh membuatkan ‘pengundi atas pagar condong BN’ akan lari pada Pakatan Rakyat.

  • Sudah pasti tindakan bodoh Ahmad Said ini membuatkan orang-orang Idris Jusoh rasa kurang selesa yang sudah tentu akan merugikan parti.

  • Mentaliti dan pemikiran Ahmad Said sama taraf dengan mat rempit upahan Umno, amat malang buat Umno kerana mempunyai ketua perhubungan negeri sebodoh Ahmad Said.

  • Jika Umno berperwatakan dan berimej Islam, mungkin tuduhan politik PAS ‘Parti Ajaran Sesat’ boleh dijadikan isu politik yang menguntungkan Umno.

  • Tapi kita lihatlah sendiri bagaimana perwatakan dan imej ahli Umno?

Pejuang akidah patut tegur Najib






  • Pejuang akidah terkini popular Hasan Ali sepatutnya menghentam atau menegur Perdana Menteri Hj. Najib Razak kerana menyertai perayaan thaipusam baru-baru ini.


  • Tindakan Hj. Najib jelas boleh menjejaskan akidah umat Islam lebih-lebih lagi sebagai orang nombor satu negara ianya boleh mempengaruhi rakyat yang kurang ilmu pengetahuan tentang larangan agama.


  • Hasan Ali dalam road show beliau menghentam Pas dari pelbagai sudut kononnya Pas sudah lari dari landasan perjuangan Islam.


  • Mana suara Hasan Ali dan apa peranan Hasan Ali ketika Pas, mufti dan ramai pihak menegur Hj. Najib dan Hajah Rosmah kerana tindakan beliau hadir di Batu Caves dalam sambutan perayaan thaipusam?

Khamis, Februari 02, 2012

Zaid Ibrahim kembali kepada Pakatan Rakyat?




  • Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim berkata KITA akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi.


  • Tindakan tersebut diambil bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa KITA tidak memihak kepada pembangkang.


  • Ianya berikutan beberapa anggota KITA di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat.


  • Persoalannya, kemanakah hala tuju politik Zaid Ibrahim selepas ini?


  • Adakah karier politik Zaid akan terkubur begitu sahaja?


  • Ada kemungkinan juga Zaid akan kembali kepada Pakatan Rakyat, tetapi bukan dengan PKR.


  • Adakah beliau akan sertai DAP?

Hasan Ali terpesong pada usia menjelang senja




  • Sepatutnya makin tua makin bertaubat, makin mencari kebaikan, lagi nak tinggalkan kejahatan dan kezaliman.


  • Tapi Hasan Ali lain pula ceritanya, terpesong dalam usia menjelang senja tatkala umur sudah pertengahan 60an.


  • Kalau Hasan Ali merasakan PAS sekarang tak cukup Islam, cuba sebutkan pertubuhan mana kat Malaysia ni yang jelas perjuangkan Islamnya lebih baik dari PAS?


  • Yang pasti sekarang ni Hasan Ali sanggup menggadai maruah beliau kepada Umno dengan menghentam PAS pagi petang siang malam bagi menegakkan benang yang basah.


  • Ego dan sombong selalunya akan buatkan seseorang itu akan pilih jalan yang bodoh dan bebal walaupun berkelulusan tahap tertinggi.


  • Orang tak kan marah pada Hasan Ali jika beliau dok diam walaupun tak puas hati dengan PAS.


  • Perjuangan dan pengorbanan untuk Islam Hasan Ali selama ini berkesudahan dengan sia-sia.


  • Janganlah aku jadi seperti Hasan Ali lebih-lebih lagi dalam usia ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’.


  • Jalan masih terbuka untuk Hasan Ali kembali ke pangkal jalan.

Selasa, Januari 31, 2012

Angpau putih, kejahilan Perkasa tahap kritikal




  • Kumpulan perosak Melayu, Perkasa sekali lagi bikin ketawa apabila sumbang angpau warna putih kepada kaum cina.


  • Sepatutnya Perkasa terlebih dahulu perlu mengkaji dan mempelajari adab dan adat sesuatu kaum sebelum menyantuni kaum tersebut.


  • Dengan peruntukan untuk angpau sebanyak rm10,000 oleh Perkasa, sepatutnya Perkasa perlu tahu sensitiviti asas masyarakat cina setelah 54 tahun merdeka.

Khamis, Januari 26, 2012

Roboh madrasah lama, buat surau baru




  • Menteri Besar Kedah menunjukkan pelan cadangan surau baru di Aman Central menggantikan Madrasah Salihiah.


  • Surau itu dibuka 24 jam walaupun kompleks membeli belah tidak dibuka 24 jam.


  • Surau berkeluasan 4,800 kaki mampu memuatkan 400 jemaah akan dibina di aras bawah pemaju Belleview Sdn Bhd bagi menggantikan madrasah yang diroboh.


  • BN asyik bercakap pasal nak roboh surau tetapi tidak diuar-uarkan akan dibina surau baru yang lebih luas dan selesa.


  • RM4.8 juta disumbangkan pemaju kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk bina surau ini, selain RM1.4 juta yang telah dibayar, menjadikan keseluruhan RM6 juta.


  • Maik telah mengenal pasti enam tapak di sekitar Alor Setar untuk dipilih bagi menggantikan tanah wakaf madrasah itu.


  • Aman Central bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang.

Rabu, Januari 18, 2012

Masuk Umno kerana Hasan Ali?




  • Kononnya 100 ahli Pas kawasan Gombak menyertai Umno kerana kecewa dengan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli Pas dan Exco Selangor.


  • Yang kelakarnya, Hasan Ali sendiri belum umum nak masuk Umno atau nak masuk pertubuhan mana, yang badigol-badigol ni tak tentu arah masuk Umno buat apa?


  • Lakonan murahan semata-mata.


  • Ada habuan dan bungkusan.

Bonus tawan hati cina



  • BN semakin kehilangan sokongan masyarakat cina.


  • Masyarakat cina kini lebih percayakan melayu Pas daripada cina MCA dan Gerakan.


  • Tahun Baru Cina yang kian menjelma beberapa hari lagi.


  • Kerajaan pusat pimpinan BN perlu gunakan kesempatan ini sebaik mungkin menawan hati masyarakat cina lebih-lebih lagi PRU yang semakin hampir.


  • Kalau Hari Raya Aidilfitri kerajaan boleh bagi setengah bulan gaji atau rm500, apa salahnya Tahun Baru Cina pun buat begitu?


  • Tak kan Perkasa nak marah kot?


  • Kakitangan kerajaan kan majoriti melayu.

Politik gila atau orang gila kerana politik?



  • Datuk Dr Hasan Ali, Fairuz Khairuddin, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, inilah antara pemimpin-pemimpin yang pernah aku kagumi yang kini hanyut dan sesat.


  • Sukar aku nak faham bagaimana dan apa penyebab mereka-mereka ini boleh pusingkan pegangan politik mereka sehingga 360 darjah.


  • Politik gila disebabkan nafsu ahli politik yang gila.

Isnin, Januari 16, 2012

Jangan melampau sangat ugut rakyat








  • Sesiapa yang baca portal di atas tentu 100% akan menganggap ianya hanya gurauan semata-mata yang lahir dari sifat benci terhadap Najib Razak.


  • Boleh dikatakan hanya ayat bergurau senda yang menyampah dengan orang yang dituju.


  • Semata-mata omong kosong.


  • Kenapa perlu tangkap pelajar ini?


  • Kenapa takut sangat dengan kenyataan omong kosong?


  • Jika benar mahasiswa tersebut berniat meletak bom pada helikopter Najib, tak kan le bodoh sangat nak dedah dalam facebook?


  • Nampaknya Umno/BN benar-benar takut dengan kebangkitan mahasiswa.


  • Mungkin terlalu fobia dengan C4?

Khamis, Januari 12, 2012

Harap Perkasa jadi cerdik




  • Perkasa kini lebih dikenali sebagai pertubuhan yang hanya suka buat kecoh keatas sesuatu yang mereka sendiri tiada hujah dan fakta.




  • Semalam mereka buat hal lagi, hantar replika jentolak ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar.


  • Mereka tidak dilayan, buat muka tak malu duduk bersila atas lantai. Kemudian dakwa KM takut untuk jumpa rakyat. Orang gila buat apa nak jumpa?




  • Katanya sebagai bantahan kerajaan negeri roboh bengkel salah seorang ahli Perkasa. Kalau bengkel tu tak ikut undang-undang, apa salahnya robohkan?


  • Aku pernah tengok gerai orang melayu diroboh, disaman, diangkut di negeri BN, tapi tidak le aku salahkan kerajaan BN sebab dah memang menyalahi undang-undang!


  • Tiada lesen, tidak berdaftar, kotor, tercemar, menghalang lalulintas, ini semua antara kesalahan yang boleh diambil tindakan.


  • Kalau premis tu ikut undang-undang, ikut peraturan yang ditetapkan tetapi masih diambil tindakan, sepatutnya pihak tersebut mengambil tindakan undang-undang.


  • Tapi kalau dok gila datang pejabat orang bawa pula replika jentolak tunjuk samseng, nampak sangatlah cuba menegakkan benang yang basah.


  • Bertindak gunalah akal, bercakap biar berfakta. Cerdik le sikit wahai Perkasa!

Selasa, Januari 10, 2012

Letupan bom jenayah terancang



  • Tiga letupan bom di perkarangan mahkamah Jalan Duta yang dikawal oleh ratusan polis.


  • Mangsanya orang awam yang sudah tentu penyokong Pakatan Rakyat dan beberapa buah kenderaan.


  • Kalau nak suspek penyokong Pakatan Rakyat yang punya angkara, tapi bom tersebut meletup di kawasan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun.


  • Pasti ada usaha mensabotaj himpunan 901.


  • Yang tahu buat bom lazimnya siapa ye?

Hasan Ali lupa menang PRU-10 kerana Anwar



  • Hasan Ali dakwa beliau dipecat oleh PAS kerana Anwar Ibrahim. Beliau dakwa isu Anwar isu peribadi.


  • Lupakah beliau menang di dun Sungai Burong dan parlimen Parit Buntar PRU-10 tahun 1999 kerana isu Anwar?


  • Kenapa sewaktu itu beliau tidak kata isu Anwar isu peribadi?


  • Kenapa baru sekarang nak kata perjuangan politik Anwar kotor?


  • Makin lama makin mengarut.

Jumaat, Januari 06, 2012

Mungkinkah Anwar selamat?



  • Pelik bin ajaib apabila polis membenarkan penyokong PR berhimpun di hadapan mahkamah.


  • Jika jumlah yang hadir melebihi 50 ribu, dan jika keputusan mahkamah memihak kepada Saiful, sepatutnya polis membayangkan akan berlaku huru hara.


  • Tetapi apabila polis membenarkan himpunan ini berlangsung, bererti ada kemungkinan keputusan mahkamah memihak kepada Anwar.


  • Bukankah kita percaya kes liwat ini telah diskripkan lebih awal? Mungkin penghujung skrip pengarah filem ada buat sedikit perubahan berdasarkan respon rakyat semasa.


  • Kerana sekiranya Anwar ke penjara, Umno/BN terpaksa menanggung liabiliti yang amat besar.


  • Berapa kerat yang percaya orang tua sakit pinggang boleh meliwat pemuda 20an? Kecuali yang bahalol.

Kalau Hasan Ali di tempat Anwar?




  • Dato’ Dr Hasan Ali tegaskan tidak akan hadir himpunan 901.


  • Katanya ini isu peribadi dan tak perlu dijadikan isu negara.


  • Jika begitu mahkamah bukan di bawah pemerintah negara?


  • Dari A hingga Z kes liwat Anwar jelas dan nyata telah diskripkan lebih awal.


  • Sepatutnya tidak ada pendakwaan kerana tiada laporan doktor berlakunya tusukan.


  • Apa yang boleh kita harapkan sistem kehakiman negara yang boleh teruskan dakwaan keatas kes yang memang tak cukup syarat untuk didakwa?


  • Mungkin Hasan Ali rasa kepincangan sistem kehakiman negara bukan masalah negara.


  • Kalau Hasan Ali di tempat Anwar, dianiaya seperti Anwar, dihina seperti Anwar, apa yang Hasan Ali rasa apabila Anwar kata ini isu peribadi dan jangan jadikan isu negara?

Selasa, Januari 03, 2012

Antara bendera Presiden Umno dan bendera Perdana Menteri





  • Adam Adli kemungkinan diambil tindakan tatatertib kerana menurunkan bendera muka Presiden Umno.


  • Tapi beliau bukan menurunkan bendera muka Perdana Menteri!


  • Sebab lokasi bendera tersebut adalah di Bangunan Umno.


  • Umno hanya sebuah parti politik.


  • PM adalah ketua rakyat Malaysia tetapi Presiden Umno hanya ketua orang-orang Umno.


  • Tiang bendera di bangunan Umno ada 7 batang yang mana setiap bendera ada muka presiden Umno (Najib presiden Umno yg ke-7).


  • PM Malaysia hanya 6 orang sahaja (Najib PM ke-6)


  • Mungkin saya bersetuju Adam Adli dihukum sekiranya beliau menurunkan bendera muka PM di bangunan jabatan kerajaan atau di parlimen.


  • Tetapi tak masuk akal UPSI nak hukum Adam Adli yang hanya menurunkan bendera Presiden Umporno kecuali UPSI dicucuk hidung.