Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim berkata KITA akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi.
Tindakan tersebut diambil bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa KITA tidak memihak kepada pembangkang.
Ianya berikutan beberapa anggota KITA di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat.
Persoalannya, kemanakah hala tuju politik Zaid Ibrahim selepas ini?
Adakah karier politik Zaid akan terkubur begitu sahaja?
Ada kemungkinan juga Zaid akan kembali kepada Pakatan Rakyat, tetapi bukan dengan PKR.
Adakah beliau akan sertai DAP?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan