Isnin, Ogos 30, 2010

Nik Aziz Kurang Taqwa Atau Ibrahim Ali Kurang Siuman?

Kelakar dengan dakwaan Ibrahim Ali yang menyifatkan Tuan Guru seorang yang beriman tetapi kurang taqwa kerana mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral.
Ternyata Ibrahim Ali yang memang tak mengaji agama, tunjuk pandai mengeluarkan kenyataan semata-mata atas sentimen perkauman dan bukan berlandaskan agama.
Kenyataan kurang siuman Ibrahim Ali ini dilihat sebagai salah satu usaha memburukkan agama Islam di mata masyarakat bukan Islam.
Dalam pada itu, Tuan Guru berkata isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah”.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya lagi.
"Cuma apa yang dilihat perkara itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.
Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam”.
"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," tambahnya lagi.

Tak Tutup Aurat Bukan Isu


Jumaat, Ogos 27, 2010

Jumud Atau Bebal?


Meluat sangat dengan isu-isu yang kerap ditimbulkan Umno/BN dan Perkasa. Isu-isu perkauman sempit, dan isu-isu yang menunjukkan mereka jahil dan bebal dalam agama.

Terbaru isu Yb Teo Nie Ching dituduh memberi tazkirah di Surau Al Huda Kajang.
Tak ke bodoh bingung tu, dah tentu le Yb Teo Nie Ching bukan beragama Islam, mana mungkin dia bagi tazkirah.
Isu yang ditimbulkan lagi antaranya beliau tak pakai tudung dan beri ucapan dalam ruang solat surau. Dah nama pun bukan Islam, tak munasabahlah kalau minta beliau pakai tudung, cukuplah sekadar beliau berpakaian sopan dan dilihat bersih.

Mungkin Yb. dari MCA, Gerakan atau MIC tak pernah bagi sumbangan di surau atau masjid, sebab tu Umno/ BN kalut sangat bila Yb. bukan islam dari DAP/PR sanggup datang ke surau, berbuka puasa bersama umat Islam dan bagi sumbangan kepada surau.

Selasa, Ogos 24, 2010

Simbah Cat: Mujur Bukan Provokasi Perkauman



Polis hari ini menahan 4 remaja berumur 16-18 tahun yang disyaki menyimbah cat di surau Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban.

Remaja terbabit dikatakan telah ditegur oleh pihak surau kerana bermain mercun berhampiran surau tersebut, dan tindakan remaja terbabit menyimbah cat di surau adalah sebagai tindakbalas protes dan tidak puas hati.
Polis juga mengesahkan bahawa kejadian ini bukan merupakan isu perkauman dan bukan juga isu keagamaan.

Ahad, Ogos 22, 2010

PR PP Taat Setia Kepada DYMM Yang di Pertuan Agung

http://limguaneng.com/index.php/2010/08/22/10-usul-telah-diluluskan-dalam-mesyuarat-tergempar-pr-pulau-pinang/

Muka Chua Jui Meng Tak Setebal Awang Adek

PR nak tawan Johor umpama nak capai bintang di langit. Dalam PR sendiri tak pernah bincang dan tak pernah kedengaran siapa yang akan jadi MB jika PR dapat tawan Johor.
Tiba-tiba muncul kain rentang ini...


PRU-12 yang lepas dicanang satu Kelantan dengan kain rentang dan banner Awang Adek calon Menteri Besar Kelantan.

Terlalu yakin Umno Kelantan sehingga Awang Adek sanggup memalukan diri sendiri mempromosi dirinya sebagai MB, yang akhirnya beliau tewas di DUN dan Parlimen.
Takkanlah Cua Jui Meng sebodoh Awang Adek...

Sabtu, Ogos 21, 2010

Lahirnya Puteri Reformasi Saya

Selasa 17/08/2010 jam 4.27 petang, isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Terlalu hebat dugaan, 4 kali di induce namun pintu rahim hanya buka 2cm.
Memandangkan kandungan sudah melebihi 11 hari, doktor terpaksa mengambil keputusan memecahkan air ketuban sebab denyutan jantung bayi agak mendatar.
Sah, bayi dah terberak dalam perut. Pembedahan segera terpaksa dilakukan.
Saya dah pening sebab bajet yang ada sekitar rm2000 sahaja.
Ketika pembedahan dilakukan, saya dibenarkan masuk tetapi tidak dibenarkan merakam dalam bentuk video.
Hampir pitam, kecut perut dan takut melihat isteri dibedah dalam keadaan sedar. Kalau tengok filem di tv, perut kena tikam sikit dah mati dah. Tapi ini lebih dari tikam...
Alhamdulillah bayi dan isteri saya selamat, mujur bayi tak banyak termakan tahi.
Azan dan qamat dilafazkan setelah bayi dibersihkan.
rm6499.++, itulah harga yang saya kena bayar khamis lepas. Mujur saya dapat meminjam dari ibu dan kakak ipar.
Ada yang bertanya, kenapa tak bersalin di hospital kerajaan?
Jawapan saya, apa salahnya beri isteri sedikit keselesaan ketika bersalin setelah lebih 9 bulan 9 hari perit mengandung, kerana jika diberi rm10,000 pada lelaki kemudian suruh dia mengandung dan bersalin, nescaya tidak akan ada lelaki yang sanggup.

Tarawikh Peluang Bersama Rakyat

Sejak dari dulu lagi saya tidak berapa setuju dengan cara kebanyakan pas cawangan atau kawasan mengadakan program solat tarawikh di markaz-markaz.
Pada saya bulan ramadhan ini adalah merupakan peluang pada PAS untuk bergaul dengan orang Umno atau orang atas pagar di masjid atau surau awam.
Perkara ini perlu bagi menunjukkan orang-orang PAS tidak hanya duduk dalam kepompong sendiri dan boleh bergaul dengan masyarakat.

Rabu, Ogos 11, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini menjadi tapak kepada umat Islam untuk menjadi insan lebih baik dan lebih sempurna...

Jumaat, Ogos 06, 2010

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.
Setelah selesai penerangan beliau, saya mula menceritakan hajat kunjungan kami ke kilang tersebut. Saya menjelaskan kepada Dato’ bahawa kedudukan kilangnya amat strategik dan walaupun dahulunya ianya dikelilingi hutan, sekarang ianya bagaikan mercu tanda pintu masuk ke Bandar Raya Shah Alam. Saya bertanya samada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan ‘extension’ atau pembesaran dan samada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas. Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan. Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita ‘ear mark’ atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.
Dato’ menyatakan bahawa beliau faham sensitiviti masyarakat Shah Alam berhubung kilang beliau dan itulah di antara sebab pihak Carlsberg juga mengambil satu pendekatan ‘low profile’. Mereka tidak menonjolkan kehadiran mereka dengan secara keterlaluan. Sambil itu, menurut beliau lagi, mereka telah menanamkan pelaburan yang tinggi di situ dan telahpun membeli tanah di tepi kilang mereka pada tahun 2000 atau 2001 yang seluas 6 ekar untuk menampung keperluan pembesaran. Kawasan berlebihan ini masih kosong dan mencukupi untuk apa-apa perancangan pembesaran mereka.
Kos pengangkutan pula tidak merupakan satu faktor kos yang besar dan oleh itu, walaupun ianya mungkin satu penjimatan, ianya tidak merupakan sebab yang kukuh, dari sudut kommersil, untuk mereka berpindah.
Setelah mendengar penjelasan beliau, maka amatlah jelas bahawa kemungkinan mereka berpindah adalah amat tipis sekali. Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan Negeri. Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ianya tidak mungkin digunakan untuk Terminal Bas Shah Alam. Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti.
Oleh yang demikian, saya beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya. Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu. Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka. Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka.
Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja, menurut belia ialah seorang Melayu. Saya meminta Dato’ memberi saya nombor talefonnya supaya dapat saya hubunginya dan terus berurusan dengannya.
Sejurus dengan itu pertemuan berakhir dan Dato’ meminta agar kami semua bergambar sebagai kenang-kenangan. Maklumlah kata Dato’, selama hampir 30 tahun dia bekerja di situ, tidak pernah kilangnya dilawati “rombongan yang seperti kami”! Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalah gunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan. Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ. Kerana, sekali lagi, seperti biasa, PR perlu berusaha keras bagi merongkaikan ikatan dan simpulan akibat bercelaru hasil peninggalan UMNO/BN.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pemuda Umno Cabar & Lari

Isu Felda semakin panas. ANAK sebuah gerakan yag dipelopori oleh ganerasi kedua Felda mencabar Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan Umno untuk berdebat namun Ahmad Mazlan takut.
Hilang hujah maka regim Rosmah Najib telah mengharamkan pula akhbar KEADILAN ekoran menyiarkan berita Felda Bangkrap.
Namun di Johor, Ketua Pemuda Umno Tenggara, Halim secara terbuka dalam satu majlis telah mencabar sesiapa dalam Pakatan Rakyat yang berani boleh tampil ke depan untuk berdebat denganya.
Respon dari cabaran itu Angkatan Muda Tenggara dengan sokongan Angkatan Muda Johor serta PAS telah menghantar surat dan menetapkan 24 Julai untuk berdebat dengan Halim.
Untuk tidak menyusahkan Halim selaku Ketua Pemuda Umno Johor debat itu akan berlansung hanya beberapa ratus meter dari rumahnya di Felda Penggeli Timur.
Namun surat tak berjawab malah Halim lari kosongkan rumah malam debat tersebut dijadualkan 23 Julai malam itu.
Maka ramai orang Umno yang hadir kecewa dengan Ketua Pemuda Umno yang macam puteri cabar-cabar lari....
Sebanyak 110 borang permohonan keahlian KEADILAN dan PAS diperolehi malam tersebut yang kebanyakannya dari ahli Umno.
Program debat diganti dengan ceramah Umum Dato Fauzi (bekas Timbalan Menteri Penerangan) dan cheGuBard , ahli MPP Keadilan.
SUMBER:-http://chegubard.blogspot.com/2010/08/pemuda-umno-teruskan-cabar2-lari-haha.html

Khamis, Ogos 05, 2010

Apa Nak Jadi Ni?

dengan bangganya mereka menggayakan...

Rabu, Ogos 04, 2010

PR Melaka Cipta Kejutan PRU-13?

Mutakhir ini, setiap siri ceramah Pakatan Rakyat telah diganggu oleh Umno yang dikepalai oleh Ali Rustam.
Ianya diburukkan lagi apabila ceramah PR di Bukit Rambai sabtu lepas dan di Bukit Beruang malam tadi dihiasi oleh FRU.
Perkara sedemikian jarang berlaku di Melaka kerana Melaka merupakan kawasan kuat Umno/BN.
Persoalannya, kenapa jadi begini? Kuat sangatkah PR Melaka? Kenapa Ali Rustam begitu takut kepada program-program PR Melaka mutakhir ini?
Senario sebegini meyakinkan saya bahawa PR Melaka akan mencipta beberapa kejutan di Melaka pada PRU-13 nanti.

Tahniah Takiyuddin



Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ke-47, yang berlangsung di Holiday In Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini menyaksikan kejutan apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menduduki senarai teratas dalam jawatan Ahli Eksekutif setelah memperolehi undian tertinggi sebanyak 33 undi.
Datuk Astaman Abdul Aziz menduduki kedua dengan memperolehi 32 undi, diikuti Mejar Rani Abdul Rahim 31 undi, S Sivasundaram 31 undi, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khatib 29 undi, Datuk Osman Salleh 24 undi, Rosmadi Ismail 24 undi dan terakhir sekali Datuk Jeferey Low Han Chau.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan sebagai Presiden FAM yang disandangnya sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup pada 18 Julai lalu.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa menepati ramalan setelah kedua-duanya memenangi jawatan Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010/2014.
Sementara itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Datuk S Subramaniam dan Datuk Lawrence Gimbang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden.