Jumaat, Mei 29, 2009

Maksimum 10 Subjek, Muhyidin Sekat Pelajar Cemerlang

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yasin hari ini mengumumkan maksimum 10 subjek SPM yang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.
Kesan tindakan ini sekaligus menyekat kemaraan pelajar cemerlang atas alasan yang dangkal iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar dan supaya guru serta pelajar tidak terasa beban.
Ianya juga turut merugikan pelajar-pelajar aliran agama kerana biasanya pelajar aliran agama akan mengambil lebih 10 subjek SPM jika turut mengambil subjek bukan agama seperti sains, fizik, matematik tambahan dan lain-lain bagi menerokai bidang lain selain agama.
Dengan tindakan ini, sekaligus mengecilkan ruang untuk melahirkan ulama’ profesional iaitu pelajar yang hebat dalam bidang agama tetapi berkerjaya dalam bidang professional seperti kejuruteraan dan perubatan.
Kerajaan sepatutnya menumpukan kepada aspek peningkatan prasarana dan kemudahan asas di sekolah-sekolah pendalaman serta melahirkan guru-guru yang berkaliber dan bertanggungjawab dan bukannya menghadkan pengambilan subjek SPM yang dilihat menyekat kemaraan pelajar cemerlang.

Rabu, Mei 27, 2009

Cetusan Hati Dan Kenyataan Husam

Tarik Diri Dari Hujah - Kenyataan Husam Dari Sri Pentas
Tuesday, 26 May 2009 21:25

Setelah tiba di Sri Pentas Bandar Utama, untuk menyertai program Hujah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran.
Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri. Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya.
Saya mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempat saya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK.

Bila Zahid Tak Muncul....
Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan. Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga emapat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.
Posted by faqir putih at 10:50 PM

Jenayah Baru Yang Anda Akan Ditangkap


Menyambut hari jadi Altantuya dan menghantar kek kepada PM 1 Malaysia


Menyalakan lilin bagi membantah krisis politik

Memakai baju hitam


Mogok lapar

Hujah Di TV9, Ketiadaan Husam dan Zahid Mengecewakan

Rancangan “Hujah” di TV9 hari ini yang sepatutnya memperlihatkan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan Datuk Hj. Husam Musa sebagai ahli panel tidak menjadi kenyataan apabila kedua-duanya gagal hadir dalam rancangan tersebut.
Ahli panel yang hadir dalam rancangan tersebut hanyalah Ezam Mohd Nor seorang dan ternyata beliau menggunakan kesempatan ini untuk menyerang pakatan rakyat. Rancangan tersebut bertajuk dan membincangkan rasuah politik dalam negara.
Ezam yang kelihatan seolah-olah berdebat dengan pengerusi rancangan Prof. Madya. Dr. Agus tergagap-gagap untuk mempertahankan Umno dalam isu rasuah, dan cuba mempalitkan PKR dan DAP untuk turut serta terlibat dalam rasuah, serta menuduh PAS sebagai parti islam turut bersekongkol.
Namun Ezam ternyata gagal hendak mempertahankan tuduhan beliau terhadap rasuah pakatan rakyat apabila Dr. Agus mempersoalkan kenapa tuduhan rasuah terhadap pakatan rakyat hanya tinggal tuduhan dan tidak diambil tindakan dan ianya hilang ditelan masa?
Oleh itu, ketidak hadiran Datuk Husam Musa amat-amat merugikan memandangkan ruang telah terbuka untuk menghentam Umno dihadapan rakyat yang ditonton seluruh Malaysia, lebih-lebih lagi rancangan Hujah sekarang ini amat jarang menjemput ahli panel daripada PAS. Semoga ianya tidak berlaku pada masa hadapan.

Selasa, Mei 26, 2009

Zambry MB Mahkamah, Bukan Nizar!

Menteri Besar baru Perak Datuk Seri Dr. Zambry Kadir yang menjadi Menteri Besar sedangkan tidak mendapat sokongan majoriti rakyat telah membuat kenyataan yang memperlihatkan tahap kematangan dan pemikiran beliau.
Beliau yang mengatakan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai “menteri besar mahkamah” dilihat seperti ludah di langit dan kena muka sendiri.
Menteri besar yang tidak mendapat majoriti rakyat dan hanya mendapat majoriti ADUN termasuk ADUN yang tidak mempunyai harga diri seperti posmen Jamaludin Radzi, Hee Yit Fong dan Osman Jailu, tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut memandangkan mahkamah rayuanlah yang mengiktiraf beliau sebagai menteri besar.
Zambry diharap berfikir dahulu sebelum membuat kenyataan di media supaya beliau tidak dilihat sebagai berotak udang dan tak tahu malu. Beliau sepatutnya sedar beliau adalah seorang Menteri Besar Perak yang tidak mendapat sokongan lebih separuh rakyat Perak!

Isnin, Mei 25, 2009

Bebas Kemungkinan Menang Jika 1 Lawan 1

Pilihanraya kecil DUN Penanti akan menyaksikan saingan 4 penjuru diantara PKR dan 3 calon bebas. Ianya sekali lagi membuatkan rakyat pelik apabila bekas pimpinan PKR menyertai pilihanraya kecil ini atas tiket bebas. Fenomena ini turut berlaku ketika pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.
PKR dan pakatan rakyat harus berusaha kuat untuk berkempen kerana dikhuatiri ramai pengundi PKR tidak akan keluar mengundi jika memikirkan PKR akan menang mudah. Ianya belum tentu lagi berlaku memandangkan pengundi-pengundi yang menyokong Barisan Nasional sudah tentu akan memberi undi kepada calon bebas.
Penyertaan calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang pernah tewas dan hilang wang deposit dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dilihat tidak akan dapat memecahkan undi dengan besar. Perhatian harus diberi kepada calon bebas Aminah Abdullah yang juga merupakan bekas ketua wanita PKR Pulau Pinang dan Nai Khan Ari yang juga bekas pemimpin parti Gerakan peringkat cawangan.
Dua calon bebas tersebut dilihat akan menjadi pilihan pengundi yang menyokong Barisan Nasional. Tetapi diramalkan pecahan undi bagi 2 calon bebas tersebut akan berlaku. Undi PKR juga diramalkan akan menurun memandangkan kemungkinan ramai yang tidak keluar mengundi.
Bebas kemungkinan boleh menang jika pertandingan adalah 1 lawan 1 dengan PKR, tetapi haruslah pengundi PKR tidak ramai keluar mengundi dan pengundi/penyokong BN memberi undi kepada bebas.

Sabtu, Mei 23, 2009

Zambry MB Perak Yang Sah

Kejutan demi kejutan terus menerus berlaku. Akhirnya mahkamah rayuan mengisytiharkan Zambry menteri besar Perak yang sah.
Ianya sekaligus memburukkan dan terus membusukkan institusi kehakiman negara di bawah kerajaan BN.

Diharap Semua Hormati Pemergian ADUN

Hari ini saya melihat banyak blogger yang menulis tentang pemergian ADUN Manek Urai, Allahyarham Hj. Ismail Yaacob, dan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Diharap kita usah bicara soal pilihanraya kecil terlebih dahulu memandangkan arwah belum pun 10 jam meninggalkan dunia.
Lebih-lebih lagi speaker DUN Kelantan hanya akan menyatakan kepada SPR Isnin ini mengenai kekosongan kerusi DUN Manek Urai.
Kurang sopan kita berbicara soal pilihanraya kecil dan politik kerana kita sepatutnya menghormati allahyarham Hj. Ismail Yaacob dan keluarganya.

Jumaat, Mei 22, 2009

ADUN Manek Urai Meninggal Dunia

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.
Al-Fatihah...

SPRM Usah Jadi Lembu

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan akan memanggil Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Mohamed Daud Iraqi (Mat Iraq) untuk memberi keterangan tentang dakwaan beliau mengenai pemberian hadiah dalam PAS bagi tujuan kempen sempena pemilihan PAS.
Tindakan SPRM ini dilihat terburu-buru seolah-olah ingin memburuk-burukkan PAS dan untuk menunjukkan PAS juga menghadapi masalah yang sama seperti Umno.
SPRM sepatutnya bertindak secara profesional dengan terlebih dahulu mendakwa Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ali Rustam yang jelas bersalah dalam politik wang semasa pemilihan Umno baru-baru ini.

Rabu, Mei 20, 2009

BN Memerintah Jika Dari Awal Guna Akal

Bermula dengan seorang OKU, seorang posmen dan seorang askar tua dibeli dan melompat parti menjadi wakil rakyat bebas, pakatan rakyat (PR) dan BN masing-masing ada 28 adun.
Kesilapan BN adalah memohon untuk bentuk kerajaan negeri kepada sultan dan bukan menerusi undi tak percaya di DUN Perak.
Tetapi jika diusul undi tak percaya, speaker Sivakumar berhak menolak usul tersebut. Maka kerajaan negeri akan tetap diperintah PR. Melainkan Sivakumar tidak ada di dalam dewan, maka timbalan speaker si OKU (bebas) akan amik alih mempengerusi dewan.
Ertinya, jika setiap tindakan mengikut lunas undang-undang, BN tak akan dapat memerintah Perak selagi MB sah Datuk Seri Ir. Hj. Nizar tidak letak jawatan dan Sivakumar tidak lompat parti dan tidak meninggalkan tempat duduk speaker ketika sidang DUN, walaupun BN mendapat majoriti adun.
Malangnya, undang-undang diketepikan. Polis dipergunakan. SU DUN berkuasa lebih dari speaker, SU negeri berkuasa lebih dari MB. Tindakan BN pula tak guna otak.
Kalau BN guna akal dan otak, sudah tentu BN memerintah Perak sekarang. Senang caranya, samada culik Sivakumar, atau tangkap Sivakumar. Maka sidang DUN akan berlaku dengan dipengerusikan timbalan speaker iaitu si OKU (bebas). Dan beliau sudah tentu akan menerima usul undi tak percaya terhadap MB. Maka peralihan kerajaan akan berlaku secara demokrasi.
Hikmahnya adalah untuk memberi pengajaran kepada Pakatan Rakyat khasnya PKR dan DAP dalam memilih pemimpin. Dan takdir Allah cukup unik apabila BN bertindak membelakangkan undang-undang dan kerana kesilapan ini, saya yakin kesudahannya DUN Perak akan dibubarkan dan Pakatan Rakyat akan kembali memerintah.

Pemuda PAS Harus Lahirkan Pemimpin Bijak Berhujah

Salah satu kreateria sebagai seorang ahli politik ialah bijak berhujah, berceramah dan berpidato. PAS mempunyai pemimpin yang lantang berhujah dan hebat berpidato antaranya Hj. Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Dr. Hasan Ali, Ust. Nasharuddin Mat Isa, dan presiden PAS sendiri Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang.
Tetapi dalam pemuda PAS hari ini kita lihat tidak ramai kepimpinan pemuda PAS pusat yang hebat berhujah dan kehadapan dalam menjuarai isu. Sedar tak sedar sebenarnya dari sudut penonjolan diri dan kehebatan berhujah, Angkatan Muda Keadilan (AMK) lebih menyerlah dan mendahului pemuda PAS, walaupun usianya baru setahun jagung.
Begitu juga dari sudut kematangan politik, AMK melebihi pemuda PAS yang ianya pernah diakui oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka tahun lepas dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS Negeri Melaka.
Siapa dalam pemuda PAS pusat yang hebat berceramah dan berhujah? Ketuanya YB Salahudin Ayob yang dah berumur 47 tahun? Layakkah beliau digelar pemuda? Mungkin yang ada cuma Ust. Nasarudin Hasan Tantawi, YB. Zaki Ibrahim dan Ust. Azman Syapawi.
AMK pula sekarang ini semakin menyerlah dengan YB. Yusmadi Yusof, Che’gu Bard, Syamsul Iskandar, YB. Nik Nazmi dan beberapa nama yang lain.
Dari sudut umur pula, pimpinan AMK kebanyakannya amat muda iaitu lewat 20an dan awal 30an, jika nak dibandingkan dengan pimpinan pemuda PAS yang kebanyakannya lewat 30an dan amat sukar hendak berjumpa yang 20an.
Selepas Pilihanraya Umum (PRU) 12 kita dapat lihat rancangan-rancangan perdebatan di kaca televisyen yang memberi sedikit ruang kepada Pakatan Rakyat khususnya dalam rancangan Hujah di TV9 dan dalam salah satu rancangan perbincangan di Astro Awani, penyertaan pimpinan muda PKR amat kerap berbanding PAS dan DAP.
Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana terfikir untuk tempoh 15 tahun dan 20 tahun akan datang siapakah yang akan menjuarai setiap isu dan pemimpin manakah yang akan diberi gelaran hebat berhujah sehingga diminati ceramah-ceramahnya? Adakah ketika itu PAS masih harapkan Hj. Mohamad Sabu yang dah berumur lewat 60an?
Kesimpulannya mudah, mulai sekarang sayap kanan PAS iaitu pemuda PAS harus melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis yang berkaliber dan mampu berhujah dengan baik serta menjadi pemidato yang diminati rakyat bagi menjadikan PAS dari sudut kualiti melebihi dan mendahului parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Selasa, Mei 19, 2009

Bukti Jelas BN Takut Kebangkitan Rakyat

Perdana Menteri Rakyat yang juga merupakan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN tidak akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil (PRK) Penanti. Ini jelas Umno/BN sudah tidak mampu untuk menanggung malu akibat kekalahan berturut-turut dalam pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum 12 yang lepas. BN hanya mampu menang di Batang Ai, itupun calonnya bukan daripada Umno.
Najib memberi 3 sebab untuk tidak mahu bertanding dalam PRK Penanti. Sebab pertama, PRK berlaku kerana masalah dalaman PKR. Sebab kedua, ianya mainan politik parti pembangkang, dan ketiga kerana mahu mengutamakan khidmat kepada rakyat dan mahu memulihkan ekonomi negara.
Kesimpulannya mudah, jika benar ini merupakan permainan politik parti pembangkang seperti dakwaan Najib, beliau sepatutnya menggunakan kesempatan ini menjadikan modal kempen dan menghentam PKR semasa berkempen.
Dan harus diingat, dalam PRU 11 tahun 2004, BN berjaya memenangi Penanti. Ini juga merupakan peluang BN untuk memenangi Penanti semula memandangkan PRK biasanya merugikan Pakatan Rakyat kerana seluruh jentera kerajaan BN akan tertumpu di situ.
Lebih-lebih lagi Penanti jauh tertinggal dari arus kemajuan, BN sepatutnya dapat melaburkan projek-projek mi segera bagi mengaburi mata pengundi.
Jika Najib bersetuju meletakkan calon, sebenarnya ianya jelas menguntungkan BN, walaupun atas kertas memihak kepada PKR. Tetapi amat jelas, kebangkitan rakyat yang menolak BN membuatkan Najib dan Umno/BN amat-amat takut untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya BN mempunyai cukup kelengkapan perang untuk bertempur dengan Pakatan Rakyat yang serba serbi kekurangan.

Tian Chua Harus Lawan Habis-habisan



Hari ini Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu dari Parti Keadilan Rakyat diarah untuk membela diri atas tuduhan mencederakan anggota polis dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Tian Chua dituduh menggigit seorang anggota polis berpangkat prebet ( konstabel ) Rosyaidi Anuar. Dalam penghakimannya, Magistret Mohd Fauzi Che Abu berkata, beliau mengambil kira keterangan yang menunjukkan saksi pendakwaan kedua yang juga mangsa - Rosyaidi - tiada niat dan sebab untuk menumbuk Tian kerana mangsa perlu mempertahankan diri dalam satu pergelutan.
Saya pernah melihat rakaman kes tersebut dimana ianya dijual dalam ceramah-ceramah PAS tahun lepas. Tian Chua dan seorang rakannya menaiki kereta jenis proton Tiara dan ditahan polis ketika cuba memasuki kawasan Parlimen.
Tian Chua diseret dan diangkat dengan ganas oleh lebih 6 anggota polis dan dalam kejadian itu Tian Chua juga ditumbuk dan dipukul sehingga beliau berkata “hey, you jangan pukul saya!”, dan juga kelihatan seorang anggota polis menghayunkan tangan memukul Tian Chua dalam keadaan Tian Chua tidak boleh bergerak.
Dalam kes itu juga, kereta Tiara yang dinaiki Tian Chua dan rakannya telah terbakar ketika dalam jagaan polis.
Kezaliman dan tidak perikemanusiaan anggota polis harus ditentang memandangkan penjawat awam beruniform sepatutnya mempunyai akhlak yang baik dan berperikemanusiaan bagi melindungi rakyat Malaysia dan menjaga keselamatan negara.

Jumaat, Mei 15, 2009

Bila Utusan Dibaca, Berita TV3 Ditonton

Kadang-kadang rasa geram dan benci dibuatnya dengan tahap kebodohan orang-orang Umno walaupun saudara sendiri. Buta tulinya mereka sampai mereka boleh kata PAS gila kuasa di Perak, Nizar korup, Pakatan Rakyat langgar demokrasi, Nizar melayu penderhaka.
Tidakkah mereka nampak bahawa Umno/BN yang gila kuasa hingga sanggup membeli seorang OKU, seorang posmen dan seorang askar tua untuk dapatkan majoriti di Perak?
Apa yang dah Datuk Seri Ir Nizar dah buat hingga dikata korup? Ali Rustam tak pula dikata korup dan hampeh!
Pakatan Rakyat langgar demokrasi? Yang timbalan speaker ambil alih tugas speaker tatkala speaker masih ada di tempat duduknya bukan langgar demokrasi? Yang polis masuk DUN bukan langgar demokrasi? Yang polis sanggup halang ADUN dan speaker masuk dewan sampai terpaksa bersidang bawah pokok tu bukan langgar demokrasi?
Antara sembah derhaka dan penderhaka pun tak kenal, tak reti nak beza, memang patut hinaan DSAI dalam parlimen yang puak-puak Umno/BN yang tak faham benda ni “BODOH ALANG KEPALANG”.
Tapi bila dilihat kebodohan orang-orang Umno ni, bila dikaji, dalam hidup mereka sumber berita dan info mereka hanya dapat dengan membaca Utusan dan tengok berita TV3. Walaupun mereka duduk dan tinggal di tengah bandar, pemikiran mereka susah sangat hendak berubah. Malangnya rakyat Malaysia…

PAS Digesa Serius Menubuhkan Dewan Ahli Bersekutu

Sokongan padu bukan Islam terhadap PAS dilihat semakin meningkat. Oleh itu PAS diminta supaya serius untuk menubuhkan sebuah dewan untuk ahli bersekutu PAS.
Perkara ini sudah tergantung agak lama. Ianya menjadi perbincangan semenjak selepas pilihanraya umum ke-11 lagi. Namun penubuhan kelab penyokong PAS dianggap tidak kukuh memandangkan tidak diangkat menjadi sebuah dewan. Peyertaannya pula boleh dianggap “suka-suka masuk, suka-suka pergi” kerana tidak ada status ahli PAS.
Ini membuatkan kemungkinan orang bukan Islam akan bosan dengan PAS dan akan meninggalkannya. Perkara ini disuarakan oleh pengerusi kelab penyokong PAS pusat, Hu Pang Chow (lapor malaysiakini). Buat masa kini, Kelab Penyokong PAS hanyalah pertubuhan yang longgar.
Pada muktamar pemuda PAS pusat tahun lepas, pemuda menerima usul untuk menaikkan Kelab Penyokong PAS menjadi sebuah dewan, tetapi tidak pula kedengaran ketika muktamar penuh (kalau tak silap saya).
Jika perkara ini dilengah-lengahkan lagi, Kelab Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli akan lenyap dan senyap begitu sahaja.

Khamis, Mei 14, 2009

Ali Tak Rasional Lulus Projek Jirat Cina



Kerajaan BN Melaka sepatutnya peka dengan sensitiviti penduduk melayu berikutan kelulusan projek Tanah Perkuburan Cina ataupun jirat cina yang melibatkan keluasan 77 ekar di Kampung Pondok Kempas (DUN Bemban/parlimen Jasin).
Projek ini dianggap tidak munasabah memandangkan penduduk kampung di tapak projek tersebut dijalankan adalah 99% melayu. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syamsul Iskandar Md Akin dalam satu forum anjuran Dewan Muslimat PAS Melaka di Simpang Kemendor,Jasin ahad lepas.
Syamsul juga meminta ketua pembangkang Melaka YB Goh Leong San (ADUN Kesidang) membawa perkara ini ke Dun Melaka. Beliau turut menjelaskan kemungkinan Ali Rustam mendapat faedah daripada projek tersebut memandangkan Ali tidak langsung memikirkan kesan langsung terhadap penduduk setempat.
Pada saya perkara ini bukan bersifat perkauman, tetapi perkara ini melibatkan keselesaan penduduk sekitar. Jika di kampung yang 99% penduduk cina kita buatkan tanah perkuburan Islam yang luas, sudah tentu akan mendapat bantahan kerana ianya tak rasional. Oleh itu Ali Rustam sepatutnya menggunakan akal untuk berfikir kesan daripada projek tersebut terhadap penduduk setempat.

Mat Rempit Tak Akan Selesai

Mutakhir ini media arus perdana kerap kali memainkan isu mat rempit dan jenayah yang mat rempit lakukan. Isu mat rempit bukannya isu baru. Ianya sudah berlarutan dari zaman tok kadok lagi.
Ada pandangan yang mengatakan perlu dibina litar lumba motor lebih banyak bagi mengatasi masalah merempit. Tetapi kita harus sedar, mereka merempit bukan kerana semangat kesukanan bermotor, tetapi kerana hadiah lumayan yang ditawarkan seperti wang, bohsia, cikaro dan berbagai taruhan yang lain.
Pihak berkuasa juga kurang mengadakan operasi yang serius bagi membenteras gejala merempit. Contohnya di Melaka, tiap-tiap hari ahad petang mat rempit akan berpesta dengan merempit beramai-ramai dan melanggar lampu isyarat sehingga kenderaan lain terpaksa berhenti dan memberi laluan VIP kepada mereka. Perkara ini telah berlaku semenjak dari tahun 2006 hingga sekarang, tetapi pihak berkuasa tidak pula mengadakan sekatan jalanraya pada hari ahad.
Lebih parah lagi, Pemuda Umno dan Putera Umno kerap kali mengadakan aktiviti mendekati mat rempit, tetapi tidak pula mendekatkan mat rempit dengan agama. Sekadar mengajak mat rempit bergotong royong dan berkonvoi. Dan lebih teruk lagi, mat rempit digunakan oleh BN ketika pilihanraya diadakan.
Filem-filem yang dihasilkan mengenai mat rempit juga tidak banyak pengajaran. Contohnya filem "Rempit", walaupun kesudahan cerita tersebut watak utama mati kemalangan kerana berlumba, tetapi para penonton lebih nampak dan gemar dengan babak-babak berahi dan skil merempit dalam cerita tersebut, sehingga kanak-kanak ada yang bercita-cita untuk merempit hasil daripada pengaruh cerita tersebut.
Kesimpulannya, selagi mereka tidak diberikan pendekatan agama, selagi pusat-pusat hiburan berleluasa, selagi program-program hiburan melampau yang menjurus ke arah maksiat terus diadakan, selagi pihak berkuasa lebih berminat mengadakan sekatan jalanraya di ceramah-ceramah pakatan rakyat daripada mengadakan sekatan jalanraya untuk mat rempit, selagi itu isu ini tak akan selesai dan akan terus bercambah sehingga ke anak cucu kita.

RON95 Lebih Berkualiti?

Semalam kerajaan memperkenalkan minyak RON95 pada harga rm1.75 seliter. RON95 akan menggantikan RON92 menjelang September ini. RON92 yang lebih dikenali sebagai minyak merah masih berharga rm1.70 seliter.
Penggunaan RON92 terhad kepada kenderaan lama dan tidak sesuai digunakan kepada kenderaan baru. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang menggunakan minyak RON97 yang berharga rm1.80 dan dikenali sebagai minyak hijau.
1 september ini, RON97 akan dinaikkan sebanyak 20 sen dan akan menjadi rm2 seliter dan akan dijadikan produk premium.
Buat masa ini, masih belum kedengaran pandangan daripada individu yang berpengetahuan (dalam bidang berkenaan) tentang kualiti sebenar minyak RON95.
Cuma, saya berpendapat tak mungkin RON95 lebih baik daripada RON97 seperti yang kerajaan maksudkan dalam akhbar arus perdana hari ini. Mungkin RON95 lebih baik sedikit daripada RON92.
Atau ini merupakan strategi kerajaan untuk menaikkan harga minyak dalam keadaan rakyat tidak sedar kerana terpengaruh dengan RON95. Dan apa yang pasti, kenaikan harga barang akan tetap berlaku dan sekaligus rakyat akan turun dijalanan memakai baju protes!!!

Zambry Penebar Roti

Pagi tadi saya pergi minum di restoran mamak di Bandar Baru Bangi. Hajat di hati nak makan roti canai. Orang pun ramai. Tunggu-tunggu orang amik order tapi tak datang-datang juga.
Mamak yang tengah sibuk menebar roti tu kusyuk menebar roti tak pandang pelanggan. Dah 15 minit menunggu tapi tak dilayan.
Akhirnya saya pun jerit kecil “mamak, roti telur satu…”, mamak tu tak toleh. Mungkin tak dengar agaknya.
“Hey mamak, roti telur satu…”, mamak tu tetap tak toleh. Kawan saya dah ketawa tengok keadaan begitu.
Geram rasa di hati, “Zambry Kadir, roti telur satulah!!”, tiba-tiba mamak tu toleh saya dan kata “wokey siap..”.
Terbahak-bahak saya dan kawan saya ketawa.

Selasa, Mei 12, 2009

MB Haram Berjaya Tangguhkan Keputusan Mahkamah Tinggi


Menteri Besar Perak yang haram Datuk Seri Dr Zamry Kadir berjaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengishtiharkan Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Permohonan Zamry itu dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan pagi tadi dan akan didengar secepat yang mungkin. Oleh itu, Nizar yang baru sahaja memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak pagi tadi terpaksa mengosongkan pejabat menteri besar.
Keadaan ini merumitkan lagi situasi politik di Perak. Zamry dalam kenyataan peguamnya tindakan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur penting bagi menghalang pembubaran DUN Perak.
Jelas sekali BN keseluruhannya amat takut untuk menghadapi pilihanraya kecil di Perak memandangkan angin perubahan rakyat yang kian ketara beralih kepada Pakatan Rakyat.

Nizar MB Yang Sah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi mengumumkan Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim.
Keputusan ini sekaligus sedikit sebanyak memulihkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.

Ahad, Mei 10, 2009

Selamat Hari ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak.
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... mak.
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak.
Bila bangun tidur, aku cari.... mak.
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak.
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak.
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak.
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak.
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak.
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak.
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak.
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak.
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak.
Aku selalu teringatkan .... mak.
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak.
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak.
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak.
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak.
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak.
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak.
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak.
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak.
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak.
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak.
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak.
Yang selalu berleter kat aku... mak.
Yang selalu puji aku.... mak.
Yang selalu nasihat aku.... mak.
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak.
Aku ada pasangan hidup sendiri....Bila seronok, aku cari....pasanganku,
Bila sedih, aku cari.... mak.
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku,
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak.
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku,
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku.
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku,
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak.
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku,
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”.
Selalu.. aku ingat pasanganku,
Tapi selalu.. mak ingat kat aku.
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku,
Entah bila... aku nak talipon mak.
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku,
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak.
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Bila KM Bijak Ala Kadar


Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari berkata bahawa PAS bukanlah membangkang pembangunan dan projek yang mahu dilakukan oleh kerajaan BN, tetapi PAS mempertikaikan cara kerajaan BN menguruskan duit rakyat, khasnya Melaka.

Adly mempertikaikan bagaimana Ali Rustam boleh membeli Eye On Malaysia dengan harga 45 juta sedangkan ianya adalah barang second hand kerana telah digunakan di KL selama setahun oleh kerajaan pusat. "Sebab itu kita nak tahu berapa harga yang baru, berApa harga yang second hand sebenar-benarnya," kata beliau yang turut mengatakan 45 juta adalah harga yang baru.

Lapangan terbang Batu Berendam, Melaka juga turut menjadi hentaman Adly yang mengatakan lapangan terbang tersebut masih tidak boleh digunakan untuk kapal terbang besar mendarat walaupun telah dinaik taraf yang menelan belanja lebih 250 juta.

"Ali kata lapangan terbang tu tak cukup panjang, kena tambah 50 juta lagi untuk panjangkan lagi lapangan terbang tersebut. Bagaimana dia boleh tak fikir awal-awal perkara ni? Dah habis lebih 250 juta, tiba-tiba kapal terbang tak boleh mendarat", tambah beliau.

Beliau turut menyelar kerajaan BN Melaka yang telah berhutang lebih 1 billion dengan kerajaan pusat.

Beliau menjelaskan semua ini dalam ceramahnya di Durian Tunggal, Melaka malam tadi yang turut berceramah ajk PAS Pusat Mazlan Aliman. Namun YB Kesidang Goh Leong San dari DAP tidak dapat hadir diatas perkara yang tak dapat dielakkan.

"Bila ketua menteri tak belajar tinggi, bijak ala kadar dan tak cerdik, inilah padahnya", ulas seorang hadirin ceramah.

Ismail Safian Kaki Dangdut?

Calon BN Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Ismail Safian bukanlah calon terbaik yang sepatutnya diletakkan sebagai calon BN lebih-lebih lagi untuk menentang Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaludin daripada PAS.
Mazlan Aliman menjelaskan dalam ceramahnya di Durian Tunggal, Melaka malam tadi, Ismail Safian hanyalah ahli Umno biasa dan hanya memegang jawatan naib ketua Umno cawangan sahaja dan beliau juga tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang.
"Kita juga menerima banyak gambar Ismail dalam berbagai-bagai aksi di dalam pelbagai kelab dangdut yang diberikan oleh rakan sedangdut beliau", jelas Mazlan.
"Kita bukan nak main sangat isu peribadi, tapi dah orang beri gambar tu, kita terima sajalah. Pemberi gambar tu kata suruh kita guna jadikan isu bila perlu", tambah beliau lagi.

PR Menang Bila Polis Melampau

"Tidak dapat dinafikan penyertaan banyak calon Bebas dalam Pilihanraya Kecil di Bukit Selambau baru-baru ini adalah kerana tidak berpuas hati dengan calon Pakatan Rakyat khususnya daripada PKR yang mencalonkan Manikumar", jelas Mazlan Aliman dalam ceramahnya di Durian Tunggal malam tadi.
"Tetapi Umno/BN yang menggunakan kekerasan melampau menerusi anggota polis dan FRU yang membuatkan rakyat Bukit Selambau tidak dapat menerima BN", jelas beliau lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat peti undi di kawasan pendalaman yang tidak pernah sebelum ini dimenangi oleh pembangkang memihak kepada PKR apabila pengundi di kawasan tersebut memprotes tindakan FRU yang melepaskan gas pemedih mata sehingga terkena penduduk yang tidak mengambil tahu hal politik dalam satu siri ceramah Pakatan Rakyat semasa berkempen.
"Di Johor masih lagi terdapat gangguan pihak polis terhadap ceramah-ceramah yang kita buat. Secara tidak langsung, tindakan polis yang menyekat jalan raya, mengepung tapak ceramah, memberi persepsi negatif daripada penduduk kampung yang dari Umno yang akhirnya mereka akan menyokong Pakatan Rakyat kelak", katanya lagi yang turut menyatakan beliau menerima kemasukan ahli daripada Umno yang meluat melihat Umno/BN menggunakan polis untuk menyekat demokrasi.
"Makin banyak polis buat hal terhadap Pakatan Rakyat, ianya secara tak langsung memberi kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat kerana rakyat melihat dan menilai." tambahnya lagi.

Sabtu, Mei 09, 2009

Pewaris Dolak Dalih

Hari ini Pewaris dalam kenyataannya menjelaskan bahawa mereka bukan takut hendak berdebat dengan GMI dalam isu ISA, tetapi salah satu sebab kerana risau kemungkinan berlaku perkara buruk jika berdebat di depan penyokong masing-masing.
Semua sedia maklum kebanyakan penyokong Pewaris adalah terdiri daripada ahli pertrubuhan yang mendapat jolokan gangster melayu. Oleh itu kekecohan yang Pewaris maksudkan sudah tentu akan datang dari penyokong mereka sendiri lebih-lebih lagi mereka tidak mungkin akan menang berdebat dari segi fakta dan hujah sekaligus akan turut memalukan kerajaan BN.
Alasan Pewaris yang menyatakan perlu permit jika berdebat di dalam dewan adalah alasan remeh dan dolak dalih.
Sebelum ini beberapa program yang di anjurkan GMI mendapat gangguan dari pihak Pewaris yang bertindak ala gangster apabila meletakkan orang-orang mereka di program GMI dengan memakai baju yang tertera ayat “Kekalkan ISA” dan “Gerakan Mansuhkan Babi”.
Jelas sekali penolakan Pewaris dalam program debat ISA ini merupakan kemenangan moral terhadap GMI dan Pakatan Rakyat.

Jumaat, Mei 08, 2009

Agama Mampu Kurangkan Masalah Ekonomi


Semalam seorang tokoh agamawan kontemporari dunia daripada Victoria University of Wellington, Dr. Paul Morris membentangkan suatu penyampaian bertajuk "Agama mampu kurangkan masalah ekonomi".Beliau menyatakan bahawaagama boleh menjadi penawar bagi mereka yang menghadapi masalah akibat krisis ekonomi global.Dr. Paul Morris yang juga seorang profesor berkata, agama juga boleh memainkan peranan bagi mengurangkan kesan yang dibawa oleh sistem kapitalis dunia."Amalan kapitalis global sentiasa berterusan, manakala agama pula mempunyai wawasan serta kefahaman tentang cara untuk menyemai nilai murni dalam hidup kita," katanya dalam ceramah mengenai New Zealand, Islam dan umatnya di Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa di Petaling Jaya.Beliau berkata, krisis ekonomi masa kini yang memberi kesan terhadap New Zealand, Malaysia dan seluruh dunia, menunjukkan betapa masyarakat sejagat sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan tiada siapa yang boleh mengelakkan diri daripada menerima kesannya, manakala agama pula, melalui nilai akhlak yang dianjurkannya, boleh membantu manusia dalam menghadapi kesannya serta bertindak mengikut etika."Ini bukan bermakna kita patut menyerang ekonomi, tapi kita perlu menyedari kesan daripada amalan kapitalis dunia dan melindungi diri kita melalui kepercayaan kita, cara kita berfikir dan nilai akhlak yang menjadi amalan kita," katanya.Dr. Morris menegaskan tentang pentingnya tadbir urus yang baik, perilaku mulia, sifat sederhana dan bertanggungjawab, digabungkan dalam gaya hidup manusia, manakala agama pula membantu ke arah mencapai matlamat ini.Katanya, walaupun umat Islam merupakan golongan minoriti di New Zealand, tetapi oleh kerana mereka adalah sebahagian daripada dunia yang bersifat global, maka mereka tidak tersisih daripada lebih satu bilion umat Islam yang wujud di serata dunia.Beliau berkata, bagi mewujudkan sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan penganut pelbagai agama di New Zealand, negara itu menggubal satu rangka kerja bagi mengelak tercetusnya masalah dan keganasan."Rangka kerja ini berkisar tentang bagaimana kami dan anak-anak kami boleh hidup dengan mereka yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza dan hak untuk memberi pendapat tentang agama yang menjadi anutan seseorang. Rangka kerja ini menjadi platform untuk melahirkan kefahaman tentang kepelbagaian budaya," katanya.Beliau berkata, selepas Peristiwa 9/11, majoriti penduduk New Zealand bersikap terbuka dan berminat mendalami pengetahuan mereka tentang Islam.Kini, semakin banyak pelajar universiti mengikuti kursus agama, bukan saja untuk belajar tentang Islam, tetapi mendalami pengetahuan mereka tentang agama Kristian, kata beliau.Dr. Morris juga terkenal kerana hasil karyanya mengenai agama serta identiti budaya dan amat meminati dialog antara agama. Beliau mewakili negaranya pada dialog antara agama yang telah diadakan di Indonesia, Filipina dan baru-baru ini di Malaysia.
Zulkifli Bin NoordinX-Victoria University of NZ(1981)Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pewaris Takut Debat ISA


Tak ada apa yang dapat disimpulkan kecuali melabelkan Pewaris penakut kerana jelas mereka berada di pihak yang salah.
Pewaris akhirnya membuat keputusan untuk tidak sertai debat ISA :Halal Atau Haram anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dimana sebelum ini bersetuju untuk berdebat tetapi bersyarat.
Jelas sekali syarat-syarat yang dikemukakan oleh Pewaris iaitu berdebat di stesyen Radio 24 Bernama adalah bertujuan untuk mensabotaj debat tersebut. Sememangnya jika berdebat di stesyen radio, berbagai cara dapat dilakukan untuk menghalang pihak GMI berhujah.
Debat di depan khalayak ramai adalah cara terbaik dan dapat dinilai secara terbuka oleh sesiapa sahaja.
Pewaris yang sebelum ini lantang menyuarakan perlunya ISA untuk mempertahankan Islam dilihat menjadi jurucakap Umno yang sememangnya memainkan banyak isu perkauman setelah BN tewas teruk dalam pilihanraya umum yang lepas.
Pewaris yang tidak berani bersemuka dengan GMI untuk berdebat jelas sekali mereka tentu tidak mampu berhujah untuk mempertahankan ISA kerana berada dalam pihak yang salah.

Sivakumar Hero Rakyat, Sidang DUN Jakun, BN Ala Mafia, Zamry Hina Dan Jijik







Satu-satunya benteng terakhir bagi pakatan rakyat di DUN Perak adalah menerusi speaker, V Sivakumar daripada DAP. Hari ini Sivakumar sedaya mungkin cuba pertahankan pakatan rakyat hingga ke saat-saat terakhir.
Kuasa beliau sebagai speaker dicabul dengan paling tidak bermaruah oleh Adun BN. Dalam keadaan beliau masih di tempat duduk speaker dan masih mempengerusikan sidang DUN Perak, tempatnya diambil alih oleh timbalan speaker secara paksaan dan akhirnya usul pemecatan speaker diterima oleh timbalan speaker. Dan speaker ditarik keluar oleh polis dan pengawal.
Keadaan ini sama seperti jika di sebuah syarikat contohnya, pengarah mempengerusikan mesyuarat, ada cadangan daripada pegawai bawahan untuk memecat pengarah, tiba-tiba timbalan pengarah memonopoli mesyuarat dan terus menjadi pengerusi mesyuarat dalam keadaan pengarah masih lagi di tempat duduknya sebagai pengerusi. Timbalan pengarah tersebut menerima cadangan pegawai dan memanggil pengawal keselamatan untuk mengheret pengarah keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
Apakah bentuk sidang DUN yang begini rupa? Seolah-olah sidang mesyuarat mafia dan gangster. Berkeadaan jakun dan tak ada undang-undang. Mengapa BN sanggup menggunakan cara hina dan jijik ini untuk merampas kuasa? Tidakkah ada perasaan malu dan hina pada diri mereka? Apakah yang telah diajar oleh mak bapak mereka sehingga mereka menjadi manusia yang paling tidak bermaruah dan hina sehingga sanggup lakukan sedemikian rupa?
Apa salahnya jika diadakan pilihanraya semula? Pakatan rakyat pun belum tentu menang jika diadakan pilihanraya semula. Kenapa BN takut sangat untuk hadapi pilihanraya semula? Mereka mendapat kuasa dan memegang jawatan dengan cara begini, tujuh keturunan mereka akan terus dihina rakyat, dicaci rakyat, lebih hina dari pelacur!!!!

Khamis, Mei 07, 2009

Ditahan Kerana Sambut Hari Jadi




Tiga pemuda ditahan ketika menyambut hari jadi Altantuya di depan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi. Mereka yang di tahan ialah Sani Md Shah, Saufi Mihat dan Yasir Syeikh Abdul Rahman. Kek seberat 2kg dan kain rentang turut dirampas.
Mereka berhimpun atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Badul Hisyam Syaharin menganjur majlis tersebut dan ingin menyerahkan memorandum serta surat daripada bapa Altantuya kepada Dato Seri Najib Razak.
Kemungkinan besar kek yang seberat 2kg yang semestinya berharga lebih dari rm85 itu sedang dinikmati oleh anggota polis.

Rabu, Mei 06, 2009

Aktivis BERSIH Ditangkap


Kerana mengajak orang ramai pakai baju hitam esok, jurucakap Bersih, Wong Chin Huat (gambar paling kiri) ditangkap di bawah Akta Hasutan.
Siasah difaham, Wong akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan tahanan reman oleh polis.
Wong ditahan malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa Kuala Lumpur dan dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk siasatan.
Namun selepas tengah malam, dia telah dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Pagi semalam, Wong bersama rakan Bersihnya mengadakan sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur meminta orang ramai memakai baju hitam 7 Mei esok dengan menamakannya sebagai 'IBlackMalaysia'.
Ia adalah sempena persidangan Dun Perak esok yang antara agendanya adalah memecat Speaker Dun Perak, V Sivakumar.

7 Mei 2009 : Berpakaian Hitam Untuk “Satu Gelita Malaysia”

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menyeru seluruh rakyat Malaysia berpakaian hitam pada hari khamis 7 mei ini sebagai tanda protes terhadap persidangan DUN Perak yang jelas melangkaui kuasa speaker.
NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" meniru slogan perdana menteri baru.
Sehubungan itu seluruh rakyat Malaysia diharap dapat berpakaian hitam seharian pada hari khamis ini bagi menunjukkan rasa bantahan rakyat terhadap apa yang telah berlaku di Perak yang jelas membelakangkan perlembagaan dan menidakkan hak rakyat yang telah melantik Pakatan Rakyat untuk mentadbir Perak.

Selasa, Mei 05, 2009

Antara Maruah dan Muka Tembok

Bila jadi MB secara tidak sah,
rakyat cerca MB haram jadah,
7 keturunan Zamry malu tak sudah,
mana perginya harga maruah?

Kerajaan haram lelong Camry,
MB haram itulah Zamry,
muka tembok tak ada harga diri,
buat malu mak bapak dan anak bini.

Selamatkan Perak

Ayuh seluruh rakyat,
buat solat hajat dan munajat,
mohon dihalang segala perancangan jahat,
juga segala perbuatan khianat,
yang dirancang UMNO/BN bangsat,
moga UMNO/BN dilaknat,
ditalkinkan oleh rakyat,
demi keadilan sejagat.

Konvensyen PAS Melaka Wajib Diadakan

PAS Melaka harus mengadakan konvensyen setiap tahun bagi membolehkan ahli PAS menilai dan melontarkan kritikan atau pandangan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri. Ianya dilihat perlu memandangkan sehingga hari ini, PAS Melaka dilihat masih ditakuk lama dan tidak banyak melakukan perubahan ke hadapan.
Secara dasarnya, perlembangaan PAS tidak perlu dipinda seperti usul yang dibawa Pemuda PAS Bukit Katil dalam Muktamar PAS Kawasan Bukit Katil ahad lepas, tetapi konvensyen peringkat negeri haruslah wajib diadakan.
Saya juga mencadangkan supaya pemilihan diadakan bagi jawatan timbalan pesuruhjaya negeri dan ahli jawatan kuasa negeri.

Isnin, Mei 04, 2009

Kepimpinan Melalui Teladan


Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.
Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce.

Ramainya Melayu Dalam Kedai Ekor

Kerajaan seharusnya peka terhadap masalah masyarakat terutamanya melayu yang beragama Islam masakini memandangkan fenomena bermain/membeli nombor ramalan atau lebih dikenali sebagai nombor ekor berleluasa tanpa pantauan serius pihak berkuasa.
Pemerhatian yang saya lakukan petang tadi di Cheng, Melaka dalam jam 6:15 sehingga jam 6:50 di salah sebuah premis nombor ramalan di situ memperlihatkan orang melayu lebih ramai daripada bukan Islam yang memasuki premis berkenaan. Mereka tanpa segan silu keluar masuk premis dan membeli nombor ramalan dengan selamba badak dan kebanyakannya berumur dalam lingkungan 30an ke atas. Apa yang kita boleh harapkan jika orang Islam sudah tidak mengenal halal dan haram?
Kerajaan BN sepatutnya menghapuskan terus aktiviti perjudian dan premis perjudian memandangkan semua agama melarang keras penganutnya berjudi. Kegiatan membeli nombor ramalan telah menjadi kebiasaan pada masyarakat melayu masakini memandangkan tidak ada pantauan secara serius daripada Jabatan Agama Islam.

Muktamar PAS Kawasan Bukit Katil


Pagi ini berlangsung Muktamar PAS Kawasan Bukit Katil yang dirasmikan oleh Hj Mohamad Sabu.

Pemilihan PAS Kawasan Bukit Katil juga turut diadakan dan dikhabarkan PAS Kawasan Bukit Katil akan mendapat YDP yang baru.

Mungkinkah YDP baru tersebut adalah gambar diatas???

Jika itu orangnya, saya optimis satu pembaharuan yang baik dan terbaik akan berlaku memandangkan saya pernah duduk dibawahnya sewaktu beliau memegang Ketua Pemuda PAS Bukit Katil dan mengetahui kemampuan beliau.

Pada muktamar dan pemilihan kali ini saya tak dapat menghadirinya kerana tak tahu nak hadir atas kapasiti cawangan mana. Jika muktamar yang lepas, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil. Memandangkan saya tidak terpilih dalam pemilihan Dewan Pemuda kawasan baru-baru ini, terpaksalah saya duduk saja di rumah.

Rasa kehidupan dah berubah dan sangat-sangat tak menyeronokkan. Bosan bila dah tak dapat aktif macam dulu, tapi dah tak terpilih, nak buat macamana?

Apapun semoga YDP Bukit Katil yang baru yang akan diumumkan tengahari ini akan dapat melakukan pembaharuan bagi memberi tekanan kepada Ali Ketam dan mengalahkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Ahad, Mei 03, 2009

Akal Di Lutut




Saya terpanggil untuk mengulas apa yang berlaku bulan Mac yang lepas dimana sewaktu Pakatan Rakyat di Melaka ingin menghantar memorandum ke Pejabat Ali Rustam di Seri Negeri selepas solat Jumaat.


Dalam kejadian itu, polis telah berkawal dan menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang kebanyakannya hanya memakai kain pelikat di Masjid MITC dan tidak pula menghalang dan berkawal di Seri Negeri dimana gangster Ali Rustam yang tak solat Jumaat telah berkawal di situ.


Polis juga tidak mengambil sebarang tindakan apabila kereta Ketua Pemuda PAS Melaka diserang sehingga kemik lekuk oleh gangster-gangster tersebut.


Kejadian ini jelas menghina bangsa melayu dimana kerana ingin membela seorang yang perasuah, tindakan ganas tersebut dilakukan terhadap mereka yang mahu memartabatkan bangsa dan Islam.


Anjing jika disuruh berkawal dan mempunyai akal dan tahu yang dikawal itu untuk melindungi perasuah, yakin anjing-anjing itu akan meninggalkan tempat tersebut. Inikan pula manusia jika mempunyai akal, kenapa letakkannya di lutut dan kenapa ingin melindungi perasuah yang dikutuk oleh Allah SWT?