Jumaat, Mei 15, 2009

PAS Digesa Serius Menubuhkan Dewan Ahli Bersekutu

Sokongan padu bukan Islam terhadap PAS dilihat semakin meningkat. Oleh itu PAS diminta supaya serius untuk menubuhkan sebuah dewan untuk ahli bersekutu PAS.
Perkara ini sudah tergantung agak lama. Ianya menjadi perbincangan semenjak selepas pilihanraya umum ke-11 lagi. Namun penubuhan kelab penyokong PAS dianggap tidak kukuh memandangkan tidak diangkat menjadi sebuah dewan. Peyertaannya pula boleh dianggap “suka-suka masuk, suka-suka pergi” kerana tidak ada status ahli PAS.
Ini membuatkan kemungkinan orang bukan Islam akan bosan dengan PAS dan akan meninggalkannya. Perkara ini disuarakan oleh pengerusi kelab penyokong PAS pusat, Hu Pang Chow (lapor malaysiakini). Buat masa kini, Kelab Penyokong PAS hanyalah pertubuhan yang longgar.
Pada muktamar pemuda PAS pusat tahun lepas, pemuda menerima usul untuk menaikkan Kelab Penyokong PAS menjadi sebuah dewan, tetapi tidak pula kedengaran ketika muktamar penuh (kalau tak silap saya).
Jika perkara ini dilengah-lengahkan lagi, Kelab Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli akan lenyap dan senyap begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan