Ahad, Mei 10, 2009

PR Menang Bila Polis Melampau

"Tidak dapat dinafikan penyertaan banyak calon Bebas dalam Pilihanraya Kecil di Bukit Selambau baru-baru ini adalah kerana tidak berpuas hati dengan calon Pakatan Rakyat khususnya daripada PKR yang mencalonkan Manikumar", jelas Mazlan Aliman dalam ceramahnya di Durian Tunggal malam tadi.
"Tetapi Umno/BN yang menggunakan kekerasan melampau menerusi anggota polis dan FRU yang membuatkan rakyat Bukit Selambau tidak dapat menerima BN", jelas beliau lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat peti undi di kawasan pendalaman yang tidak pernah sebelum ini dimenangi oleh pembangkang memihak kepada PKR apabila pengundi di kawasan tersebut memprotes tindakan FRU yang melepaskan gas pemedih mata sehingga terkena penduduk yang tidak mengambil tahu hal politik dalam satu siri ceramah Pakatan Rakyat semasa berkempen.
"Di Johor masih lagi terdapat gangguan pihak polis terhadap ceramah-ceramah yang kita buat. Secara tidak langsung, tindakan polis yang menyekat jalan raya, mengepung tapak ceramah, memberi persepsi negatif daripada penduduk kampung yang dari Umno yang akhirnya mereka akan menyokong Pakatan Rakyat kelak", katanya lagi yang turut menyatakan beliau menerima kemasukan ahli daripada Umno yang meluat melihat Umno/BN menggunakan polis untuk menyekat demokrasi.
"Makin banyak polis buat hal terhadap Pakatan Rakyat, ianya secara tak langsung memberi kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat kerana rakyat melihat dan menilai." tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan