Isnin, Mei 25, 2009

Bebas Kemungkinan Menang Jika 1 Lawan 1

Pilihanraya kecil DUN Penanti akan menyaksikan saingan 4 penjuru diantara PKR dan 3 calon bebas. Ianya sekali lagi membuatkan rakyat pelik apabila bekas pimpinan PKR menyertai pilihanraya kecil ini atas tiket bebas. Fenomena ini turut berlaku ketika pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.
PKR dan pakatan rakyat harus berusaha kuat untuk berkempen kerana dikhuatiri ramai pengundi PKR tidak akan keluar mengundi jika memikirkan PKR akan menang mudah. Ianya belum tentu lagi berlaku memandangkan pengundi-pengundi yang menyokong Barisan Nasional sudah tentu akan memberi undi kepada calon bebas.
Penyertaan calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang pernah tewas dan hilang wang deposit dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dilihat tidak akan dapat memecahkan undi dengan besar. Perhatian harus diberi kepada calon bebas Aminah Abdullah yang juga merupakan bekas ketua wanita PKR Pulau Pinang dan Nai Khan Ari yang juga bekas pemimpin parti Gerakan peringkat cawangan.
Dua calon bebas tersebut dilihat akan menjadi pilihan pengundi yang menyokong Barisan Nasional. Tetapi diramalkan pecahan undi bagi 2 calon bebas tersebut akan berlaku. Undi PKR juga diramalkan akan menurun memandangkan kemungkinan ramai yang tidak keluar mengundi.
Bebas kemungkinan boleh menang jika pertandingan adalah 1 lawan 1 dengan PKR, tetapi haruslah pengundi PKR tidak ramai keluar mengundi dan pengundi/penyokong BN memberi undi kepada bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan