Jumaat, Mei 08, 2009

Agama Mampu Kurangkan Masalah Ekonomi


Semalam seorang tokoh agamawan kontemporari dunia daripada Victoria University of Wellington, Dr. Paul Morris membentangkan suatu penyampaian bertajuk "Agama mampu kurangkan masalah ekonomi".Beliau menyatakan bahawaagama boleh menjadi penawar bagi mereka yang menghadapi masalah akibat krisis ekonomi global.Dr. Paul Morris yang juga seorang profesor berkata, agama juga boleh memainkan peranan bagi mengurangkan kesan yang dibawa oleh sistem kapitalis dunia."Amalan kapitalis global sentiasa berterusan, manakala agama pula mempunyai wawasan serta kefahaman tentang cara untuk menyemai nilai murni dalam hidup kita," katanya dalam ceramah mengenai New Zealand, Islam dan umatnya di Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa di Petaling Jaya.Beliau berkata, krisis ekonomi masa kini yang memberi kesan terhadap New Zealand, Malaysia dan seluruh dunia, menunjukkan betapa masyarakat sejagat sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan tiada siapa yang boleh mengelakkan diri daripada menerima kesannya, manakala agama pula, melalui nilai akhlak yang dianjurkannya, boleh membantu manusia dalam menghadapi kesannya serta bertindak mengikut etika."Ini bukan bermakna kita patut menyerang ekonomi, tapi kita perlu menyedari kesan daripada amalan kapitalis dunia dan melindungi diri kita melalui kepercayaan kita, cara kita berfikir dan nilai akhlak yang menjadi amalan kita," katanya.Dr. Morris menegaskan tentang pentingnya tadbir urus yang baik, perilaku mulia, sifat sederhana dan bertanggungjawab, digabungkan dalam gaya hidup manusia, manakala agama pula membantu ke arah mencapai matlamat ini.Katanya, walaupun umat Islam merupakan golongan minoriti di New Zealand, tetapi oleh kerana mereka adalah sebahagian daripada dunia yang bersifat global, maka mereka tidak tersisih daripada lebih satu bilion umat Islam yang wujud di serata dunia.Beliau berkata, bagi mewujudkan sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan penganut pelbagai agama di New Zealand, negara itu menggubal satu rangka kerja bagi mengelak tercetusnya masalah dan keganasan."Rangka kerja ini berkisar tentang bagaimana kami dan anak-anak kami boleh hidup dengan mereka yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza dan hak untuk memberi pendapat tentang agama yang menjadi anutan seseorang. Rangka kerja ini menjadi platform untuk melahirkan kefahaman tentang kepelbagaian budaya," katanya.Beliau berkata, selepas Peristiwa 9/11, majoriti penduduk New Zealand bersikap terbuka dan berminat mendalami pengetahuan mereka tentang Islam.Kini, semakin banyak pelajar universiti mengikuti kursus agama, bukan saja untuk belajar tentang Islam, tetapi mendalami pengetahuan mereka tentang agama Kristian, kata beliau.Dr. Morris juga terkenal kerana hasil karyanya mengenai agama serta identiti budaya dan amat meminati dialog antara agama. Beliau mewakili negaranya pada dialog antara agama yang telah diadakan di Indonesia, Filipina dan baru-baru ini di Malaysia.
Zulkifli Bin NoordinX-Victoria University of NZ(1981)Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan