Isnin, Februari 28, 2011

Najib diminta bertaubat


Betul ke tidak Najib ni? Gi melawat makam Kamal Ataturk takpe le lagi, di pi letak kalungan bunga atas makam Kamal Ataturk.
Gilo ke apa?
Aku tak faham Najib ni spesis melayu apa. Ni yang susah bila dok melayu-melayu, Islam ntah ke mana.
Tak reti halal haram. Majlis fatwa kebangsaan dah kata letak kalungan bunga dan beri penghormatan pada Tugu Negara tu haram, dia buat jugak.

Ni kat makam Kamal Ataturk pun dia gatal bubuh bunga jugak.
Ulama Umno tolong le nasihat. Apa ke sengal bebenor Najib ni. Ha tu calon BN Dun Kerdau lulusan Al-Azhar, nasihat le sikit kat Najib.

Ulama dunia (Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi) kau kata pengganas, Kamal Ataturk ni bukan main kau sanjung.
Klik kat sini kalo nak tahu sikit sebanyak siapa dia Kamal Ataturk:-

Liow Tiong Lai sepatutnya di Merlimau



Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hadir proses penamaan calon Dun Kerdau.
Pada aku sepatutnya beliau lebih baik hadir penamaan calon Dun Merlimau.
Ini kerana jarak rumah bapa beliau dengan pusat penamaan calon (Politeknik Merlimau) hanya sekitar 500 meter sahaja.

Ahad, Februari 27, 2011

Hikmah disebalik kemalangan


Pertama kali aku tengok kayu boleh tercacak tembus kat kaki masa tengah lumba basikal. Biasa tengok kulit melecur je coz bergesel kat landasan.

Macam pelik je. Boleh pulak kayu tu macam anak panah. Tapi ini le takdir Allah, yang ada hikmah disebalik kejadian tersebut.

Bila terbaca kisah ni, terus aku terfikir larangan Allah swt terhadap umat Islam mendedahkan aurat.

Aku bukan pandai sangat agama, tapi dalam keadaan tidak menutup aurat, kemudian ditimpa kemalangan yang agak pelik, sama-sama le kita fikirkan.
Allah swt nak tunjuk sesuatu macam-macam cara dia boleh tunjuk sehingga yang tak terfikir dek akal.
Kalaupun berjuang untuk negara sekalipun, sebagai umat Islam aurat kena le jaga. Aku dulu pun bersukan juga...
(jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang ketika menyertai kejohanan Tracking Cycling World Cup di National Cyling Centre, Manchester, England)

Tak perasan Wan Azizah, tahniah buat Syamsul


Aku tak perasan pula yang presiden PKR turut ada di Merlimau masa penamaan calon semalam.
Ingatkan pimpinan tertinggi PKR yang ada Tan Sri Khalid je.

Apa pun aku ucap tahniah pada Syamsul Iskandar yang turut serta dalam mengiringi calon Pas semalam.
Walaupun tak dapat bertanding, sikap Syamsul hadir memberi sokongan menunjukkan beliau seorang pemimpin yang matang.

Sengaja nak menunjuk

Tak ada seorang pun pemimpin Pas yang pertikai kelulusan Brahim, tapi heboh BN tuduh Pas cuba fitnah Brahim kata brahim ni beli sijil.
Adnan Yaakob pun melatah. Tapi dia tak sebut pun siapa pemimpin Pas yang tuduh brahim ni beli sijil.
Pada aku ni isu yang sengaja dibuat-buat untuk buruk-burukkan Pas dan sengaja nak tunjuk kat rakyat yang Umno pun boleh letak calon kelulusan Al-Azhar.

Kenapa Ali Rustam anti dengan DAP?

"Kita menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendahulukan rakyat, sebaliknya Pas mendahulukan DAP".
"Sekiranya pengundi mendahulukan rakyat, bolehlah mengundi BN, tetapi jika mereka mendahulukan DAP, mereka boleh mengundi Pas".
(Petikan dari sinar harian 26/02/2011 muka surat 'N6' Edisi Melaka/NS.)
Setahu aku DAP tak pernah menyeleweng duit rakyat Melaka, tak pernah jual tanah melayu di Melaka, tak pernah rompak hak orang melayu di Melaka, tak pernah tuntut yang bukan-bukan.
Cuma yang aku tahu DAP dalam Dewan Undangan Negeri Melaka selalu dedah penyelewengan, pembaziran dan korupsi Ali Rustam dan kerajaan BN Melaka.
Itu sebab Ali Rustam anti dengan DAP kot...

Bob Lokman di penamaan calon Dun Merlimau

Tak sangka Bob Lokman yang baru genap seminggu serah borang masuk Pas, yang masih tak berapa kenal pimpinan tertinggi Pas, buat kejutan hadir pada penamaan calon Dun Merlimau pagi tadi.
Disambut hebat macam artis terkenal (memang artis pun), bukan dengan tepukan gemuruh tetapi dengan laungan takbir, membangkitkan semangat penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Lu tolong gua, gua tolong lu

takda malu punya olang, ini macam stupid punya ketua menteri pun ada?

Khamis, Februari 24, 2011

Hujah Mengarut

Malam semalam tergerak hati nak tengok rancangan Hujah di tv9. Masih tak tahu siapa tetamu jemputan, tengok tajuk macam seronok je.
Tajuk Hujah kali ni “Pas dan Melayu”. Dalam hati aku dah seronok sebab dah tentu tetamu jemputan dari Pas.
Tapi bila diperkenalkan tetamu jemputan iaitu Tan Sri Sanusi Junid. Aik? Apahal pulak cerita pasal Pas tapi panggil si Umno tua ni? Apa yang dia tahu pasal Pas? Tidur lagi baik dari tengok tua kutuk ni bercakap…
Hujah semakin mengarut, dah tak macam dulu masa Prof Dr Agus jadi hos…

Terserempak dengan Zainuddin Maidin

Petang semalam aku gi medan selera nak tapau makan. Tengah-tengah pilih kedai nak pesan makanan, ternampak Zainuddin Maidin tengah dok borak dan minum teh tarik.
Pakaian dia sempoi je, t-shirt koler putih dengan seluar slack hitam. Mula-mula macam tak percaya je, sebab terlalu sempoi. Lagipun dah set dalam otak kalau pemimpin Umno atau bekas menteri ni kaya raya, mesti penampilan pun bergaya.
Tapi bila fikir balik, lelaki ni kaya mana pun tak kan macam perempuan terutama macam Rosmah. Gaya santai dan selesa tetap jadi pilihan. Ke sebab dia dah tak jadi menteri, penampilan dia begini?
Aku tak nampak pun ada orang datang kat dia nak bersalam. Dah tak terkenal le tu.
Tak kisah le penampilan dia macam mana. Tapi aku tak boleh lupa kejahatan dia semasa pegang RTM dan jadi menteri dulu. Terlalu banyak dokumentari dan iklan fitnah terhadap parti pembangkang yang langsung tak rasional meracun fikiran rakyat. Sampai buatkan aku benci sangat-sangat nak tengok RTM.
Aku le orang paling kuat menjerit bila SPR mengumumkan keputusan PRU bagi parlimen yang dia tandingi. Tak pernah terfikir aku yang dia boleh kalah. Padan muka dia…

Rabu, Februari 23, 2011

Heboh calon BN lulusan Al-Azhar

Kalau pantau blog-blog pro Umno/BN, semua dok bercerita tentang lulusan calon BN dun Kerdau. Ramai yang bangga sebab calon BN kali ni lulusan Al-Azhar. Ustaz le tu.
Dalam Berita Hairan pun sama, ada berita tajuk “Lulusan Al-Azhar bela nasib rakyat Kerdau”. Utusan Meloya je aku tak tengok, lagi melambung cerita gamaknya.
Ada satu blogger Umno tu, tajuk berita dia “Calon Umno Lulusan Al-Azhar...!! Pas Gerenti Tak Boleh Menang....”. Kah kah kah, geli hati aku tengok kedaifan orang Umno terhadap lulusan agama.
Ini le Umno parti melayu berfikiran sempit. Maklum le, dalam Umno kadang-kadang je boleh dengar pemimpin ada lulusan Al-Azhar. Sebab tu le bangga tak tentu arah.
Dalam Pas bersepah lulusan Al-Azhar, tak heboh pun nak bercerita tentang kelulusan.

Isnin, Februari 21, 2011

Perancangan hebat, perlaksanaan daif


Himpunan 30k Pemuda PAS di Kompleks Pas Kedah boleh dianggap berjaya walaupun terlalu banyak kelemahan.
Bak kata Timb. Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, “samada kamu semua (peserta) terangsang ataupun tidak, himpunan ini adalah sejarah besar”. Begitu le sikit lebih kurang ayat beliau. Cuma aku tertarik dengan perkataan “terangsang”.
Setakat mana peserta himpunan terangsang? Yang aku perhatikan, selepas saja program dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ust Azizan Razak sekitar jam 10.30 pagi, belum pun pidato mantan ketua pemuda bermula, ramai yang dah bongkau balik.
Yang pertama cuaca terlalu panas, dataran himpunan pula penuh dengan batu-batu yang besar, tanah agak berdebu, tandas lagi le tak tahu nak cakap, mujur tak cirit je.
Cuma aku hairan, kenapa program ini tak dilaksanakan di tempat yang lebih selesa seperti dalam dewan besar ataupun stadium berbumbung. Pada aku amat penting tempat yang selesa bagi merangsangkan pemuda-pemuda yang hadir dengan amanat-amanat pemimpin.
Lebih-lebih lagi sesi petang, aku berani kata pemuda yang ada hanya sekitar tiga ribu ke empat ribu sahaja. Mana yang lain? Semua bongkau balik!
Apa rasionalnya perlawanan bola sepak persahabatan antara Pemuda Pas dan bekas pemain kebangsaan yang diadakan jauh dari tempat program? Berapa ramai yang boleh tonton?
Kawan aku cakap, “perancangan hebat, perlaksanaan daif”. Manfaat dan matlamat program tersebut tidak sampai kepada semua peserta disebabkan faktor keadaan.
Maaf cakap, himpunan 15k di Kelantan pada tahun 2006 jauh lebih baik. Walaupun himpunan diadakan di dataran tengah bandar Kota Bharu, namum faktor cuaca di Kelantan amat-amat menyelesakan peserta. Program pula padat, kehadiran Tok Guru Nik Aziz berjaya menaikkan semangat peserta himpunan.
Aku kritik sebab aku rasa sayang terhadap peluang yang ada. Bukan mudah nak himpunkan pemuda yang begitu ramai. Tetapi disebabkan keadaan yang kurang selesa, lebih dua per tiga pemuda balik sebelum sesi petang bermula. Dengan kata lain, tak sampai 50% pun peserta himpunan yang terangsang.
Apa pun aku nak ucap tahniah kepada pemuda Kedah, Terengganu dan Selangor. Jika seramai itulah pemuda yang kamu ada, insyaallah Umno/BN akan tersungkur di Terengganu, Pakatan Rakyat akan kekal kuasa di Kedah dan Selangor.

Jumaat, Februari 18, 2011

Himpunan 30k Pemuda Pas


Tercapaikah Himpunan 30k?

Esok satu himpuan besar-besaran pemuda Pas akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah. ‘Himpunan 30k Pemuda Pas’ yang bertemakan "Masa Untuk Berubah" akan mengumpulkan pemuda PAS seluruh Malaysia.
Persoalannya, mampukah tercapai sasaran 30 ribu pemuda? Dalam keadaan dikenakan yuran penyertaan, tambang pengangkutan, kebanyakan pemuda masa kini pula dalam keadaan kesempitan wang, adakah berjaya program ini mencapai sasaran?
Lain le Umno, bagi baju, pengangkutan percuma, makan minum disediakan, duit poket diberi, takat 30 ribu tu celah gigi je.
Pada tahun 2006 telah diadakan ‘Himpunan 15k’ di Kota Bharu, Kelantan. Aku juga menjadi peserta pada ketika itu. Dan ketika itu Johor dan Melaka dilanda banjir besar.
Dari pengamatan aku, kehadiran tak sampai 15 ribu. Cuma sekitar 10 ribu kehadiran.
Himpunan pada hari esok membuat aku tertanya-tanya. Kawasan aku pun penyertaan tak sampai 20 orang yang nak join, apa macam?

2k untuk pelajar yang menuntut di Mesir

Tahniah kepada kerajaan PR Pulau Pinang kerana berjaya mendahului kerajaan BN dalam memberi bantuan berbentuk kewangan kepada pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut di Mesir.
Bantuan tersebut dapat meringankan beban keluarga penuntut yang terpaksa membeli tiket penerbangan untuk penuntut kembali ke Mesir.
Seramai 318 penuntut kelahiran Pulau Pinang menerima rm2,000 masing-masing dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah rm1,000 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah rm1,000.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sedikit bantuan bagi pelajar-pelajar ini.

Rabu, Februari 16, 2011

Ramai YB sakit jantung

Baik YB samada dari BN atau PR, ramai yang kita dengar sakit jantung, ada juga yang meninggal dunia sehingga terpaksa diadakan Pilihanraya Kecil.
Kalau YB dari BN yang sakit jantung tak le pelik mana, sebab mungkin tension agih projek, lobi melobi, peruntukan sana, peruntukan sini yang menjadi salah satu sebab utama kena sakit jantung.
Tapi kalau YB dari PR yang sakit jantung, pelik juga sebab YB dari PR tidak ada agih-agih projek, kalau ada lobi melobi pun modal air liur je tak guna duit.
Kebetulan ada sahabat yang mana pakcik beliau seorang ahli parlimen PKR. Baru minggu lepas beliau berjumpa dengan pakcik beliau. Bila tanya khabar, jawabnya macam-macam sakit.
Sebab apa sakit? Pening nak cari duit untuk bantu rakyat, nak gerakkan parti, nak buat program, pening, pening, pening.
Semenjak pakcik beliau bergelar YB, tiap-tiap bulan kena beratur di hospital kerajaan sebab nak periksa tekanan darah (YB PR ni tak berapa nak ada duit nak gi hospital/klinik swasta). Kena ambil ubat sebab tekanan darah asyik naik. Rambut pun dah banyak gugur, sampai ada kesan botak. Kah, kah,kah…
Ada duit susah, tak ada duit pun susah…

SRK berlakon di Melaka, tutup mulut PAS Melaka?

Aku ada baca tulisan di blog Ust. Kamarudin Sidek (Ketua Pemuda Pas Melaka) yang memperlekeh usaha kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam yang nak kan Datuk Shah Rukh Khan (SRK) berlakon di Melaka.
Kononnya pelakon tamil yang ada cuma Samy Velloo. Serius, tergelak sendiri aku bila baca tulisan Ust. Kamal tu.
Dalam ceramah pun teruk tok Ali kena hentam, bila SRK nak datang Melaka berlakon? Duit dah banyak habis semata-mata nak bagi SRK gelaran “Datuk”. Tapi hasilnya tak ada.
Setelah 3 tahun SRK terima gelaran “Datuk”, tiba-tiba keluar cerita SRK nak jadikan Melaka sebagai lokasi pengambaran dalam filem terbaru ‘Don 2’.
Dah tentu-tentu bangga tak tentu arah pak Ali Rustam tu, angan-angan beliau dah jadi kenyataan. Silap hari bulan jangan-jangan dah pasang hajat nak jadi pelakon tambahan. Apa salahnya, Najib pun ada babak dalam filem ‘Bilut’.
(Datuk Shah Rukh Khan bersama lelaki melayu terakhir)
Cuma, hasilnya pengambaran filem ni (Don 2) pada sektor pelancongan negeri, kita masih belum tahu untung ruginya. Sebab bukan ‘A’ sampai ‘Z’ Melaka jadi lokasi utama pengambaran filem tersebut.
Penggambaran di Malaysia hanya memakan masa sebulan dan di Melaka hanya mengambil masa 5 hari sahaja untuk set penggambaran di Sungai Udang. Apa yang ada kat Sungai Udang tu? Udang pun tadak.
Selebihnya pengambaran akan dibuat di Kuala Lumpur, Langkawi dan Jerman.

Lokman patut dedah gaya hidup mewah Rosmah

Lokman Nor Adam dah tak ada modal, dok cerita dalam ceramah gaya hidup mewah Datuk Seri Dr Wan Azizah semasa Anwar Ibrahim jadi TPM.
Takde le mewah mana, kalau takat setahun 20 pasang baju, sesuai le dengan status beliau sebagai isteri TPM pada masa tu. Lain le kalau setahun 100 pasang baju.
Orang keje kerani pun kadang-kadang sebulan sepasang baju, belum cerita raya dah tentu 4,5 pasang. Setahun ada juga kurang-kurang dalam 7,8 pasang, itu yang keje kerani!
Sepasang rm8000 kononnya dakwaan Lokman, jangan le nak temberang kat orang kampung. Rakyat nampak baju apa yang Wan Azizah pakai dari dulu sampai sekarang.
Rakyat juga nampak apa yang Rosmah pakai dari dulu sampai sekarang. Tak pulak kau cerita gaya hidup mewah Rosmah?

Isnin, Februari 14, 2011

Debat Ali Rustam lebih teruk dari pertandingan karaoke

Ali Rustam nak berdebat tapi secara menjerit sebelah ceramah orang. Konon boleh jawab segala tuduhan pembangkang, tapi nak jawab tak mahu duduk atas pentas yang sama.
Yang dia mahu, berceramah dan jawab tuduhan sebelah program ceramah PR. Takut nak bersemuka le tu. Tapi nak tunjuk berani jugak, buat kenyataan pada media tak masuk akal dan kebudak-budakan.
Kalau debat sebelah-sebelah, mana satu yang hadirin nak dengar? Dah tentu-tentu pertembungan suara akan buat pendengaran hiruk pikuk.
Pertandingan karaoke pun ada adabnya, kena pentas yang sama, program yang sama, nyanyi seorang-seorang, bukannya semua peserta boleh nyanyi serentak. Kalau semua peserta nyanyi serentak, macam mana juri nak nilai?
Inikan pula debat, sama juga adabnya, ada etikanya, ada masa yang diberikan, bukan boleh hentam macamtu je.
Kalau takut nak debat tak payah le nak bersuara. Diam-diam je. Nampak tak cerdik le buat lagu ni...

Jumaat, Februari 11, 2011

Insentif pancing undi antara BN & PR

Guru besar cemerlang seramai 924 orang akan dapat rm7500. Huh, confirm seumur hidup terhutang budi pada Umno.
5% guru cemerlang pula terima rm1800, yang baki 95% terima rm900. Tapi yang hairan jurang beza insentif tersebut terlalu besar.
Seolah-olah peranan guru besar terlalu besar dalam melonjakkan prestasi sekolah, sedangkan yang berhempas pulas adalah guru-guru. Rm7500 dan rm1800 terlalu besar bezanya.
Tak kisahlah, cuma kalau nak bandingkan dengan tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga pertambahan elaun sebanyak rm500 setiap bulan, setahun jumlah keseluruhan guru-guru akan terima rm6000 setiap seorang!!!
Apa sangat rm7500 yang hanya khas untuk sebahagian guru besar, rm1800 untuk 5% guru cemerlang, dan rm900 untuk 95% guru selebihnya (itu pun untuk guru hanya sekolah yang terpilih) jika nak bandingkan dengan rm6000 setiap orang guru seluruh Malaysia.
Guru-guru diharap tak payah le dok terhutang budi pada Umno/BN dengan insentif yang Muhyiddin umumkan. Ini semua perangkap nak menghadapi pilihanraya.
Undi PR, beri kemenangan pada PR untuk memerintah pusat, setahun jumlah kamu dapat rm6000!!!! Wow..

Rabu, Februari 09, 2011

Demo: Polis Pilih Kasih

Kalau pembangkang yang demo, inilah akibatnya:-


....ditembak dengan air asid & gas pemedih mata (kalau air longkang pun tak le kisah sangat)....


....diperlakukan seperti binatang....




....dibelasah & dipukul tanpa belas kasihan....


....ditembak dengan bom asap berasid....
....dikasari sehingga baju koyak rabak....
............................................................................................................................................................................
Kalau Umno/BN atau Perkasa yang demo TAK PERNAH PULA KITA DENGAR ADA ANTARA MEREKA DITANGKAP, DIPUKUL & DITAHAN walaupun :-

....menggunakan bahasa yang kesat dan lucah...
....membuat gimik lucah (tak senonoh betul orang Umno ni) ....



....biadap dan kurang ajar....

....membangkitkan kemarahan penganut agama lain yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara....

Karnival Anak Muda & Jualan Selangor 2011


Rabu, Februari 02, 2011

Pejabat Pemuda Pas Sabah



Rupa-rupanya Pemuda Pas Sabah dah ada pejabat sendiri. Hebat tu. Tahniah diucapkan.
Pemuda Melaka bila lagi?

Ron97 Naik 10Sen, Hadiah Kemenangan Di Tenang

Ron97 naik lagi 10sen menjadikan harga Ron97 meningkat kepada rm2.50 seliter.
Apa ada hal, minyak naik 10sen ke, 20sen ke, melayu tetap bersama BN.
Lagipun takkan le ramai pengundi di Tenang pakai Ron97 kan?