Rabu, Februari 16, 2011

SRK berlakon di Melaka, tutup mulut PAS Melaka?

Aku ada baca tulisan di blog Ust. Kamarudin Sidek (Ketua Pemuda Pas Melaka) yang memperlekeh usaha kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam yang nak kan Datuk Shah Rukh Khan (SRK) berlakon di Melaka.
Kononnya pelakon tamil yang ada cuma Samy Velloo. Serius, tergelak sendiri aku bila baca tulisan Ust. Kamal tu.
Dalam ceramah pun teruk tok Ali kena hentam, bila SRK nak datang Melaka berlakon? Duit dah banyak habis semata-mata nak bagi SRK gelaran “Datuk”. Tapi hasilnya tak ada.
Setelah 3 tahun SRK terima gelaran “Datuk”, tiba-tiba keluar cerita SRK nak jadikan Melaka sebagai lokasi pengambaran dalam filem terbaru ‘Don 2’.
Dah tentu-tentu bangga tak tentu arah pak Ali Rustam tu, angan-angan beliau dah jadi kenyataan. Silap hari bulan jangan-jangan dah pasang hajat nak jadi pelakon tambahan. Apa salahnya, Najib pun ada babak dalam filem ‘Bilut’.
(Datuk Shah Rukh Khan bersama lelaki melayu terakhir)
Cuma, hasilnya pengambaran filem ni (Don 2) pada sektor pelancongan negeri, kita masih belum tahu untung ruginya. Sebab bukan ‘A’ sampai ‘Z’ Melaka jadi lokasi utama pengambaran filem tersebut.
Penggambaran di Malaysia hanya memakan masa sebulan dan di Melaka hanya mengambil masa 5 hari sahaja untuk set penggambaran di Sungai Udang. Apa yang ada kat Sungai Udang tu? Udang pun tadak.
Selebihnya pengambaran akan dibuat di Kuala Lumpur, Langkawi dan Jerman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan