- Tindakan Umno bahagian Putrajaya menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kempen dan program parti menunjukkan kedudukan Umno amat kritikal bagi mengekalkan kemengan di Parlimen Putrajaya pada PRU-13 nanti.
 - Tindakan tersebut terpaksa dibuat memandangkan sokongan terhadap Umno Putrajaya semakin merosot apabila pengundi di Putrajaya yang menetap di kuarters-kuarters kerajaan mula mengkritik kerajaan sejak akhir-akhir ini.
 - Lebih menggusarkan Umno Putrajaya apabila PAS Putrajaya yang sebelum ini kurang menonjol tiba-tiba melancarkan kempen dan penerangan dengan baik sekali kepada masyarakat setempat.
 - Kos hidup tinggi dan masalah parkir kereta merupakan salah satu sebab rasa tidak puas hati pengundi Putrajaya terhadap Umno walaupun Putrajaya dikenali sebagai penempatan kediaman yang cool.
 - Ada juga yang mengambil kesempatan menukar alamat mengundi di Putrajaya kerana hendak claim subsidi cermin mata rm300 kepada Umno Putrajaya walaupun hakikatnya mereka tidak akan mengundi BN.
 - Lebih memualkan apabila barisan kepimpinan Umno Putrajaya dan Pemuda Umno Putrajaya kebanyakannya terdiri daripada golongan-golongan yang tidak berpendidikan dan tidak berimej sebagai seorang yang boleh dipercayai (kalau tak percaya pi tengok diorang masa program rumah terbuka Umno Putrajaya).
 - PAS hanya perlu swingkan lebih kurang 1500 pengundi Umno (PRU-12) sahaja untuk memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-13 akan datang.
 - Dan mengikut momentum semasa, sekurang-kurangnya 1000 pengundi yang mengundi BN pada PRU-12 bila-bila sahaja boleh memberikan undi mereka pada PAS pada PRU-13 nanti.
 
Jumaat, Mac 09, 2012
Umno Putrajaya bagai telur di hujung tanduk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan