Isnin, Ogos 08, 2011

Kebajikan tak kena tempat

Tindakan ahli parlimen Putrajaya yang menganjurkan majlis berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadhan mendapat kritikan peniaga.

Majlis berbuka puasa tersebut yang diadakan di Medan Selera Presint 8 telah menjejaskan pendapatan dan menyekat rezeki peniaga-peniaga di Medan Selera tersebut.

Umno Putrajaya sepatutnya menganjurkan majlis tersebut di surau ataupun masjid dan bukannya di Medan Selera tempat orang berniaga.

Khamis, Julai 28, 2011

Tahniah Pemuda Umno Putrajaya

Ini pertama kali aku hadir ke program dialog anjuran Umno. Pemuda Umno Putrajaya mengambil pendekatan berani dengan mengadakan dialog bertajuk ‘Demokrasi Malaysia Semakin Matang’ di Presint 9, Putrajaya malam semalam.
Ahli panel terdiri daripada Dato' Zaki Zahid (Ketua Pemuda UMNO Putrajaya), YB Nik Nazmi (Pengarah Komunikasi PKR), Wan Mohd Firdaus (Pengerusi Young Corporate Malaysia) dan Dr. Mohammad Nawar Ariffin (Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia). Namun begitu Wan Mohd Firdaus tidak hadir. Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Dialog kebanyakannya menjurus kepada isu Bersih. Dialog berlangsung dengan aman dan harmoni, di mana tiada ejek mengejek, ‘boo’ menge’boo’ berlaku. Pengerusi juga bersikap adil dalam memberi masa kepada ahli panel untuk berhujah. Tahniah kepada YB Nik Nazmi kerana berjaya menjawab tohmahan Umno secara padat dan ringkas serta berjaya memberi penerangan yang cukup jelas kepada hadirin.
Aku juga ucap terima kasih kepada polis sebab tak tangkap seorang pemuda PKR yang hadir dengan memakai baju ‘BERSIH 2.0’ walaupun pemuda tersebut melawan (pakai baju pun tak boleh ke, kalau aku pun aku melawan). Aku faham polis pegang etika ‘saya yang menurut perintah.
Paling best masa waktu makan (anjuran Umno mesti le ada makan), walaupun hadirin secara jelas ada yang memakai baju kuning, baju PKR, baju BN, baju Umno, namun semua masih boleh saling sapa menyapa, bersalam-salaman, dan duduk makan sama-sama. Alhamdulillah.
Tahniah pemuda Umno Putrajaya, kamu jauh lebih bertamadun daripada Umno Melaka. Hahaha.

Khamis, Julai 21, 2011

UMNO – setuju – anugerah Ibrahim Ali?

Ramai yang ketawa – bila dikatakan Anugerah Ibrahim Ali untuk pejuang Melayu. Tidak kurang pula yang mengatakan bahawa mereka hampir pengsan mendengar ia datang di UiTM. Beberapa bekas pelajar UiTM menutup muka – malu mendengar ini taraf Universiti tersebut. Mungkin yang meluluskan Anugerah itu untuk diadakan dan di martabatkan dalam konvokesyen UiTM perlu di periksa – mana ukur kritis pemikiran mereka – mana letak keintelektualan mereka dalam membuat keputusan.
Namun kerajaan dan UMNO bagaimana. SETUJU? Adakah benar itu taraf dan tahap perjuangan yang ada untuk dimartabatkan dengan kepujian. Adakah itu langkah yang bijak – di ketawakan orang dan dipandang lekeh – itu pejuang Melayu?
Banyak yang telah kita dengar – komen dari pembangkang, dari MCA tetapi apa pula kata UMNO. Benar mungkin UMNO sentiasa tersorok dalam membicarakan isu ini. Mungkin PERKASA adalah benar-benar di tubuh dan disokong oleh UMNO. Kalau itu senario yang ada – PARAH MELAYU


umno-reform2

Anugerah Ibrahim Ali - lawak Melayu ke ini?

UiTM's Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) dengan tajaan sendiri oleh Presiden Perkasa menawarkan Anugerah Ibrahim Ali untuk mereka yang dikatakan mempunyai kelayakan sebagai pejuang memartabatkan bangsa.

Anugerah Ibrahim Ali? Makin gawat perjuangan Melayu yang ada hari ini sehingga Ibrahim Ali mahu dijadikan IKON perjuangan Melayu. Mungkin Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu sendiri perlu membuat kajian dari memalukan Institut itu sendiri.

Setakat ini kegawatan Melayu adalah berpunca dari perkara-perkara sebegini - memartabatkan mereka tanpa membuat penilaian terperinci sumbangan kepada Melayu.

Mungkin pelajar UiTM lebih maju dari mencalonkan diri untuk anugerah ini dan secara jujur saya katakan kalau inilah Institut yang diharapkan untuk memantau dan memaju Melayu kepada tahap yang lebih tinggi - lupakan sahaja.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu IMPAK - tidak mampu berfikir.

umno-reform2.com

Jumaat, Jun 17, 2011

KJ pun nak jadi beruk juga ke?

Pada himpunan Bersih 2007, KJ dengan nada biadap menggelarkan peserta himpunan adalah ‘beruk-beruk di jalanan’.
Tetapi semalam KJ menyatakan pemuda Umno juga akan berhimpun pada 9 julai ini iaitu sama tarikh dengan Himpunan Bersih 2.0.

KJ nampaknya terikut-ikut dengan mainan politik Perkasa yang akan sama berhimpun 9 julai ini sehingga sanggup KJ menjilat ludah sendiri.

Khamis, Jun 16, 2011

Memorandum bantah karikatur Utusan, Perkasa tak nak halang ke?






Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum bantahan karikatur menghina Islam di pejabat Utusan Malaysia pada pagi esok jam 9.00 pagi.


Persoalannya, adakah Perkasa dan pemuda Umno akan berdemo menghalang Pemuda PAS bagi membela Utusan Malaysia pada pagi esok seperti yang mereka lakukan menghalang demo AMK tempoh hari???


Pelancaran BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka




Kompleks PAS Kawasan Jasin (Dataran Hamas)


Simpang Kemendor


16 Jun 2011, Hari Khamis.


Masa 9 mlm


Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mohd Sabu,


YB Nurul Izzah,


Sdr.Shamsul Iskandar,


Hj.Adly Zahari,

YB Goh Leong San