Khamis, September 17, 2009

Perak Mungkin Dapat Bonus Jika PR Memerintah

Tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah dan Selangor yang mengumumkan pemberian bonus sebanyak rm500 kepada kumpulan sokongan kakitangan kerajaan negeri memberi tamparan kepada kerajaan negeri BN.
Kakitangan kerajaan negeri Perak pula mungkin terlepas peluang untuk menikmati bonus tersebut memandangkan kini BN yang mentadbir hasil rampasan kuasa yang tak mungkin akan mengumumkan bonus sedemikian.
Perak jika hingga hari ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat mungkin akan menikmati bonus tambahan seperti Kedah dan Selangor sebagai tanda penghargaan setelah kerajaan pusat menaikkan kemarahan rakyat apabila hanya memberi rm250 kepada seluruh kakitangan kerajaan kumpulan sokongan untuk sambutan Aidilfitri dan rm250 lagi hanya akan diberi hujung tahun ini.

4 ulasan:

  1. ADAKAH TULISAN INI BERMAKSUD SAUDARA MENGIKTIRAF KERAJAAN BN SEBAGAI KERAJAAN NEGERI PERAK YANG SAH?

    BalasPadam
  2. MAKSUD SAYA JIKA SEKARANG PR MASIH MEMERINTAH PERAK,MUNGKIN KAKITANGAN KERAJAAN PERAK JUGA AKAN MENERIMA BONUS.
    TAPI SEKARANG BN YG MEMERINTAH,MUSTAHIL KERAJAAN BN PERAK SEKARANG AKAN BERI BONUS SEPERTI KEDAH DAN SELANGOR

    BalasPadam
  3. JADI ADAKAH BERMAKSUD SAUDARA MENGIKTIRAF KERAJAAN BN PERAK SEBAGAI KERAJAAN YANG SAH SEKARANG? ISU BONUS ADALAH ISU LAIN. MEMANG PERANGAI PENYAMUN BN MACAM TU.

    BalasPadam
  4. TIDAK SAMA SEKALI.SAYA CUMA AKAN MENGIKTIRAF KERAJAAN BN JIKA BN MENDAPAT MANDAT SECARA MAJORITI DUN DARI RAKYAT PERAK..

    BalasPadam