Selasa, Disember 28, 2010

Bangga Sangat Ke Kalau Jadi Juara?


Ranking FIFA Pasukan yang bertanding Piala Suzuki 2010:-

Malaysia (144)

Indonesia (127)

Vietnam (137)

Myanmar (149)

Thailand (121)

Filipina (150)

S'pore (140)

Loas (169)

Kemboja (166)

Brunei (197)

Timor Leste (201)

MALAYSIA BOLEH!!!
Boleh untuk Piala Suzuki aje le sebab semua pasukan bertanding baru belajar timang bola...
Piala Asia, Piala Dunia amik bau pun jadi le...

Apa Nak Jadi Dengan Melayu Yang Macam Ini?

Selasa, Disember 21, 2010

Senarai Lantikan Majlis Pimpinan Pusat PKR 2010


SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT PARTI KEADILAN RAKYAT
KETUA UMUM: YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
PRESIDEN: DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
TIMBALAN PRESIDEN: YB MOHAMED AZMIN ALI
SETIAUSAHA AGUNG: YB SAIFUDDIN NASUTION*
NAIB PRESIDEN: YB NURUL IZZAH ANWAR
YB CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)
YB FUZIAH SALLEH
YB DATUK MANSOR OTHMAN
DATUK CHUA JUI MENG*
BARU BIAN*
N. SURENDRAN*
KETUA WANITA: YB ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA ANGKATAN MUDA: SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
BENDAHARI AGUNG: YB WILLIAM LEONG*
KETUA PENERANGAN: DR MOHD NOR MANUTY*
PENGARAH KOMUNIKASI: YB NIK NAZMI NIK AHMAD*
PENGARAH STRATEGI: RAFIZI RAMLI*
PENGARAH GUAMAN: LATHEEFA KOYA*
PENGARAH JAWATANKUASA DISIPLIN: DATUK DR TAN KEE KWONG*
AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN): YB SENATOR DR. SYED HUSIN ALI*
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM*
YB SIVARASA RASIAH*
YB DR XAVIER JAYAKUMAR*
DATIN PADUKA DR TAN YEE KEW*
AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN) /: MUSTAFFA KAMIL AYUB*
PENGARAH LATIHAN
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG: BADRUL HISHAM SHAHARIN*
T. KUMAR*
STEVEN CHOONG*
IGNATIUS DARELL LEIKING*
TIMBALAN KETUA PENERANGAN: YB SIM TZE TZIN*
HAJJAH ANIMAH FERRAR*
IR MUTHIAH*
* merupakan lantikan yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN pada 18 Disember 2010

Jumaat, Disember 10, 2010

Pernah Ke Lim Kit Siang Bersuara Nak Jadi TPM?

Pelik, tiba-tiba heboh isu Lim Kit Siang mungkin akan jadi TPM jika PR berkuasa. Isu ini heboh diperkatakan tak lain tak bukan kerana dimainkan oleh media arus perdana dan akhbar pro BN.
Maka timbul bermacam-macam respon daripada rakyat lebih-lebih lagi yang jenis tak membaca, sampai ada seorang rakan sekerja saya boleh berkata “habislah kalau PR menang, cina jadi TPM nanti negara kita akan huru hara macam Thailand”. Dalam hati saya terus terdetik “bodoh sungguh budak ni”.
Yang menghairankan, dalam PR sendiri tidak pernah membincangkan siapa yang akan jadi TPM jika PR berjaya memerintah Malaysia. Hatta DAP sendiri tidak pernah meminta kuota untuk jawatan TPM. Setahu saya bukan melayu yang pernah bersuara nak jawatan TPM ialah MCA.
Apa nak risau, selagi mana bukan islam berkerjasama dengan PAS, saya yakin mereka faham sensitiviti rakyat Malaysia.

Jumaat, November 12, 2010

Hi Tea


Monyet Anti Pendidikan?


Kenyataan KM P. Pinang YAB Lim Guan Eng bahawa hanya sebuah rumah melayu sahaja yang terlibat dalam rancangan pembinaan hab pendidikan Pulau Pinang di Pondok Upeh, Balik Pulau menunjukkan jelas Umno sengaja memainkan isu perkauman sempit untuk menghasut orang Melayu membenci kerajaan Pakatan Rakyat.
9 buah rumah lagi adalah milik orang bukan Melayu sejak sekian lama dan semua penduduk yang terdiri daripada 10 rumah tersebut (termasuk sebuah rumah melayu) akan menerima pampasan mengikut nilai pasaran semasa sekitar RM160 juta.
Rancangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina hab pendidikan di Pondok Upeh itu menjadi isu panas sehingga mencetuskan demonstrasi di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini kerana didakwa kononnya sebahagian strategi DAP untuk mengusir orang Melayu di kawasan berkenaan.
Dalam demonstrasi tersebut, monyet ini jelas membuta tuli dalam membuat bantahan dan kemungkinan besar tidak berpelajaran, sebab tu begitu anti dengan hab pendidikan.
Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan.

Pentas Perdana


Khamis, November 11, 2010

Siasat Restoran Mapley

Sudah beberapa tahun saya memerhati apabila tiba perayaan deepavali, terdapat banyak restoran mamak yang tidak beroperasi.
Tetapi mereka beroperasi ketika Hari Raya Aidilfitri.
Ertinya apa?
Restoran mamak diketahui umum dimiliki oleh India Muslim dan halal, tetapi bila situasi ini berlaku jelas menunjukkan seolah-olah banyak restoran-restoran mamak ini pemilik dan pekerjanya bukanlah beragama Islam.
Harus diingat pelanggannya pula majoriti beragama Islam.

Selasa, November 09, 2010

Fakta Undi PRK Galas

by BLOGMASTERS

Pengundi Melayu :
BN 49 %
PAS 51 %
Pengundi Orang Asli :
BN 78 %
PAS 22 %
(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)
Pengundi Cina :
BN 51 %
PAS 49 %
Undi Pos :
BN 72 %
PAS 28 %
Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.
Secara ringkasnya faktor kemenangan BN ialah datangnya dari undi Orang Asli dan Undi Pos yang tuan-puan teramat faham bagaimana BN mengeksploitasikan kedua-dua pengundi tersebut.
mutaligat.blogspot.com

Ahad, November 07, 2010

BN Menang Cara Bacul

Apa lagi yang boleh diungkapkan, BN menang di Batu Sapi dan Galas setelah seluruh jentera kerajaan dikerah membantu kempen BN lebih-lebih lagi SPR yang jelas berat sebelah.
Pakatan Rakyat hanya 3 parti komponen, nak lawan BN umpama 3 lawan 100..
Ada hikmah untuk PR disebalik kekalahan PRK kali ni...

Khamis, November 04, 2010

Cermin Muka Kau Tu Dulu

Dinasihatkan Mohd Nor Idris yang biadap mengatakan tangan Tuan Guru Dato Nik Aziz adalah tangan syaitan supaya bertaubat dan meminta maaf secara terbuka.
PAS tidak pernah mengata atau menghina ulama atau ustaz Umno secara biadap sedimikian, hatta bersalaman dengan pemimpin Umno yang jenis kaki rasuah atau kaki betina pun PAS tiada masalah.
Mohd Nor Idris disaran supaya cermin muka tu dulu dari hujung rambut hingga hujung kaki, kalau boleh hingga hujung nyawa. Jika Tuan Guru buruk satu, kau tu buruk seribu…