Jumaat, Mac 22, 2013

Cermin jentera 'Ubah' retak, bilik gerakan disimbah petrol

Ceramah 'Ubah' Pakatan Rakyat anjuran DAP Melaka di Taman Rambai Harmoni, Bukit Rambai, Melaka

Jentera 'Ubah'

Cermin jentera 'Ubah' menjadi mangsa tembakan guli samseng Umno

 Petugas DAP Dun Klebang menunjukkan kerosakan pada cermin

Hari ini didapati depan Bilik Gerakan DAP Klebang disimbah petrol

Khamis, Mac 21, 2013

Pembetulan! Johor 21 April, bukan 21 Mac!

Ramai yang silap apabila menganggap Dun Johor adalah dun pertama yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac 2013.
ND juga terkena perangkap psikologi ini.
Yang sebenarnya Dun Johor hanya akan terbubar secara automatik pada 21 April 2013 jika pada tarikh tersebut menteri besar masih belum membubarkan dun.

Rabu, Mac 20, 2013

Parlimen bubar hari ini?

Rakyat sudah semakin menyampah meneka dan mentafsir kemungkinan-kemungkinan tarikh parlimen akan dibubarkan yang mana akhirnya tidak menepati ramalan.
Pun begitu rakyat sudah tidak sabar-sabar menunggu tempoh berkempen dan hari mengundi PRU-13. Topik perbualan hangat di mana-mana kini semuanya tentang PRU-13.
DUN Johor pula akan tamat tempoh pada hari esok, 21 Mac 2013.
Dengan kata lain Menteri Besar, Exco, Adun-adun di Johor akan hilang hak keistimewaan mereka secara automatik pada hari esok.
Adakah PM sanggup meredhakan negeri Johor tanpa Menteri Besar dan Exco untuk sesuatu tempoh?
Minggu lepas PM telah bertemu dengan semua pengerusi perhubungan Umno negeri. Malam tadi PM telah menyenaraikan pencapaian ETP dan GTP live di RTM TV1.
Masa kecemasan bagi menyelamatkan reputasi BN sebagai parti memerintah yang tidak hilang kuasa secara automatik hanyalah dengan membubarkan parlimen selewat-lewatnya sebelum jam 12 tengah malam ini.

Jumaat, September 21, 2012

DAP perlu prihatin terhadap sensitiviti umat Islam

Satu ketika dahulu YAB Lim Guan Eng berarak bersama umat Islam dalam perarakan Maulidur Rasul, bukankah cantik jika hari ini ada pimpinan DAP bersama-sama berarak di kedutaan Amerika?
DAP sendiri harus ikhlas untuk berusaha kuat keluar dari tohmahan dan tuduhan bahawa DAP Anti Islam.
Kenyataan Datuk Ngeh Koo Ham amat tidak bijak walaupun pada awalnya kenyataan beliau lebih kepada mempertikaikan keikhlasan Pemuda Umno dalam isu membantah filem Innocence of Muslims.
Walaupun kita yakin DAP tidak memusuhi Islam, tetapi jika DAP bersikap prihatin terhadap sensitiviti umat Islam, hari ini sekurang-kurangnya boleh menjernihkan sedikit persepsi sebahagian rakyat Malaysia yang masih termakan momokan ‘DAP Anti Islam’.

Khamis, September 06, 2012

Perlukah pertahan kesucian gambar Najib?

Mereka yang dituduh memijak gambar Najib dan Rosmah ditangkap, digari tangan dan disoal siasat.
Suci sangatkah gambar Najib sehingga siapa yang pijak boleh diambil tindakan sehingga ditangkap, digari tangan dan disoal siasat?
Secara peribadinya saya tidak bersetuju tertuduh meniru budaya biadap Umno yang kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, membakar gambar Ambiga dan memijak gambar Lim Guan Eng.
Polis juga tidak boleh bersikap dwi standart membiarkan saja penyokong Umno hina gambar pemimpin PR, tetapi bertungkus lumus mencari mereka yang hina gambar Najib.
Rakyat menilai setiap tindakan rejim.

Perkasa ada tauliah?

Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong.
Perkasa Kota Setar menyatakan bahawa Anwar tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan tazkirah maghrib.
Tapi adakah Perkasa mempunyai tauliah atau kuasa melebihi pihak berkuasa untuk membuat kacau ala samseng  dan mafia sehingga boleh menimbulkan ketegangan?
Bukan bidang kuasa Perkasa untuk menilai tauliah mana-mana individu. Tetapi Perkasa mempunyai kuasa untuk mengarahkan ahlinya mengimarahkan masjid daripada buat kerja gila!

Perkasa yang perkosa keharmonian masjid.

Khamis, Ogos 16, 2012

Pemuda PAS Putrajaya santuni rakyat sepanjang Ramadhan

Pemuda Pas Putrajaya berjaya memanfaatkan Ramadhan dengan sekurang-kurangnya tiga program dalam tempoh seminggu.
Dengan kewangan yang terhad, program turun padang tetap berjaya dijalankan antaranya edaran kurma di Stesen ERL Putrajaya dan Medan Selera Presint 9, serta edaran goodies dan juadah berbuka puasa di sekitar Putrajaya.
Pemuda Pas Putrajaya juga turut menjalankan program Qiamullail di beberapa surau dalam Putrajaya secara bergilir-gilir.
(Gambar tidak dapat disertakan kerana masalah teknikal blog)

Selasa, Ogos 14, 2012

Pas Putrajaya bagi bola tanggung pada Umno

Program solat Tarawih Pas Putrajaya di kaki lima/tempat pejalan kaki di rumah kedai Presint 15 (berhadapan Pejabat Pas Putrajaya) Ahad lepas telah dijadikan modal oleh Umno untuk menyerang. Tindakan tersebut telah menerima tohmahan fitnah dan kejian daripada beberapa cybertrooper Umno.
Sebenarnya program bermula sejak petang lagi dengan agihan dan edaran juadah berbuka kepada masyarakat, sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa. Seterusnya disusuli dengan solat Tarawih berjemaah.
Secara peribadinya aku (ada di tempat kejadian) agak terkejut dan tidak bersetuju Pas Putrajaya mengadakan solat Tarawikh di kaki lima, yang mana seolah-olah sengaja memberi bola tanggung kepada Umno untuk menyerang. Lebih-lebih lagi ianya memberi persepsi negatif kepada masyarakat.
Untuk program edaran juadah kepada masyarakat, sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa memang tindakan bijak yang sepatutnya diadakan di kaki lima, namun bab solat tarawih lebih baik dibuat di dalam pejabat Pas Putrajaya.

Jumaat, Ogos 10, 2012

Ramai tolak tema ‘Janji Ditepati’

Survey yang dibuat secara suka-suka di pejabat saya yang melibatkan 10 responden di mana semua responden terdiri daripada mereka yang tidak mengambil tahu hal politik semasa dan mengambil sikap tidak menyebelahi mana-mana parti.
Tajuk survey “ Pilih Tema Hari Merdeka yang dirasakan releven” dengan diberi sebanyak 5 pilihan:-
1)      Menerajui Perubahan
2)      Terus Berbakti
3)      Budaya Bersih Merdekakan Rakyat
4)      Janji Ditepati
5)      Sebangsa, Senegara, Sejiwa
Dua responden memilih ‘Menerajui Perubahan’, dua responden memilih ‘Terus Berbakti’ dan dua lagi memilih ‘Budaya Bersih Merdekakan Rakyat’. Empat responden memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ manakala tiada responden yang memilih tema ‘Janji Ditepati’.
Salah seorang responden yang juga merupakan Puteri Umno (ahli tidak aktif) secara spontan berkata “Janji Ditepati ni menipu je, janji yang bukan-bukan, hidup susah juga” dan beliau memilih tema ‘Menerajui Perubahan’.

Rabu, Ogos 08, 2012

Bersedia menghadapi racun perkauman

Rakyat Malaysia samada melayu, cina, india tiada yang mahu peristiwa berdarah 13 mei 1969 berulang kembali. Kalau ada pun, pasti puak-puak sakit mental yang gila dalam beremosi tetapi tidur dalam realiti.
Generasi baru yang lahir tahun 1970 ke atas pasti tidak melihat situasi sebenar apa sebenarnya yang berlaku pada 13 mei 1969.
Bagi pihak pemerintah (bee and), mereka menuduh antara sebab peristiwa 13 mei adalah berpunca daripada DAP yang menganjurkan perarakan meraikan kemenangan pilihanraya umum yang kononnya terdapat provokasi daripada peserta perarakan yang didominasi kaum cina.
Namun begitu, jarang benar kita dengar bahawa parti Gerakan juga terlibat dalam perarakan tersebut. Kerana apa? Jawapannya mudah, kerana Gerakan kini adalah sekutu Umno yang duduk di dalam komponen bee and.
Sebagai fakta, Perikatan (Umno, MCA, MIC) pada Pilihanraya Umum 1969 masih bertahan dengan 66 kerusi, manakala Gerakan, DAP dan PPP hanya menguasai 25 kerusi sementara PAS pula menang 12 kerusi.
Dengan kata lain, Perikatan pada ketika itu hanya kurang 3 kerusi untuk menguasai 2/3 dewan rakyat yang mana kalau kita fikir-fikirkan bukanlah amat mendesak kedudukan perikatan sehingga boleh mengancam pentadbiran negara.
Rakyat pada hari ini semakin maju dan berfikiran terbuka, yang pasti majoriti rakyat hampir melupakan peristiwa 13 mei dan tidak terfikir untuk berulangnya 13 mei. Tiada sebab perlu berlakunya 13 mei.
Namun begitu, parti pemerintah masih lagi terus menerus cuba menimbulkan dan menanam ketakutan peristiwa 13 mei ke dalam minda rakyat dan dengan usaha terbaru wujudnya filem Tanda Putera. Yang pasti, pihak-pihak ini cuba menyemai rasa benci dan membentuk persepsi buruk terhadap DAP.
Kini sikap DAP sopan menyantuni masyarakat melayu, dapat dilihat beberapa pemimpin DAP mula berjinak-jinak mendalami Islam, di mana nada DAP hari ini lantang menyebut integriti dan basmi rasuah, langsung tidak sebut nak jadi Perdana Menteri! Namun Umno bee and masih lagi ditakuk lama terus memukul gendang perkauman untuk meletakkan kesalahan 13 mei di bahu DAP.
Pakatan Rakyat terutamanya DAP harus bersiap sedia. Bersiap sedia dengan fakta yang sahih dan benar bagi menjawab suntikan beracun Tanda Putera.

Isnin, Julai 30, 2012

Zul Nordin tak layak cakap soal maruah

Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai  timbalan menteri dan ahli Umno.
Zulkifli juga mengatakan tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih.
Tetapi jangan pula Zulkifli lupa tindakan beliau tidak mahu meletak jawatan ketika bersama PKR walaupun sudah tidak sehaluan dengan PKR sehinggalah beliau dibuang daripada PKR.

Isnin, Julai 02, 2012

PAS gila kuasa?

  • Pas nak menang untuk berkuasa.
  • Berkuasa di peringkat negeri & persekutuan.
  • Ada puak2 Umno tuduh Pas mabuk kuasa, gila kuasa.
  • Katanya nak berkuasa untuk buat harta.
  • Nak hidup mewah & kaya raya kononnya.
  • Kalau nak kaya, harta dan kuasa tak perlu bersusah payah.
  • Lompat parti, berkerjasama dengan Umno jalan paling mudah.

Khamis, Mei 31, 2012

Raja Nong Chik alih isu

  • Yang jadi isu adalah puak-puak Umno buat kacau.
  • Yang jadi kecoh puak PKR dan Pakatan Rakyat dilempar batu dan telur.
  • Yang jadi kes jenayah warga emas pecah kepala dilempar batu.
  • Yang Raja Nong Chik sibuk bercakap isu orang luar bukan isu samseng.
  • Orang luar ke, orang dalam ke, kalau tak ada provokasi samseng Umno program sepatutnya aman.

Jumaat, Mei 11, 2012

Kenyataan bodoh SPR

  • RUU Kesalahan Pilihan Raya ditarik balik sebab "putar belit dan penipuan" oleh BERSIH dan pembangkang, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
  • Yang lucunya, kenapa kerajaan dan SPR perlu tunduk dan akur dengan desakan yang kononnya ianya adalah putar belit dan penipuan?
  • Kenyataan tersebut menyerlahkan lagi kebodohan SPR dalam bermain silap mata tanpa mengaku kelemahan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Bersih dan pembangkang.

Selasa, Mei 08, 2012

Pukul salah, tak pukul pun salah

  • Seseorang polis itu SAYANG mana pun beliau terhadap Pakatan Rakyat jika diarah pukul dan belasah peserta Bersih, beliau akan belasah!
  • Seseorang polis itu BENCI mana pun beliau terhadap Pakatan Rakyat jika diarah pukul dan belasah peserta Bersih, beliau akan belasah!

Isnin, April 23, 2012

Mood dingin BERSIH 3.0, 5k pun belum tentu

  • Dua perhimpunan pra BERSIH 3.0 di Melaka dan Shah Alam agak mengecewakan.
  • Di Dataran Pahlawan, Melaka kehadiran hanya sekitar 30 orang sahaja.
  • Manakala di Shah Alam kehadiran sekitar 200 orang.
  • Nampaknya strategi kerajaan BN yang bersikap lebih memberi muka dan kurang memberi ulasan di media arus perdana mendatangkan kesan positif pada mereka.
  • Dijangkakan sasaran 500k kehadiran rakyat ke Dataran Merdeka 28 April ini mungkin tidak berjaya.
  • Umno/BN sudah tentu akan menggunakan isu ini bagi melihat penanda aras sokongan rakyat pada mereka.

Rabu, April 18, 2012

Artis otak Umno








  • Aku tak rasa Timbalan Presiden Seniman merangkap artis ahli Umno, Zed Zaidi cemburu terhadap Aaron Aziz yang berjaya memenangi Anugerah Berita Harian (ABH).


  • Kritikan dan pertikaian yang dilemparkan beliau ke atas kemenangan Aaron Aziz yang berasal daripada Singapura mungkin kerana bersandarkan sifat ‘kebangsaan’ beliau sebagai ahli Umno.


  • Kalau pemain import yang beraksi dalam Liga Super berhak mendapat Anugerah Kasut Emas, apa salahnya pelakon asing yang mewarnai industri seni Malaysia menggondol ABH?


  • Kalau begitulah pemikiran Zed Zaidi, baik halau je pelabur-pelabur asing yang ada kat Malaysia ni.


  • Sibuk sangat mahukan hanya rakyat Malaysia sahaja berhak untuk ABH, ada nilai ke ABH di peringkat antarabangsa?


  • Apa pula yang beliau akan kata jika ABH dimenangi oleh artis Malaysia bukan melayu? Korok betul otak cap Umno.

Rakam album berkumpulan



  • Saya mencadangkan ada usaha daripada Pas untuk rakam & menerbitkan sebuah album berkumpulan khas dibarisi artis-artis (penyanyi/komposer) yang kini sudah berhijrah.


  • Bakat seni Syam Kamikaze, Zuar XPDC, Bob Lokman, Aisyah, Ringgo Arrow, Yassin Brothers, Bob Kuman dan ramai lagi amat rugi jika dikuburkan begitu sahaja.

Khamis, April 05, 2012

Provokasi melampau Umno Putrajaya




  • Tengahari tadi Umno Putrajaya berkumpul dan mengoyakkan akhbar Harakah di Medan Selera Presint 8, Putrajaya.

  • Kenapa tindakan tersebut dibuat di Medan Selera Presint 8 dan bukan di pejabat Umno Presint 14?

  • Kalau ikutkan pejabat Umno Presint 14 lebih umum dan terdedah kepada khalayak ramai.

  • Umno Putrajaya memilih Medan Selera Presint 8 kerana salah seorang pimpinan tertinggi PAS Putrajaya berniaga kedai makan disitu!

Jumaat, Mac 09, 2012

Umno Putrajaya bagai telur di hujung tanduk




  • Tindakan Umno bahagian Putrajaya menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kempen dan program parti menunjukkan kedudukan Umno amat kritikal bagi mengekalkan kemengan di Parlimen Putrajaya pada PRU-13 nanti.


  • Tindakan tersebut terpaksa dibuat memandangkan sokongan terhadap Umno Putrajaya semakin merosot apabila pengundi di Putrajaya yang menetap di kuarters-kuarters kerajaan mula mengkritik kerajaan sejak akhir-akhir ini.


  • Lebih menggusarkan Umno Putrajaya apabila PAS Putrajaya yang sebelum ini kurang menonjol tiba-tiba melancarkan kempen dan penerangan dengan baik sekali kepada masyarakat setempat.


  • Kos hidup tinggi dan masalah parkir kereta merupakan salah satu sebab rasa tidak puas hati pengundi Putrajaya terhadap Umno walaupun Putrajaya dikenali sebagai penempatan kediaman yang cool.


  • Ada juga yang mengambil kesempatan menukar alamat mengundi di Putrajaya kerana hendak claim subsidi cermin mata rm300 kepada Umno Putrajaya walaupun hakikatnya mereka tidak akan mengundi BN.


  • Lebih memualkan apabila barisan kepimpinan Umno Putrajaya dan Pemuda Umno Putrajaya kebanyakannya terdiri daripada golongan-golongan yang tidak berpendidikan dan tidak berimej sebagai seorang yang boleh dipercayai (kalau tak percaya pi tengok diorang masa program rumah terbuka Umno Putrajaya).


  • PAS hanya perlu swingkan lebih kurang 1500 pengundi Umno (PRU-12) sahaja untuk memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-13 akan datang.


  • Dan mengikut momentum semasa, sekurang-kurangnya 1000 pengundi yang mengundi BN pada PRU-12 bila-bila sahaja boleh memberikan undi mereka pada PAS pada PRU-13 nanti.