Khamis, Julai 16, 2009

PRU13: PR Akan Tewas Lebih Teruk

Apa yang saya coretkan adalah pendapat peribadi saya semata-mata. Mungkin berguna untuk renungan dan muhasabah kepada Pakatan Rakyat keseluruhannya.
Mutakhir ini kita melihat di dalam Pakatan Rakyat kerap timbul isu yang memberi ruang kepada media dan BN untuk menyerang Pakatan Rakyat. Isu-isu seperti ‘kerajaan perpaduan’, perbincangan dengan Umno, krisis PR di Kedah dan cadangan Azmin Ali terhadap exco Selangor dan beberapa masalah yang lain sebelumnya memberikan gambaran negatif terhadap Pakatan Rakyat.
Sokongan pengundi melayu kepada PAS dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang menurun, dan yang terbaru sokongan anak muda di Manik Urai, Kelantan juga merosot dan hanya mampu menang di 4 UPU daripada 9 keseluruhannya.
Pakatan Rakyat sibuk berkata Umno Terengganu berbalah, Umno Perlis retak, tetapi hakikatnya dalam Pakatan Rakyat sendiri bermasalah. Pemimpin tidak sehaluan pendapat dalam isu yang besar, dan suka menimbulkan kontroversi sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat berkurangan.
Risikan yang saya buat terhadap rakan-rakan atas pagar yang memangkah PAS, DAP ataupun PKR sewaktu Pilihanraya Umum 2008 menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat goyah dan menurun. Rata-rata mereka kecewa dengan sikap tidak matang segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang mudah melatah.
Sekarang kita lihat Hindraf sendiri seolah-olah cuba memusuhi dengan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Pulau Pinang, dan Hindraf juga telah menubuhkan parti mereka sendiri seolah-olah tidak mahu kepada Pakatan Rakyat.
Harus kita ingat salah satu faktor kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum 2008 adalah kerana sokongan luar biasa masyarakat India kerana tidak berpuas hati terhadap isu Hindraf. Tetapi adakah sokongan ini akan kekal setelah Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri?
Hakikatnya rakyat Malaysia hari ini tidak berapa kisah dengan isu moral pemimpin Umno. Contahnya isu Altantuya yang mengaitkan Najib Razak, rata-rata rakyat Malaysia percaya Najib terlibat tetapi harapan terhadap beliau apabila mengambil alih tampuk kepimpinan negara adalah tinggi. Ertinya, BN akan terus mendapat sokongan rakyat selagi kepimpinan Najib tidak membuatkan rakyat benci seperti kepimpinan Pak Lah.
Secara peribadinya, dengan apa yang berlaku mutakhir ini terhadap Pakatan Rakyat jika ianya berlarutan sudah pasti pada Pilihanraya Umum akan datang Pakatan Rakyat akan tumbang seperti Pilihanraya Umum 2004.
Selagi mana media arus perdana dikuasai BN, Pakatan Rakyat tidak akan menang. Hakikatnya, selagi mana tuntutan BERSIH tidak tercapai (kini seolah-olah tidak diendahkan PR), BN akan terus memerintah dan lebih-lebih lagi ditambah dengan persempadanan semula yang akan dilakukan SPR sebelum Pilihanraya Umum akan datang, Pakatan Rakyat akan tewas dalam Pilihanraya Umum ke 13.

3 ulasan:

  1. jika dikatakan sekadar pendapat ternyata anda benar, namun kebenarannya mungkin tidak. kerana tinjauan yang dibuat bahawa Selangor, Pulau pinang, kedah,perak dan Wilayah persekutuan diramalkan tidak akan kembali kepada BN semula selain kelantan. dan beberapa buah negeri seperti negeri sembilan dan melaka makin cenderung kepada PR. di perlis, terengganu, Johor dan pahang makin setara. mungkin Sabah dan Serawak milik BN. statistik ini anda boleh simpan hingga PRU13 untuk panduan.

    BalasPadam
  2. salam Bro,
    Rasanya Risikan yang bro buat terhadap rakan-rakan atas pagar yang memangkah PAS, DAP ataupun PKR sewaktu Pilihanraya Umum 2008 adalah sangat tidak tepat. 2008 sokongan terhadap Pakatan Rakyat tidak goyah dan menurun. Pada PRU12 (2008) Pas memperolehi majoriti lebih kurang 1,328 undi berbanding dengan kemenagan BN pada PRU11 iaitu hanya memperolehi 53 undi sahaja dan undi rosak melebih jumlah undi majoriti sama situasinya dengan PRK kali iatitu 62 ke 65 undi sahaja. Ini bermakna jumlah majoriti PAS 1,328 pengundi pada PRU12 di Manek Urai yang lalu adalah mereka yg diatas pagar iaitu hanya menunggu habuan untuk menjalankan tugasnya memangkah. sila rujuk fakta pengundi kelantan di blog saya. wasallam.

    BalasPadam
  3. salam,saya salah sorang pengundi atas pagar.last pru,sy sokong n turut berkempen utk pr.tp,melihat kejadian demi kejadian yg berlaku dlm negara,dgn perangai pemimpin pakatan dan dgn tingkah laku penyokong pakatan.terus terang saya katakan yg sy btk tawar hati pd pakatan.setiap hari sy baca paper malaysiakini,utusan,berita harian malaysiatoday,harakah daily,tranungkite dan blog2 samada yg pro pbn atau yg pro pakatan.secara jujur boleh sy rumuskan yg antara PAKATAN dan BN,BN jauh lebih baik.terlalu jauh.waktu saya baca malaysiakini apabila ada perkara2 yg sy kurang setuju,sy selalu argue.tp,walaupun berpuluh komen yg kontra pd pakatan sy hantar,satupun x disiarkan walaupun bahasa yg saya gunakan cukup sopan.jd disini sy dh bole nampak sikap prejudis akhbar yg pro pembangkang.satu lg sy betul2 tawar hati dgn perjuangan PAS sekarang yg dh terlalu jauh melencong dr perjuangan asalnya.Sebenarnya sy dr terengganu dan dr kecil sy berkawan dgn anak2 penyoong parti PAS dan sy sendiri baca aanat hj Hadi Awang yg mengatakan :KITA MEMUSUHI UMNO BUKAN SEBAB NAMANYA UMNO TP SEBAB UMNO BEKERJASAMA DENGAN GOLONGAN KAFIR IAITU MCA DAN MIC;...Tp,melihat apa yg berlaku sekarang,sy cukup kecewa dgn Pati yg sy sokong last PRU,iaitu PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

    BalasPadam