Khamis, Mei 14, 2009

Ali Tak Rasional Lulus Projek Jirat Cina



Kerajaan BN Melaka sepatutnya peka dengan sensitiviti penduduk melayu berikutan kelulusan projek Tanah Perkuburan Cina ataupun jirat cina yang melibatkan keluasan 77 ekar di Kampung Pondok Kempas (DUN Bemban/parlimen Jasin).
Projek ini dianggap tidak munasabah memandangkan penduduk kampung di tapak projek tersebut dijalankan adalah 99% melayu. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syamsul Iskandar Md Akin dalam satu forum anjuran Dewan Muslimat PAS Melaka di Simpang Kemendor,Jasin ahad lepas.
Syamsul juga meminta ketua pembangkang Melaka YB Goh Leong San (ADUN Kesidang) membawa perkara ini ke Dun Melaka. Beliau turut menjelaskan kemungkinan Ali Rustam mendapat faedah daripada projek tersebut memandangkan Ali tidak langsung memikirkan kesan langsung terhadap penduduk setempat.
Pada saya perkara ini bukan bersifat perkauman, tetapi perkara ini melibatkan keselesaan penduduk sekitar. Jika di kampung yang 99% penduduk cina kita buatkan tanah perkuburan Islam yang luas, sudah tentu akan mendapat bantahan kerana ianya tak rasional. Oleh itu Ali Rustam sepatutnya menggunakan akal untuk berfikir kesan daripada projek tersebut terhadap penduduk setempat.

1 ulasan:

  1. UMNO luluskan tanah kubur Cina di kampung orang Melayu?

    Ertinya UMNO dah habis modal.... Nanti dlm pilihanraya, sokong yg lain...

    BalasPadam