Selasa, Mei 19, 2009

Bukti Jelas BN Takut Kebangkitan Rakyat

Perdana Menteri Rakyat yang juga merupakan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN tidak akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil (PRK) Penanti. Ini jelas Umno/BN sudah tidak mampu untuk menanggung malu akibat kekalahan berturut-turut dalam pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum 12 yang lepas. BN hanya mampu menang di Batang Ai, itupun calonnya bukan daripada Umno.
Najib memberi 3 sebab untuk tidak mahu bertanding dalam PRK Penanti. Sebab pertama, PRK berlaku kerana masalah dalaman PKR. Sebab kedua, ianya mainan politik parti pembangkang, dan ketiga kerana mahu mengutamakan khidmat kepada rakyat dan mahu memulihkan ekonomi negara.
Kesimpulannya mudah, jika benar ini merupakan permainan politik parti pembangkang seperti dakwaan Najib, beliau sepatutnya menggunakan kesempatan ini menjadikan modal kempen dan menghentam PKR semasa berkempen.
Dan harus diingat, dalam PRU 11 tahun 2004, BN berjaya memenangi Penanti. Ini juga merupakan peluang BN untuk memenangi Penanti semula memandangkan PRK biasanya merugikan Pakatan Rakyat kerana seluruh jentera kerajaan BN akan tertumpu di situ.
Lebih-lebih lagi Penanti jauh tertinggal dari arus kemajuan, BN sepatutnya dapat melaburkan projek-projek mi segera bagi mengaburi mata pengundi.
Jika Najib bersetuju meletakkan calon, sebenarnya ianya jelas menguntungkan BN, walaupun atas kertas memihak kepada PKR. Tetapi amat jelas, kebangkitan rakyat yang menolak BN membuatkan Najib dan Umno/BN amat-amat takut untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya BN mempunyai cukup kelengkapan perang untuk bertempur dengan Pakatan Rakyat yang serba serbi kekurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan