Ahad, Mei 10, 2009

Bila KM Bijak Ala Kadar


Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari berkata bahawa PAS bukanlah membangkang pembangunan dan projek yang mahu dilakukan oleh kerajaan BN, tetapi PAS mempertikaikan cara kerajaan BN menguruskan duit rakyat, khasnya Melaka.

Adly mempertikaikan bagaimana Ali Rustam boleh membeli Eye On Malaysia dengan harga 45 juta sedangkan ianya adalah barang second hand kerana telah digunakan di KL selama setahun oleh kerajaan pusat. "Sebab itu kita nak tahu berapa harga yang baru, berApa harga yang second hand sebenar-benarnya," kata beliau yang turut mengatakan 45 juta adalah harga yang baru.

Lapangan terbang Batu Berendam, Melaka juga turut menjadi hentaman Adly yang mengatakan lapangan terbang tersebut masih tidak boleh digunakan untuk kapal terbang besar mendarat walaupun telah dinaik taraf yang menelan belanja lebih 250 juta.

"Ali kata lapangan terbang tu tak cukup panjang, kena tambah 50 juta lagi untuk panjangkan lagi lapangan terbang tersebut. Bagaimana dia boleh tak fikir awal-awal perkara ni? Dah habis lebih 250 juta, tiba-tiba kapal terbang tak boleh mendarat", tambah beliau.

Beliau turut menyelar kerajaan BN Melaka yang telah berhutang lebih 1 billion dengan kerajaan pusat.

Beliau menjelaskan semua ini dalam ceramahnya di Durian Tunggal, Melaka malam tadi yang turut berceramah ajk PAS Pusat Mazlan Aliman. Namun YB Kesidang Goh Leong San dari DAP tidak dapat hadir diatas perkara yang tak dapat dielakkan.

"Bila ketua menteri tak belajar tinggi, bijak ala kadar dan tak cerdik, inilah padahnya", ulas seorang hadirin ceramah.

1 ulasan: