Kerajaan seharusnya peka terhadap masalah masyarakat terutamanya melayu yang beragama Islam masakini memandangkan fenomena bermain/membeli nombor ramalan atau lebih dikenali sebagai nombor ekor berleluasa tanpa pantauan serius pihak berkuasa.
Pemerhatian yang saya lakukan petang tadi di Cheng, Melaka dalam jam 6:15 sehingga jam 6:50 di salah sebuah premis nombor ramalan di situ memperlihatkan orang melayu lebih ramai daripada bukan Islam yang memasuki premis berkenaan. Mereka tanpa segan silu keluar masuk premis dan membeli nombor ramalan dengan selamba badak dan kebanyakannya berumur dalam lingkungan 30an ke atas. Apa yang kita boleh harapkan jika orang Islam sudah tidak mengenal halal dan haram?
Kerajaan BN sepatutnya menghapuskan terus aktiviti perjudian dan premis perjudian memandangkan semua agama melarang keras penganutnya berjudi. Kegiatan membeli nombor ramalan telah menjadi kebiasaan pada masyarakat melayu masakini memandangkan tidak ada pantauan secara serius daripada Jabatan Agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan