Rabu, Mei 20, 2009

Pemuda PAS Harus Lahirkan Pemimpin Bijak Berhujah

Salah satu kreateria sebagai seorang ahli politik ialah bijak berhujah, berceramah dan berpidato. PAS mempunyai pemimpin yang lantang berhujah dan hebat berpidato antaranya Hj. Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Dr. Hasan Ali, Ust. Nasharuddin Mat Isa, dan presiden PAS sendiri Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang.
Tetapi dalam pemuda PAS hari ini kita lihat tidak ramai kepimpinan pemuda PAS pusat yang hebat berhujah dan kehadapan dalam menjuarai isu. Sedar tak sedar sebenarnya dari sudut penonjolan diri dan kehebatan berhujah, Angkatan Muda Keadilan (AMK) lebih menyerlah dan mendahului pemuda PAS, walaupun usianya baru setahun jagung.
Begitu juga dari sudut kematangan politik, AMK melebihi pemuda PAS yang ianya pernah diakui oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka tahun lepas dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS Negeri Melaka.
Siapa dalam pemuda PAS pusat yang hebat berceramah dan berhujah? Ketuanya YB Salahudin Ayob yang dah berumur 47 tahun? Layakkah beliau digelar pemuda? Mungkin yang ada cuma Ust. Nasarudin Hasan Tantawi, YB. Zaki Ibrahim dan Ust. Azman Syapawi.
AMK pula sekarang ini semakin menyerlah dengan YB. Yusmadi Yusof, Che’gu Bard, Syamsul Iskandar, YB. Nik Nazmi dan beberapa nama yang lain.
Dari sudut umur pula, pimpinan AMK kebanyakannya amat muda iaitu lewat 20an dan awal 30an, jika nak dibandingkan dengan pimpinan pemuda PAS yang kebanyakannya lewat 30an dan amat sukar hendak berjumpa yang 20an.
Selepas Pilihanraya Umum (PRU) 12 kita dapat lihat rancangan-rancangan perdebatan di kaca televisyen yang memberi sedikit ruang kepada Pakatan Rakyat khususnya dalam rancangan Hujah di TV9 dan dalam salah satu rancangan perbincangan di Astro Awani, penyertaan pimpinan muda PKR amat kerap berbanding PAS dan DAP.
Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana terfikir untuk tempoh 15 tahun dan 20 tahun akan datang siapakah yang akan menjuarai setiap isu dan pemimpin manakah yang akan diberi gelaran hebat berhujah sehingga diminati ceramah-ceramahnya? Adakah ketika itu PAS masih harapkan Hj. Mohamad Sabu yang dah berumur lewat 60an?
Kesimpulannya mudah, mulai sekarang sayap kanan PAS iaitu pemuda PAS harus melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis yang berkaliber dan mampu berhujah dengan baik serta menjadi pemidato yang diminati rakyat bagi menjadikan PAS dari sudut kualiti melebihi dan mendahului parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

5 ulasan:

  1. insya-Allah patah tumbh hilang berganti..sebenarnya ramai dikalangan pemuda PAS yang boleh berceramah cuma mereka ini tidak diberikan peluang..kerakusan sesetengah pihak yang hanya menonojolkan penceramah yang popular mengakibatkan penceramah pelapis ini tenggelam...lihat sahaja penceramah muda seperti khairul faizi, ustz kamarudin, ust nasrudin hasan, ust riduan md noor, ramadhan fitri dan ramai lagi....jadi kesimpulan..pihak pas cawangan @ MTD mestilah sentiasa memanggil mereka agar dapat menonjolkan pelapis2 PAS dimasa akan datang...

    jangan kita lupa, bahawa majoriti penceramah AMK yang saudara sebutkan tadi berstatus YB dan memegang jawtaan pusat....

    p/s : hope saudara dapat bersama kami dalam jemaah Islam....tegur menegur saya terima tetapi lebih afdal jika saudara dapat mengabdikan diri bersama dalam perjuangan..insya-Allah

    BalasPadam
  2. walaupun dah tak terpilih sbgai pemuda kawasan, insyaallah ana akan terus menyumbang yang termampu

    BalasPadam
  3. anta dari kawasan mana ??? bole beritahu ana...ana bole suggestkan kat su pemuda kawasan anta... SU DPPNM

    BalasPadam
  4. anta hubungi saudara puhat yang juga ketua DPPKBK di talian 0196679010

    BalasPadam