Jumaat, Mei 29, 2009

Maksimum 10 Subjek, Muhyidin Sekat Pelajar Cemerlang

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yasin hari ini mengumumkan maksimum 10 subjek SPM yang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.
Kesan tindakan ini sekaligus menyekat kemaraan pelajar cemerlang atas alasan yang dangkal iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar dan supaya guru serta pelajar tidak terasa beban.
Ianya juga turut merugikan pelajar-pelajar aliran agama kerana biasanya pelajar aliran agama akan mengambil lebih 10 subjek SPM jika turut mengambil subjek bukan agama seperti sains, fizik, matematik tambahan dan lain-lain bagi menerokai bidang lain selain agama.
Dengan tindakan ini, sekaligus mengecilkan ruang untuk melahirkan ulama’ profesional iaitu pelajar yang hebat dalam bidang agama tetapi berkerjaya dalam bidang professional seperti kejuruteraan dan perubatan.
Kerajaan sepatutnya menumpukan kepada aspek peningkatan prasarana dan kemudahan asas di sekolah-sekolah pendalaman serta melahirkan guru-guru yang berkaliber dan bertanggungjawab dan bukannya menghadkan pengambilan subjek SPM yang dilihat menyekat kemaraan pelajar cemerlang.

1 ulasan:

  1. Di ulang:
    Ianya juga turut merugikan pelajar-pelajar aliran agama kerana biasanya pelajar aliran agama akan mengambil lebih 10 subjek SPM jika turut mengambil subjek bukan agama seperti sains, fizik, matematik tambahan dan lain-lain bagi menerokai bidang lain selain agama.

    Dengan tindakan ini, sekaligus mengecilkan ruang untuk melahirkan ulama’ profesional iaitu pelajar yang hebat dalam bidang agama tetapi berkerjaya dalam bidang professional seperti kejuruteraan dan perubatan.

    Minta sekolah agama buat persatuan dan perlu jumpa Menteri Pelajaran dan minta/desak kerajaan BN/UMNO supaya JANGAN GANGGU pelajar sekolah agama...

    BalasPadam