Jumaat, Mei 08, 2009

Sivakumar Hero Rakyat, Sidang DUN Jakun, BN Ala Mafia, Zamry Hina Dan Jijik







Satu-satunya benteng terakhir bagi pakatan rakyat di DUN Perak adalah menerusi speaker, V Sivakumar daripada DAP. Hari ini Sivakumar sedaya mungkin cuba pertahankan pakatan rakyat hingga ke saat-saat terakhir.
Kuasa beliau sebagai speaker dicabul dengan paling tidak bermaruah oleh Adun BN. Dalam keadaan beliau masih di tempat duduk speaker dan masih mempengerusikan sidang DUN Perak, tempatnya diambil alih oleh timbalan speaker secara paksaan dan akhirnya usul pemecatan speaker diterima oleh timbalan speaker. Dan speaker ditarik keluar oleh polis dan pengawal.
Keadaan ini sama seperti jika di sebuah syarikat contohnya, pengarah mempengerusikan mesyuarat, ada cadangan daripada pegawai bawahan untuk memecat pengarah, tiba-tiba timbalan pengarah memonopoli mesyuarat dan terus menjadi pengerusi mesyuarat dalam keadaan pengarah masih lagi di tempat duduknya sebagai pengerusi. Timbalan pengarah tersebut menerima cadangan pegawai dan memanggil pengawal keselamatan untuk mengheret pengarah keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
Apakah bentuk sidang DUN yang begini rupa? Seolah-olah sidang mesyuarat mafia dan gangster. Berkeadaan jakun dan tak ada undang-undang. Mengapa BN sanggup menggunakan cara hina dan jijik ini untuk merampas kuasa? Tidakkah ada perasaan malu dan hina pada diri mereka? Apakah yang telah diajar oleh mak bapak mereka sehingga mereka menjadi manusia yang paling tidak bermaruah dan hina sehingga sanggup lakukan sedemikian rupa?
Apa salahnya jika diadakan pilihanraya semula? Pakatan rakyat pun belum tentu menang jika diadakan pilihanraya semula. Kenapa BN takut sangat untuk hadapi pilihanraya semula? Mereka mendapat kuasa dan memegang jawatan dengan cara begini, tujuh keturunan mereka akan terus dihina rakyat, dicaci rakyat, lebih hina dari pelacur!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan