Khamis, November 04, 2010

SPR Makin Senget Sebelah - Angkasanuri

Projek mee segera, menabur duit secara sembunyi dan terbuka sudah menjadi budaya Umno/BN setiap kali musim pilihanraya. Siap terpampang dalam surat khabar dan keluar dalam TV 'bantuan', 'derma', 'infaq' dan 'zakat' yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.
Pernah dengar komen atau ulasan dari SPR? Jawapannya tak ada!!! Ulama-ulama muda dalam Umno pula hanya mengangguk-angguk, harus barangkali.
Tetapi apabila Pas secara terbuka mengumumkan bahawa setiap pengundi di perantauan yang pulang mengundi akan diberi RM 250 tanpa mengira latar belakang politik dan parti yang akan dipangkah. Apa komen SPR? Sepantas kilat, SPR keluar kenyataan perbuatan tersebut bertentangan dengan akta pilihanraya.
Apa cerita tawaran dan rasuah yang cuba disogok oleh PM semasa PRK Sibu tak lama dahulu.?SPR masih tak cukup bukti? Kalau tak ada bukti download je dalam you tube...Boleh jadi komputer SPR kena virus atau internet kena potong sebab tak bayar bil sebab tu SPR tak ada bukti dan maklumat.
Hari ini pula SPR sekali keluar fatwa tindakan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada penduduk orang asli yang memeluk Islam adalah salah dan bertentangan dengan akta pilihanraya, haram le tu!!
Inilah contoh kejahilan dan kebebalan apabila sudah menjadi kuda tunggangan Umno.Tetapi macam mana pula tindakan TPM beri 'zakat' kepada pengundi minggu lepas di Galas? Tak dengar pun komen SPR?

Apa pula komen SPR apabila MCA juga tidak mahu ketinggalan beri 'zakat' di Batu Sapi ????

Kira-kira 300 penduduk berbangsa Cina sedang beratur menunggu 'zakat' dari MCA
Umno kini sudah cukup tertekan dan terdesak untuk memenangi kerusi DUN Galas. Maka SPR dijadikan abdi dan kaldai tunggangan untuk memastikan kerusi DUN Galas dimenangi oleh mereka.
Jadi tak hairanlah secara tiba-tiba SPR mendapat ilham untuk membawa undi orang asli yang belum dikira dengan menggunakan helikopter.
Semua ini membuktikan SPR semakin senget sebelah, saya rasa inilah sebenarnya senjata yang bakal digunakan oleh Umno/BN untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
angkasanuri.blogspot.com

Rabu, November 03, 2010

Hanya Si Bodoh Beri Rasuah Depan Khalayak Ramai

Umno/BN cuba memperbodohkan rakyat dengan mengadakan isu Tuan Guru Dato’ Nik Aziz memberi rasuah kepada orang asal yang baru memeluk Islam untuk menyokong PAS dalam PRK Dun Galas.
Amat melucukan, selepas memeluk Islam, dapat duit rasuah, depan khalayak ramai yang ramai pula tukang kamera ambil gambar.
Umno janganlah bodohkan rakyat dengan memfitnah ulama (Tuan Guru Nik Aziz)…

Takkan Beri Zakat Rasuah

Orang Asal Diberi wang Zakat Selepas Masuk Islam

Siasat Tuan Guru Jika Benar Rasuah

Berita tv9 jam 8 malam semalam ada menyiarkan rakaman video yang kononnya Tuan Guru Nik Aziz menyogok wang kepada beberapa orang asal yang telah diislamkan.
Kejadian tersebut berlaku di Galas. Turut disiarkan jumlah wang yang disogok.
PAS harus menjawab tuduhan ini secepat mungkin memandangkan keyakinan saya kejadian tersebut telah diputar belitkan bagi memfitnah Tuan guru.
Mana mungkin setelah mengislamkan orang, tiba-tiba bagi rasuah minta undi PAS.
Melainkan itu adalah merupakan sumbangan peribadi untuk saudara baru ataupun wang zakat.
Dan jika benar Tuan Guru rasuah, SPRM sepatutnya melakukan siasatan terhadap Tuan Guru.
Peristiwa mengislamkan orang asal tersebut boleh dibaca di:-

Selasa, November 02, 2010

Syamsul Di Alamanda

Ahad lepas terserempak dengan ketua AMK Pusat Syamsul Iskandar Md Akin di Alamanda, Putrajaya.
PR tengah dok berperang di Batu Sapi dan di Galas, dia sempat lagi shoping kat Alamanda.

Rabu, Oktober 27, 2010

Hasil Pendapatan PP Cemerlang

Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik' berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.
Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.
Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.
Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.
Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.
Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.
Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.

Isnin, Oktober 25, 2010

PRU-13 Semakin Hampir

+ PRU 13 semakin hamper. Analisis ini saya buat diatas perkhabaran PM dalam perhimpunan agung umno minggu lepas dimana dia menyatakan perubahan umno peringkat negeri dan PM & TPM ingin menjelajah negeri.
+ Banyak Peruntukan diberikan kepada guru-2 dalam bajet 2011. Sepertimana yang kita tahu umno semakin lemah dan lemas, maka ia mendampingi guru-2 untuk menarik semula sokongan rakyat kerana ia beranggapan guru-guru ini dekat dengan Hati Rakyat..

PERINGATAN KEPADA PAKATAN RAKYAT (PR)

* Berikan kebajikan kepada rakyat semampu yang mungkin. Ini menujukan terima kasih kita kepada rakyat yang ingin melihat perubahan dalam Negara yang PR janjikan.
* Peminpin-peminpin PR juga perlu memperbanyakan program-2 penerangan kepada rakyat seperti turun berceramah ke pelosok negeri,daerah dan kampong-2.( Perlu pengorbanan yang PR janjikan)
* Mengadakan program-2 sukan kerana aktiviti inii menunjukan pemimpin mendekati rakyat dan Rakyat dapat mengenali wakil-2 Rakyat dengan lebih Dekat.
* Saya mengharapkan negeri pakatan Rakyat yang memrintah dan yang memegang sumber kewangan negeri. Melaburkan kepada Rakyat untuk tujuan politik seperti mana UMNO guna duit rakyat semas hendak PRU. Dan tolonglah wakil-2 rakyat kita yang dibawah negeri umno yang di anak tiri itu. Hulurkan bantuan kewangan…..
Wartawan Nada Rakyat :- Aman

Jumaat, Oktober 22, 2010

PRK Batu Sapi:- Bantah Pertandingan 3 Penjuru

Perbincangan antara PKR (PR) dan SAPP dalam menetapkan calon dalam PRK Batu Sapi menemui jalan buntu apabila kedua-dua parti berkeras untuk menengahkan calon masing-masing.
Dalam rundingan tersebut PKR yang diwakili oleh William Leong manakala SAPP diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee gagal mencapai kata sepakat bagi merealisasikan hasrat satu lawan satu menghadapi BN.
Jika pertandingan 3 penjuru diadakan, ini bererti undi pembangkang akan terpecah dua.
Pada saya PKR harus memberi laluan kepada SAPP dan dalam masa yang sama membantu SAPP dalam menghadapi BN.
Ini memandangkan SAPP mempunyai pengaruh bagi menarik undi BN memandangkan calon BN menang pada PRU12 yang lepas adalah kerana mendapat undi daripada penyokong dan ahli SAPP.
Jika undi ahli dan penyokong SAPP ditambah dengan undi ahli dan penyokong PR pada PRK Batu Sapi kali ini, saya yakin parti pembangkang akan menang.

Khamis, Oktober 21, 2010

Monorel Berhenti Mengejut Selepas 4Jam Rasmi

Rosmah Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka


Penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur baru-baru ini didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w.
Datin Seri Rosmah Mansor merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
Perkataan Islam dalam tajuk program juga dibidas memandangkan pakaian yang diperagakan ada yang bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.
Sehubungan dengan itu, Rosmah diminta bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rabu, Oktober 20, 2010

Berapa Banyak Menara Da…


PM mengumumkan projek Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai 5billion, walaupun berkira nak bagi bonus sebulan yang hanya bernilai 3.1billion.
Kalau di Malaysia langsung tak ada menara pencakar langit, mungkin saya boleh bersetuju untuk bina menara 100 tingkat.
Apa salahnya bina menara untuk tunjukkan Malaysia maju, walaupun majoriti rakyat Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Tapi sekarang Malaysia dah ada 2 menara pencakar langit, iaitu Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Kat Melaka pun ada juga menara Ali Rustam buat, iaitu Menara Taming Sari.

Najib ni dah tak boleh fikir benda lain ke untuk menjana ekonomi negara selain alasan buat menara?

Isnin, Oktober 18, 2010

Ali Rustam Nak Roboh Surau, DAP Pertahan


Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak PASTI dan surau untuk dibuat jalan raya menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan untuk dibuat jalan.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Demo bantahan berjaya diadakan mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil telah diganggu oleh pihak Polis selepas hanya kira-kira 5 minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan menganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Semua pemimpin utama PR hadir antaranya Pesuruhjaya PAS Negeri,Ustaz Abd Ghani Abdul Rahman; Pengerusi DAP Negeri YB Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh YB Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir YB Tey Kok Kiew; Ketua AMK Melaka Hairiz Nordin serta Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sabtu, Oktober 16, 2010

RM500 Harga Seluar Dalam .....?

Harapan kakitangan kerajaan untuk menikmati bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji musnah apabila PM dalam pembentangan Bajet 2011 semalam hanya hanya mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut kakitangan kerajaan tidak menikmati bonus. Seorang sahabat saya yang berang dengan pengumuman PM secara sinis berkata "rm500 tu aku ingat harga seluar dalam bini dia je".

Jumaat, Oktober 15, 2010

Bajet 2011:- Umum Bonus, Confirm PRU13 2011

Ramai yang menjangkakan PRU13 akan diadakan secara mengejut seawal-awalnya pada tahun hadapan.
Ini dikuatkan lagi apabila kerajaan menangguhkan pelaksanaan GST.
Pada saya mudah, Bajet 2011 yang akan dibentangkan petang ini oleh PM, andai kata PM umumkan pemberian bonus pada kakitangan kerajaan, kemungkinan besar PRU13 akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan.
Faktanya mudah, kerajaan telah beri bantuan kewangan khas sempena Aidilfitri sebanyak rm500 baru-baru ini.
Mengikut tradisinya, andai kata dalam tahun yang sama ada bantuan atau insentif yang telah diberikan kerajaan, tidak mungkin ada bonus dalam tahun yang sama.

Rabu, Oktober 13, 2010

Konsert Adam Lambert, Mana Suara Perkasa & Umno?

Perkasa dan Umno yang selalu berlagak hero kononnya membela bangsa dan agama membisu dalam isu konsert Adam Lambert.
Adam Lambert yang terkenal dengan budaya dan aksi gay akan mengadakan Konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari esok.

Gembira Gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali Dilucut

Ramai kawan-kawan saya di pejabat gembira dan ketawa besar apabila mendapat tahu Istana Kelantan sebentar tadi melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
Juara perkauman membuta tuli seperti Ibrahim Ali tidak selayaknya diberikan apa-apa gelaran memandangkan beliau hanya tahu membuat provokasi perkauman yang boleh menggugat keharmonian perpaduan negara dan bukannya memberi sumbangan kepada pembangunan agama dan bangsa.

Isnin, Oktober 11, 2010

Antara Melayu & Islam


Perkasa ketika membuat laporan polis terhadap Yb Nurul Izzah





Perhatikan wanita Perkasa, tudung tada!!!