Isnin, Oktober 18, 2010

Ali Rustam Nak Roboh Surau, DAP Pertahan


Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak PASTI dan surau untuk dibuat jalan raya menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan untuk dibuat jalan.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Demo bantahan berjaya diadakan mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil telah diganggu oleh pihak Polis selepas hanya kira-kira 5 minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan menganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Semua pemimpin utama PR hadir antaranya Pesuruhjaya PAS Negeri,Ustaz Abd Ghani Abdul Rahman; Pengerusi DAP Negeri YB Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh YB Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir YB Tey Kok Kiew; Ketua AMK Melaka Hairiz Nordin serta Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan