Khamis, Oktober 07, 2010

Segelintir Ini Akan Merosakkan Semua

Berikut adalah komen dan pengakuan jujur beberapa rakan sekerja saya, samada benar atau tidak, wallahhualam.
Tetapi saya yakin pengakuan jujur dan santai ini adalah benar dan tiada sebab mereka mahu menipu saya…
Aman :-
Terlibat membantu pakcik beliau yang menjadi calon bagi PKR di parlimen ?????? , terlibat dalam mengagihkan RM3000 kepada orang kampung dan pengundi (seorang rm30).
Beliau mendakwa pakcik beliau terpaksa mengeluarkan wang simpanan sendiri memandangkan calon BN memberi (merasuah) orang kampung dan pengundi seorang RM50.
Beliau kata orang kampung dan pengundi tanya “BN bagi rm50, kau tak bagi apa-apa ke?”
Lusi :-
Kampung beliau merupakan kawasan kuat BN di dalam parlimen Kuching, dalam tempoh kempen PRU salah seorang pemimpin PKR telah hadir berkempen di kampung beliau dan mengagihkan wang RM50.
“Mereka bagi kami ambil saja tapi kami semua mengundi BN” kata beliau sambil ketawa.
Shima :-

Beliau mendakwa kawan beliau telah diberi wang RM250 untuk mengundi parti pembangkang dalam PRK ?????.
Wang tersebut diikat dipagar rumah beliau dengan sekeping kertas berlogo parti (komponen dalam PR).

Andai kata perkara ini benar, PR harus lakukan sesuatu. Jika tidak, kita pun akan bakal jadi seperti Umno/BN satu masa nanti.
Cuma hairan kerana saya juga terlibat membantu salah satu parti pembangkang pada PRU-12, jangan kata nak merasuah pengundi, nak beli bendera dan kayu bendera pun tak ada duit!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan