Khamis, Oktober 21, 2010

Rosmah Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka


Penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur baru-baru ini didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w.
Datin Seri Rosmah Mansor merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
Perkataan Islam dalam tajuk program juga dibidas memandangkan pakaian yang diperagakan ada yang bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.
Sehubungan dengan itu, Rosmah diminta bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan