Khamis, April 23, 2009

Annuar Musa VS Khalid Ibrahim & Ceramah Wahid Endut, Mana Satu Pilihan Ku?







Sabtu ni Final Bola Sepak Piala FA akan berlangsung di mana pasukan Kelantan pimpinan Tan Sri Annuar Musa akan menentang pasukan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya sejak dari kecil sememangnya peminat fanatik pasukan Kelantan dan masa sekolah menengah dulu dari tingkatan 1 sampai habis belajar, tiap-tiap kali pasukan Kelantan bertandang ke Melaka, saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Stadium Hang Tuah atau Stadium Hang Jebat.
Pasukan Selangor merupakan pasukan bola sepak yang paling saya tak suka memandangkan adik saya peminat pasukan Selangor dan Selangor merupakan pasukan yang hebat satu masa dulu. Pernah sekali Melaka vs Selangor di Stadium Kubu, saya menghadirinya bersama keluarga dan mengharapkan Melaka menang, tetapi seri 2-2.
Itu zaman remaja, hiburan saya hanya bola sepak dan lagu-lagu. Sekarang ni bola sepak dah tak berapa ikut, lagu-lagu pun dah jauh tinggal dan sampai tahap dah tak kenal artis.
YB Wahid Endut akan mengadakan ceramahnya pada Sabtu malam juga bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil dan bertindih dengan Final Piala FA. Saya ke Kuala Terengganu pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang lepas seorang diri memandangkan hari pembuangan undi jatuh pada hari Sabtu dan saya pula bekerja pada hari Jumaat. Sahabat-sahabat semuanya pergi Jumaat pagi dan petang. Disebabkan saya bekerja, saya terpaksa pergi sendiri Jumaat malam hanya berpandukan peta yang dilukis oleh kawan sekerja. Alhamdulillah, saya bertolak selepas Isya’ dan sampai pada jam 04:30 pagi.
Saya berbelanja sebanyak RM500, iaitu RM250 sewaktu saya ke Kuala Terengganu, dan lagi RM250 terpaksa membayar kepada seorang cina kerana saya sepatutnya ke Kuala Terengganu seminggu sebelum hari pembuangan undi, malangnya kerana mengejar masa saya kemalangan semasa pulang dari kerja setengah jam sebelum bertolak ke Kuala Terengganu.
Apa pun, kejayaan PAS merampas Parlimen Kuala Terengganu sudah cukup untuk membayar penat dan wang saya.
Sekarang ini, 60% dalam diri saya ingin ke ceramah YB Wahid Endut dan 40% nak duduk rumah menonton Final Piala FA..Macam mana ye???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan