Khamis, April 16, 2009

Fairus Kecewa Dengan PKR?



Dalam kenyataan Fairus kepada akhbar berbahasa cina-Nanyang hari ini, beliau memberi masa 2 minggu kepada pucuk pimpinan PKR untuk membersihkan namanya. Beliau mendakwa segala tohmahan yang melanda beliau adalah datangnya dari ahli PKR sendiri.

Jika ianya benar-benar berlaku, diharap supaya segala kekalutan ini dapat diselesaikan oleh PKR kerana kesannya turut dirasai oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Ketika ditanya masa depan beliau dalam politik, beliau menjawab beliau mempunyai banyak pilihan seperti keluar parti, lompat parti dan letak jawatan.
Semoga beliau kekal bersama pakatan rakyat dan menganggap segala masalah dalaman yang membuatkan beliau kecewa adalah asam garam dalam organisasi.

1 ulasan:

  1. syukurla pairus...ante ada kesedaran dan kekutan untuk letak jawatan..inilah kehidupan...ujian Allah menguji keimanan kita...apa ada pada harta dunia?...rezki telah dijanjikankan Allah..jangan risau..di mana ada kemahuan ..di situ ada jalan...mungkin rezki ante bukan di situ....

    BalasPadam