Khamis, April 16, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Penanti Terjadi Kerana Salah Pilih Pemimpin


Hari ini Fairus Khairudin,33 melepaskan jawatan sebagai ADUN Penanti setelah beberapa minggu yang lepas beliau melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Fairus yang sebelum ini pernah dinasihati oleh Penasihat Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mendapat komen yang beliau jarang turun padang di DUN Penanti, kini sedang disiasat oleh SPRM berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Fairus memberi alasan ingin menyambung pelajarannya dan menumpukan perhatian pada keluarga disamping ingin membersihkan namanya yang tercemar.

Apa yang dikesali dalam hal ini, Fairus dilihat tidak kuat untuk menghadapi tekanan politik yang menimpanya. Kata-kata beliau bahawa beliau ingin menumpukan perhatian pada keluarga yang selama beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Penanti telah banyak mengorbankan masanya bersama keluarga menunjukkan beliau bukanlah ahli politik yang kental. Apapun, Fairus dilihat masih terlalu muda dan mudah-mudahan apa yang berlaku memberi pengajaran kepada beliau dan PKR khasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan