Rabu, April 15, 2009

Semoga Eli Benar-benar Insaf



Exco kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong (Eli) yang menimbulkan kontroversi berkenaan gambar separuh bogelnya hari ini diputuskan oleh kerajaan negeri untuk mengekalkan status beliau sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar.
Ini menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat tidak memandang serius isu moral dan peribadi anggotanya lebih-lebih lagi seorang yang bergelar ADUN dan Exco kerajaan negeri. Dan ianya akan merugikan Pakatan Rakyat yang sudah pasti Umno/BN akan menggunakan isu ini untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Pada pandangan saya, dalam isu ini kita kena melihat dari sudut ini, iaitu, gambar separuh bogel tersebut adalah gambar sewaktu beliau masih belum menjadi ADUN dan Exco. Ertinya, kita tidak boleh menghukum Eli kerana beliau melakukan kesalahan itu sebelum beliau bergelar ADUN dan Exco. Kita sedia maklum bahawa pada ketika itu, Eli bersekedudukan dan teman lelaki beliau adalah muslim.
Apapun, kita tidak mempunyai bukti yang beliau melakukan lagi kesalahan tersebut (bersekedudukan) setelah menjadi ADUN dan Exco. Saya sama sekali tidak bersetuju jika kita hendak mengatakan ini hak peribadi beliau walaupun beliau bukan beragama Islam. Kerana jika beliau sudah bergelar pemimpin, perkara yang berkait dengan soal akhlak dan moral tidak boleh dikecualikan.
Apapun satu tindakan yang harus dipuji kepada Eli kerana ikhlas untuk meletakkan jawatan setelah isu ini diketahui umum, satu tindakan yang tak mungkin akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sama sekali. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi dalam Pakatan Rakyat demi masa depan dan nama baik Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan