Alhamdulillah, mutakhir ini kita melihat ramai artis-artis yang cenderung dengan parti pembangkang. Bermula dengan bekas penyanyi rock Akhil Hayy, kemudian PAS menerima tanda positif dari artis-artis di Malaysia. Kesediaan artis-artis seperti Ito, In-Team, Mawi, Amy Search, Renggo Arrow, Yassin Brothers, M. Nasir membuat persembahan di pentas PAS dan kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan PAS terbuka dalam aspek hiburan tetapi mempunyai batas dan garis panduan.
Contoh konsert Mawi di Kelantan, penonton tetap enjoy bersorak seperti yang biasa kita lihat di kaca televisyen, tetapi yang menjadikan ianya halal adalah apabila tempat para penonton diasingkan diantara lelaki, perempuan dan keluarga. Ini menunjukkan Islam itu terbuka dan tidak jumut.
Semalam seorang lagi artis iaitu Renggo Arrow menyerahkan borang keahlian kepada Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Renggo yang terkenal dengan lagu duet 'Kain Samarenda' bersama Liza Abdullah, dan pernah terkenal dengan kumpulan Arrow sewaktu 90an, bertindak memasuki PAS setelah tersentuh dengan ceramah Tuan Guru.
Semoga ianya akan menjadi ikutan para artis dan sekaligus mendedahkan masyarakat kepada dunia seni mengenai berhibur dengan cara Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan