Isnin, April 27, 2009

Sukan PASTI Relevan Untuk Pelajar


“Bola adalah sukan terbaik untuk menyatukan ramai. Pertama, ia melibatkan ramai pemain. Maka ramailah jaguh yang diminati. Kedua, ia menggabungkan skil individu dan berpasukan. Maka ia cukup seronok ditonton. Ketiga, ia menarik ramai peminat. Masuk stadium, hilanglah hal - hal berserabut di luar, walau untuk sementara.”
Kata-kata ust. Nik Abduh dalam blognya hari ini membuatkan saya terfikir satu perkara, iaitu berapa relevannya sukan bola sepak menjadi sukan wajib bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) walaupun jika dibandingkan dengan kebanyakan tadika lain, sukan mereka hanya boleh diklasifikasikan sebagai sukaneka sahaja.
Semenjak sukan bola sepak dan bola jaring dikuatkuasakan bagi acara Sukan Tahunan PASTI, saya mengikutinya sejak 3 tahun lepas sewaktu ianya mula-mula diperkenalkan. Bagi pelajar-pelajar tadika yang biasanya berumur 5 dan 6 tahun, bermain bolasepak di atas padang adalah merupakan sukan dan permainan yang sukar.
Jika kita lihat sukan PASTI di peringkat kawasan, rata-rata mereka tidak mengenali siapa lawan mereka, di mana pintu gol mereka, dan kemana yang harus mereka tujukan bola. Mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik dan cuba untuk mendengar arahan jurulatih walaupun tahap pemikiran mereka sukar hendak memahami permainan tersebut.
Berbeza pula di peringkat negeri, pemain-pemain terbaik yang terpilih di peringkat kawasan agak memahami corak permainan dan apa yang perlu dilakukan. Corak permainan mereka lebih teratur, lebih baik dan lebih berdisiplin.
Walaupun ada yang menangis kerana terjatuh, dikasari, tetapi memandangkan kanak-kanak mempunyai hati yang kudus dan tiada perasaan khianat, membuatkan mereka tidak langsung hendak menyerang balas kekasaran tersebut.
Ini menunjukkan, sukan bola sepak di peringkat 5 dan 6 tahun dapat memberikan kebaikan dan kesan positif dimana ianya dapat merangsangkan pemikiran kanak-kanak untuk berfikir taktik dan formasi serta dapat memahami semangat berpasukan dan kesukanan tanpa perasaan khianat dan busuk hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan