Penyokong bola sepak pasukan Kelantan amat terkenal sebagai penyokong yang fanatik sejak dari dahulu lagi. Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya bahawa beliau kesal dengan kejadian yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-iv malam tadi.
Dalam kejadian itu, trak polis diterbalikkan dan dibakar setelah kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala FA.
Ini memberi perspektif negatif kepada rakyat Kelantan dan tidak melambangkan semangat kesukanan yang tinggi.
Lebih dukacita lagi, terdapat beberapa pemain pasukan Kelantan yang panas baran antaranya penjaga gol Kelantan Halim Napi yang kerap kali terlibat dalam pertelingkahan dalam padang. Beliau juga pernah digantung oleh FAM satu ketika dahulu kerana bertindak menyerang pengadil.
Pada musim ini, Kelantan meningkat naik secara mendadak setelah Tan Sri Annuar Musa mengambil alih tugas sebagai pengurus bola sepak Kelantan (KAFA) yang baru.
Apapun, mentaliti penyokong bola sepak di Kelantan dan di seluruh Malaysia khasnya harus berubah demi pembangunan bola sepak negara dimana sekarang ini taraf bola sepak negara sebaris dengan negara-negara jakun.
Hj Mat Sabu dalam satu siri ceramahnya pernah mengatakan pasukan bola sepak Malaysia akan kalah jika berlawan dengan pasukan tingkatan 6 Korea Selatan menunjukkan betapa teruknya taraf sukan bola sepak negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan