Selasa, April 14, 2009

PAS Melaka Perlu Berubah


Setelah setahun sebulan berakhirnya pilihanraya umum ke-12, PAS Melaka dilihat masih ditakuk lama dan tidak mengalami perubahan serta peningkatan. Ini menunjukkan PAS Melaka masih tidak serius untuk mengecapi kemenangan jauh sekali untuk memerintah negeri.
PAS Melaka gagal memainkan isu-isu kerajaan BN Melaka sedangkan terlalu banyak kesilapan dan kelemahan yang dilakukan kerajaan negeri yang diketuai oleh Dato Seri Ali Rustam.
Pemimpin PAS Melaka dilihat banyak yang berkaliber dan berpotensi untuk diketengahkan.
Semoga muktamar PAS Melaka pada tahun ini akan dapat memilih kepimpinan baru yang akan membawa perubahan besar dalam parti sekaligus member isyarat kepada rakyat bahawa PAS sudah bersedia untuk memerintah Melaka!!!

2 ulasan:

  1. salam tuan nada rakyat,

    Hamba pun merasa begitu,hampa dan kecewa namun penuh pengharapan.

    (Semoga muktamar PAS Melaka pada tahun ini akan dapat memilih kepimpinan baru yang akan membawa perubahan besar dalam parti sekaligus member isyarat kepada rakyat bahawa PAS sudah bersedia untuk memerintah Melaka!!!)

    Untuk makluman tuan,PAS Melaka tidak pernah mengadakan muktamar negeri setakat ini.Bagaimana para pendokong dapat berkumpul dan melontarkan idea atau berwacana kalau pentasnya tidak pernah disediakan.

    Kenapa ?

    Itu kena tanya pada orang di Badan Perhubungan Negeri.

    BalasPadam
  2. pembetulan.....yang cuma ada muktamar Dewan Pemuda, muslimat dan ulama'....AJK dari BPPNM biasanya diangkat dari PAS Kawasan....dan PJ dilantik oleh Presdien PAS..harap makluma..

    biasanya bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengadakan ijtima' tahunan..tetapi perkara ini gagal dilaksanakan dan saya tidak pasti apa yang meyebabkan ia jadi begini.....

    BalasPadam