Isnin, April 13, 2009

Ibrahim Ali Melayu Tak Ada Harga Diri




Pada 2 hari yang lepas, Ibrahim Ali membuat kenyataan sedang menunggu Umno meminangnya untuk memasuki Umno semula. Kenyataan ini dibuat setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali semula menyertai Umno.
Pada saya, perkara ini telah saya jangka awal-awal lagi sebelum PRU-12 yang lepas. Apabila Ibrahim dipecat dari Umno, saya melihat Ibrahim mula mendekati PAS dengan menghampiri Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kemudian beliau mula berceramah atas pentas PAS. Yang menjadi kemuskilan saya pada ketika itu, beliau masih lagi tidak mahu menyertai PAS dan dalam satu siri ceramahnya, beliau mengatakan takkan gunung lari dikejar apabila Tuan Guru meminta beliau menyertai PAS. Beliau masih berdolak dalih. Lebih-lebih lagi dalam satu program Tun Dr. Mahathir di Kelantan yang turut dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz sebagai tetamu, Ibrahim Ali membacakan sajak untuk Tun Dr Mahathir dengan penuh perasaan dan berlinangan air mata. (Sebelum itu Ibrahim menyambut Tun di lapangan terbang dan terkena semburan pemedih mata). Dari situ saya melihat beliau masih kuat semangat Umno dan perkauman melayu. Jika tidak, masakan sehingga menitiskan air mata membaca sajak mengampu Tun Dr Mahathir?
Atas fakta-fakta ini membuatkan jiwa saya kuat mengatakan Ibrahim Ali menggunakan pentas PAS untuk meneruskan survival politik beliau selepas beliau tewas 2 kali pilihanraya (PRU-11 dan PRK Dun Pengkalan Pasir) atas tiket Bebas dan undi yang kecil menunjukkan beliau tidak mampu meneruskan survival politik tanpa parti.
Saya benar-benar terkejut apabila PAS memutuskan untuk memberi laluan kepada Ibrahim dalam PRU-12 bagi parlimen Pasir Mas. Dan apabila perkara ini menjadi pertikaian, Dato Seri Presiden PAS mengatakan bahawa PAS melebihkan target kepada DUN, iaitu alasan yang tidak relevan. Jelas ini merupakan kesilapan PAS yang akhirnya membuatkan Ibrahim Ali mengkhianati undi penyokong-penyokong PAS seperti yang telah saya jangkakan sewaktu sebelum PRU-12 lagi...

1 ulasan:

  1. melayu tiada harga diri?? kerana melayu dipimpin oleh melayu yang tiada harga diri juga...
    kerana ianya melayu...kalau ianya Islam tentu bukan itu perangainya....

    BalasPadam